42 ; Kisah Sebenar

81 11 15
                                    

ㆁㆁㆁ


"Dahye? Awak tak nak balik ke?" Soal Hanri sambil memandang lama wajah gadis itu.

"Saya.. nak duduk dekat sini lama sikit." Balas Dahye.

"Awak nak tahu sesuatu?"

"Apa dia?" Soal Hanri ingin tahu.

"Saya rindukan persahabatan kami yang dulu. Tanpa cinta, tanpa konflik dan tanpa salah faham. Saya rindukan Park Jimin yang dulu." Balas Dahye menahan air matanya daripada gugur.

Anak matanya tidak berhenti memandang ke arah 2 orang pelajar lelaki bersama seorang pelajar perempuan yang kelihatan gembira meluangkan masa bersama. Ianya bagaikan masa silamnya bersama Hoseok dan Jimin sebelum semuanya perlahan-lahan menjadi satu konflik antara mereka bertiga.


ㆁㆁㆁ


"Oi Jung Hoseok!"

"Apa kau nak?" Soal Hoseok dingin.

"Alahai. Tak payah lah nak merajuk sangat. Aku bukan reti pujuk pun." Balas Jimin sambil matanya memandang jengkel ke arah Hoseok.

"Aku tak suruh kau pujuk pun!" Tengking Hoseok.

"Habis tu? Awak nak saya yang pujuk?" Soal Dahye yang baru saja muncul.

Hoseok tersenyum tersipu malu. Jimin yang melihat Hoseok tersenyum sehingga ke telinga itu membuatkan dirinya berasa menyampah.

"Kalau dah suka cakap suk—"

Hmph! Hskxjd!

"Hehe. Jimin ni memang suka merepek." Kata Hoseok sebaik saja menutup rapat mulut Jimin dengan menggunakan tangannya.

"Sudahlah. Jangan bergaduh lagi. Jom pergi kedai runcit? Saya belanja awak berdua makan ramen." Dahye menjongketkan sedikit keningnya apabila menyebut perkataan ramen.

"Woohoo! Saya nak yang pedas!" Jerit Hoseok gembira apabila Dahye ingin membelanja mereka.

"Tapi.. saya tak suka ramen. Hmm." Kata Jimin sambil mencebik.

"Saya.. nak jaga badan saya yang berotot ni untuk awak." Tambahnya lagi.

"Kau buatkan aku rasa nak sepak muka kau dengan tendangan kuasa kuda." Kata Hoseok lalu menjeling Jimin.

"Alahai. Kan awak boleh makan benda lain? Awak pilih lah apa yang awak nak." Kata Dahye ingin menyedapkan hati Jimin.

"Betul ni?"

"Ya, betul."

"Kalau macam tu, saya nak awak!" Jimin tersenyum lebar saat mengatakan ayat itu.

"Oi! Apahal pula kau nak dia?! Dia bukan makanan lah!" Marah Hoseok kepada Jimin.

"Biarlah!"

"Ei kau ni!"


ㆁㆁㆁ


Jimin yang berada di kedai runcit merenung keluar dengan pandangan kosong. Sesekali dia menghirup kuah ramen yang dibelinya tadi. Ramen yang tidak pernah dimakan olehnya sejak kecil, akhirnya ia menjadi makanan kegemarannya buat masa ini.

Janjinya menjaga badan untuk Dahye kini tidak dapat diteruskan lagi. Mana taknya. Walaupun 3 hari lagi perkahwinan mereka akan berlangsung, tetapi ianya bukan benar-benar akan berlaku. Jimin pasti, tarikh itu akan bertukar menjadi tarikh malang buatnya kerana terpaksa melepaskan Dahye.

[C] Change ➽ jhsWhere stories live. Discover now