19 ; Pelajar baru?

241 57 7
                                    

ㆁㆁㆁ


"Awak jangan buka penutup mata ni sampailah saya suruh, okay?" Soal Jimin sambil memegang tangan Dahye.

"Okay." Jawab Dahye akur.

Dahye hanya mengikuti langkah Jimin tanpa mengetahui ke mana sebenarnya hala tujunya.

"Hati-hati Dahye. Ada batu besar." Beritahu Jimin tatkala Dahye sedang melangkah.

Kemudian, Jimin tiba-tiba saja melepaskan tangan Dahye. Dahye terdiam seketika.

"Jimin? Mana awak?" Soal Dahye ketakutan.

"Percayakan saya Dahye. Cuma ikut suara saya." Ujar Jimin.

"Jimin. Saya tak sukalah kalau awak main-main macam ni." Marah Dahye.

"Percayakan saya Dahye. Ikut arah suara saya." Ucap Jimin tenang.

'Maafkan saya Dahye. Awak akan tahu kebenarannya hari ni juga.' Getus hati Jimin.

Dahye yang mulanya tidak keruan itu akhirnya bertenang dan mula mencari arah suara di mana Jimin berada.

"You are my penicillium."

"The one who saved me."

"My angel. You're my world."

"I am your calico cat."

"One who came to meet you."

"Love me now. Touch me now."

"Just let me love you."

Setiap nyanyian merdu Jimin itu telahpun dapat membuatkan Dahye mengikut arah suaranya tanpa dipimpin. Sesekali Dahye tersenyum mendengar suara Jimin yang merdu itu.

"Okay. Awak boleh berhenti sekarang." Ujar Jimin.

"Kita dah sampai ke?" Soal Dahye.

"Ya. Tapi awak tak boleh buka penutup mata tu selagi saya tak suruh." Arah Jimin.

Tidak lama kemudian, Dahye terdengar akan bunyi sepasang kasut tumit berjalan menuju ke arahnya. Dahye mula berundur selangkah demi selangkah.

"Dahye."

Dahye berhenti. Tanpa disuruh, Dahye membuka penutup matanya sendiri. Dia terkedu.


ㆁㆁㆁ


Hoseok melangkah masuk ke dalam perkarangan rumahnya dengan langkah yang berat. Dia sedikit mabuk setelah meminum sebotol soju.

Hoseok memandang pelik ke arah kasut tumit berwarna hitam di hadapan pintu rumahnya. Kemudian dia meramas rambutnya kerana berasa tertekan. Pasti Tuan Jung telah membawa seorang perempuan untuk dijadikan isterinya.

Hoseok melangkah masuk ke dalam rumah dengan perasaan geram.

"Hoseok dah cakap Hoseok taknak kawin!" Jeritnya secara tiba-tiba.

Puan Jung yang berada di ruang tamu itu terkejut besar apabila Hoseok menerjah masuk tanpa mengetuk pintu dahulu. Pandangan Hoseok sedikit kabur akibat soju yang diminumnya.

"Mama hantar perempuan tu balik. Hoseok nak berehat. Hoseok takkan kawin dengan sesiapa pun sampai bila-bila." Ucap Hoseok.

Puan Jung menggelengkan kepalanya. Hoseok pasti sudah hilang akal. Hoseok mengucapkan kata-kata kasar sewaktu di rumahnya mempunyai tetamu. Tuan Jung hanya memandang tajam ke arah Hoseok.

"Hoseok—"

"Diam kau perempuan murah. Kau nak harta papa aku je kan? Aku takkan kawin dengan kau. Tapi aku akan bayar kau. Kau nak berapa?" Soal Hoseok sinis.

"Jung Hoseok! Kenapa kamu biadap sangat?!" Soal Tuan Jung geram.

Pandangannya semakin kabur. Dia juga tidak dapat mengimbangkan badannya.

"Isteri aku masih lagi ada dekat Amerika. Jadi kau jangan berharap untuk kawin dengan aku." Sambung Hoseok lagi.

Tidak sempat untuk Hoseok berjalan ke arah anak tangga, dia terlebih dahulu rebah di atas lantai.


ㆁㆁㆁ


Perlahan-lahan dia membuka matanya. Hoseok berasa seperti ada sebiji batu besar dan berat telah menghimpap kepalanya itu. Dia berasa amat pening kepala.

"Hoseok? Kamu okay tak?" Soal Puan Jung.

"Ugh. Dah pukul berapa ni mama?" Soal Hoseok sambil memicit sedikit kepalanya.

"Baru pukul 6 pagi. Kamu nak mama buatkan bubur ke?" Soal Puan Jung.

Hoseok kembali berbaring. Hoseok sekadar mengangguk kerana dia berasa tidak sihat.

"Aku pasti dah hilang akal semalam." Rungutnya sendirian.

Mana tidaknya. Dia telah pun bersikap biadap dengan tetamu yang datang ke rumahnya. Kepalanya dipicit sekali lagi. Telefon pintar yang berada di dalam poket seluarnya dikeluarkan.

Terdapat satu mesej daripada lecturer di kolej nya. Hoseok mula membaca isi mesej itu.

 Hoseok mula membaca isi mesej itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hoseok mengeluh. Masa ini juga lah Lecturer Park ingin membuat kelas. Telefon pintarnya di campak ke tepi. Kemudian, Hoseok kembali menyambung tidurnya.


ㆁㆁㆁ


Di dalam kelas, Hoseok hanya meletakkan kepalanya di atas meja sambil menutup matanya. Sungguh dia berasa amat pening kepala. Kemudian, seorang lelaki berambut coklat keemasan dan memakai mask tidak sengaja melanggarnya.

"Kau buta ke?" Soal Hoseok geram.

"Maaf. Aku tak sengaja." Jawab lelaki yang memakai mask itu.

Setelah semua pelajar duduk di tempat duduk mereka, Lecturer Park akhirnya muncul.

"Selamat pagi kelas." Ucapnya.

"Selamat pagi." Balas pelajar.

"Baiklah. Hari ini kita mempunyai pelajar pertukaran daripada Amerika. Tapi saya ingin beri peringatan. Jangan menjerit atau bersorak. Terutama sekali lelaki." Ujar Lecturer Park memberi amaran.

"Silakan masuk." Jemput Lecturer Park.

Seorang perempuan akhirnya melangkah masuk ke dalam kelas itu. Langkahnya penuh dengan keyakinan. Hoseok pula mula mengangkat wajahnya. Dia memandang ke arah perempuan itu.

Hoseok memandang wajah perempuan itu lama. Pelajar baru. Setelah itu, Hoseok kembali meletakkan kepalanya diatas meja. Dia benar-benar berasa mengantuk.

"Hai. Nama saya Lee.."


ㆁtbcㆁ

Sincerely,
[ violet ]

cliffhanger 😂 ㅋㅋㅋ. author takkan update untuk beberapa hari sebab WAA2017 tengah berlangsung (acah kateko). if ada masa, insyaa allah author akan update. see you guys next time 💕

[C] Change ➽ jhsWhere stories live. Discover now