27 ; Peluk

187 47 19
                                    

p/s: asilaa dgr media diatas ketika sedang membaca. ohoho muah! 😘💕

ㆁㆁㆁ


Dahye akhirnya tiba di dapur. Kelihatan Hoseok sedang memasak sesuatu. Kali pertama Dahye melihat Hoseok sibuk memasak di dapur. Tanpa mengendahkan Hoseok, Dahye mengambil segelas cawan.

Air kosong dituang lalu diteguk. Hoseok memandang ke arah Dahye.

"Awak nak makan? Saya boleh sediakan untuk awak. Hmm?" Soal Hoseok.

"Tak perlu. Saya ke dapur untuk minum air je." Balas Dahye menolak pelawaan Hoseok.

"Tak perlu jaga badan sangat. Awak tu bukannya kurus sangat pun dulu." Ujar Hoseok memerli Dahye.

Gelas yang berada di dalam genggaman Dahye semakin erat digenggam. Dia geram.

"Siapa juga yang tergila-gila saya dulu?" Bidas Dahye lalu menjeling Hoseok.

"Siapa yang tergila-gilakan siapa?" Soal Hoseok.

Dahye menoleh untuk membalas. Tetapi niatnya terhenti sebaik sahaja dia menyedari bahawa wajahnya dan Hoseok hanya mempunyai jarak 5cm dari wajah masing-masing. Dahye terkedu.

"A-apa awak buat ni?" Soal Dahye sambil menjarakkan wajahnya daripada Hoseok.

"Saya tanya. Siapa yang tergila-gilakan siapa?" Soal Hoseok pula sambil mendekatkan lagi wajahnya bersama Dahye.

'Chu!'

Dahi Dahye dikucup sekilas. Mata Dahye membulat.

'Pakk!'

Lengan Hoseok menjadi mangsa.

"Dasar lelaki gatal!" Jerit Dahye lalu berlari ke ruang tamu.

Hoseok hanya mampu ketawa melihat Dahye. Perangai Dahye masih sama. Pasti wajah Dahye merah padam apabila dicium oleh dirinya. Hoseok menyanyi riang sambil kembali memasak.

Dahye yang berada di ruang tamu pula menahan marahnya. Berani Hoseok mencium dahinya sebegitu? Dahye mula menumbuk sofa yang tidak bersalah itu.

Jimin dan Hanri tiada di rumah kerana mereka ada hal keluarga yang penting untuk dibincangkan. Puan Jung dan Tuan Jung pula keluar untuk membeli barang dapur. Kini tinggal dirinya bersendirian bersama Hoseok.

Dahye mengeluh. Pasti ada yang merancang hal ni. Dahye menghempaskan tubuhnya diatas sofa. Alat kawalan jauh televisyen diambil. Dia akan meluangkan masanya bersama tv sementara Puan Jung dan Jimin belum pulang.

"Dahye! Mama suruh awak makan!" Jerit Hoseok dari dapur.

Pantas Dahye memejamkan matanya lalu berpura-pura tidur. Dahye tak akan makan bersama lelaki itu. Dia nekad.

"Yah Dahye. Bangunlah. Nanti mama marah saya kalau awak tak makan." Ujar Hoseok cuba mengejut Dahye yang sedang berpura-pura tidur.

"Taknak. Saya taknak makan selagi Jimin tak balik." Balas Dahye ketika menutup matanya.

"Aish. Sebelum ni tak ada lah keras kepala sangat." Gumam Hoseok geram.

"Jangan buat saya paksa awak Dahye." Gertak Hoseok.

"Diamlah kuda. Saya nak tidur." Balas Dahye tanpa rasa takut.

"Ok fine. Awak yang paksa saya."

Dengan kekuatan yang ada, Jung Hoseok terus saja mengangkat tubuh kecil Dahye itu tanpa memberikan sebarang amaran. Kini, tubuh Dahye berada di atas bahu Hoseok. Hoseok mengangkatnya sama seperti gaya penculik.

[C] Change ➽ jhsWhere stories live. Discover now