[dengar lhaa lagu dkt media atas tu bila dah smpai part sweet ya 😘💕]
ㆁㆁㆁ
"Mama!" Jerit Dahye sambil melambaikan tangannya ke arah Puan Jung yang sedang duduk di kerusi yang berada di lapangan terbang itu."Maafkan Dahye sebab lambat. Dahye pergi Shopping Mall dengan Jimin tadi." Ucap Dahye lalu duduk di sebelah Puan Jung.
"Ehh tak mengapa. Mama pun baru je sampai." Ujar Puan Jung sambil tersenyum.
"Mama seorang je? Mana papa?" Soal Dahye sambil menoleh kiri dan kanan untuk mencari kelibat Tuan Jung.
"Papa pergi beli americano ais untuk mama sekejap. Kamu nak juga ke? Mama boleh telefon papa. Hmm?" Soal Puan Jung setelah menjawab soalan yang dilemparkan oleh Dahye.
"Ouh. Ehh tak apa lah mama. Dahye tak haus pun." Balas Dahye menolak tawaran Puan Jung dengan baik.
"Mama! Nah. Ini dia air yang mama minta."
Dahye menoleh memandang ke arah gerangan yang sedang menghulurkan secawan americano ais kepada Puan Jung. Seperti yang dijangka, ianya Jung Hoseok. Keadaan di situ mula berubah menjadi kekok.
"Terima kasih. Mana papa?" Soal Puan Jung sebaik sahaja menerima air yang diberikan oleh Hoseok.
"Papa pergi ke tandas sekejap." Jawab Hoseok sambil matanya tidak lekang dari terus memandang Dahye yang sedang melihat laman sosialnya.
"Mama nak pergi beli Hotdog sementara menunggu masa untuk naik kapal terbang. Mari Jimin. Temankan mama." Ajak Puan Jung.
"Baik." Jimin akur lalu berjalan beriringan bersama Puan Jung.
Puan Jung sebenarnya hanya ingin memberikan masa dan ruang untuk anak lelakinya bersama Dahye. Ini adalah masa yang sesuai untuk Hoseok mengambil hati Dahye.
Kini tinggal Hoseok dan Dahye sahaja. Mereka berdua hanya mendiamkan diri tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Kekok. Dahye sungguh asyik melihat laman sosial Instagramnya dan terus mengabaikan Hoseok yang berada di selang satu tempat duduknya.
Hoseok pula sibuk menggentel penyedut minumannya sambil memikirkan idea untuk memulakan perbualan bersama Dahye. Dia harus pikat gadis itu sebelum terlambat.
"Erm hai." Tegur Hoseok dengan cara yang agak kekok.
Namun, tiada balasan yang diterimanya kembali. Dahye masih lagi leka dengan laman Instagram di telefon pintarnya. Hoseok menahan sabar. Nafas ditarik sedalam-dalamnya dan dihembus dengan tenang.
"Tak sangka kan? Our first trip abroad." Hoseok tersenyum sendiri.
"Wait a minute. Apa awak cakap tadi? Our first trip abroad? Siapa cakap kita akan pergi sama-sama? Bukan awak tak ikut ke?" Kerutan mula kelihatan di dahi Dahye.
"Siapa cakap saya tak ikut? Mama tu mama saya tau. Takkan lah saya nak biarkan orang lain bawa mama saya ke tempat orang asing tanpa saya? No way." Balas Hoseok lalu menyilangkan kedua tangannya.
"The most worst thing ever. Ugh." Gumam Dahye.
"The most sweetest thing ever." Gumam Hoseok pula.
"Nak tahu sesuatu? Saya rindukan awak. Awak yang dulu. Baik. Sopan santun. Sukakan kanak-kanak. Saya rindukan semua tu. Rindukan diri awak yang sebenar. Its inside you. Cuma awak kuncinya di dalam diri awak. Ego menguasai diri awak." Ujar Hoseok sambil menunduk memandang lantai.
"Jangan pernah berharap yang saya akan berubah macam dulu." Balas Dahye dengan wajah yang tegang.
"Tolonglah Dahye. Saya rindukan awak yang dulu." Rayu Hoseok sambil memandang tepat ke arah wajah Dahye.
YOU ARE READING
[C] Change ➽ jhs
Fanfiction━when you try to change yourself into a better person, that doesn't mean you have to change your feeling too. " Jangan pernah berharap yang aku akan jadi macam dulu. " " Tolonglah Dahye. Aku rindukan kau yang dulu. " ━×━×━ beautiful arts by; JaeNale...