32 ; Cemburu? Ⅱ

207 38 34
                                    

ㆁㆁㆁ


Suasana di dalam kereta yang dinaiki Hoseok dan Dahye sungguh sunyi. Tiada seorang pun yang membuka mulut untuk memulakan bicara. Kekok. Kekuatan bunyi radio di dalam kereta itu diperlahankan oleh Hoseok.

"Em, saya dapat tahu yang BTS ada di sini. Dan mama dah belikan awak tiket untuk konsert mereka. Awak tahu tak?" Soal Hoseok setelah mencari topik perbualan untuk dibualkan bersama Dahye.

Selang beberapa saat, Dahye yang pada mulanya hanya mengabaikan kewujudan Hoseok itu menolehkan kepalanya untuk memandang wajah Hoseok. Wajahnya jelas kelihatan bahawa dia sedang teruja.

"Betul ni?" Soal Dahye teruja.

"Hmm ya. Bolehlah awak jumpa Park Jebon awak tu." Jawab Hoseok acuh tidak acuh kerana berasa cemburu.

"Hoyeah!" Jerit Dahye dengan kuat.

Hoseok pula hampir hilang tumpuan kepada pemanduannya akibat jeritan Dahye itu. Mahu gugur jantung Hoseok dibuatnya. Fikirnya Dahye mahu memukulnya.

"Ish. Kau okay ke tak ni?" Soal Dahye sambil berkerut.

"O-okay." Jawab Hoseok yang masih berasa terkejut.

"Kenapa awak suka Park Jebon tu sangat? Muka dia bukannya handsome macam saya pun. Dahlah pendek. Tak ada ciri-ciri lelaki langsung." Soal Hoseok sambil meluahkan rasa tidak puas hatinya.

"Sebab dia pandai nyanyi. Suara dia merdu. Pendek tapi comel. Sukakan budak-budak. Handsom—"

"Ish dahlah. Menyampah pula saya mendengarnya."

"Cakap je lah kau cemburu dengan dia. Huh!" Dahye memalingkan wajahnya menghadap cermin kereta lalu mencebik.

"Bukan cemburu. Cuma menyampah." Balas Hoseok.

"Lagipun muka Park Jebon tu ada iras-iras Jimin. Sebab tu aku rasa dia handsome. Macam Jimin." Ujar Dahye sambil tersenyum sinis.

"Jeimop tu pun handsome juga. RapMom pun. Vintage pun. Syumi pun. Junkopi pun. Jinjja michasseo tu pun handsome. Argh! Aku tak boleh pilih!" Dahye menutup wajah dengan menggunakan kedua tapak tangannya kerana membayangkan suasana apabila dia akan bertemu BTS nanti.

BTS atau nama lain mereka Back To Seoul. Artis atau penyanyi korea yang berjaya menarik minat dan menghasilkan peminat baru di Amerika.

Hoseok yang berada di sebelah mula berasa panas walaupun cuaca di Jepun sungguh sejuk. Hidungnya kembang kempis apabila Dahye tidak berhenti memuji kekacakan artis bernama BTS itu.

Menyesal sungguh rasanya dia membuka topik tentang BTS. Suasana yang gembira dan diimpikan oleh Hoseok bersama Dahye tidak seperti yang dijangkakan.

"Aww handsomenya!"

"Diamlah!"


ㆁㆁㆁ


"Mama!" Jerit Dahye lalu memeluk Puan Jung dengan erat.

"Maaf lambat. Tadi Hoseok pandu kereta macam nak berlumba. Lepas tu dia tersalah jalan." Adu Dahye memberikan alasan kepada Puan Jung.

"Tak mengapa. Mama pun baru je sampai ni." Ujar Puan Jung sambil menepuk belakang Dahye perlahan.

Puan Jung, Tuan Jung dan juga Dahye segera berjalan masuk ke dalam Million Mall untuk memulakan sesi membeli belah. Manakala Hoseok yang berada di belakang bersama Jimin masih lagi membuat memek wajah menjengkelkan.

"Kenapa ni?" Soal Jimin hairan.

"Menyesal rasanya buka cerita pasal Park Jebon tu. Ei! Kalau boleh aku nak pijak-pijak Park Jebon tu bagi lagi pendek!" Ujar Hoseok dengan penuh kegeraman.

"HAHAHAHA! Takkan kau tak tahu? Dahye dan mama kau peminat BTS nombor satu. Sebab tu lah Dahye suka memuji si Park Jebon tu. Kadang-kadang, dia juga samakan aku dengan si Park Jebon tu." Jelas Jimin sambil ketawa kecil.

"Jangan tunjuk sangat rasa cemburu tu. Lagi dia nampak, lagi banyak dia akan usik dan buat kau cemburu." Pesan Jimin.

"Eish diamlah kau! Kata-kata kau tu lagi menambahkan rasa marah aku dekat si Jebon tu! Siaplah kalau aku jumpa Jebon tu dekat konsert dia nanti! Aku akan buat dia rasa pendek tahap maksimum bila dia berdiri sebelah aku!" Kata Hoseok geram lalu berjalan meninggalkan Jimin seorang diri.

"Hoseok! Tunggulah aku!"


ㆁㆁㆁ


Semasa kedua-dua wanita itu sedang memilih baju untuk dipakai sewaktu di konsert BTS yang akan berlangsung pada malam ini, Tuan Jung, Hoseok dan juga Jimin ambil keputusan untuk tunggu di sebuah bangku berdekatan.

"Inilah perempuan. Memilih baju macam nak beli banyak sangat, tapi nanti yang dibelinya sehelai saja." Tuan Jung hanya menggelengkan kepalanya.

"Itulah tu papa. Nasib baik kita tunggu dan duduk dekat sini. Kalau tak, mungkin kaki kita patah." Sokong Hoseok melebih-lebih.

"Sabar je lah papa. Mungkin mama dengan Dahye nak yang terbaik untuk pakaian mereka." Ujar Jimin memback-up Puan Jung dan Dahye.

"Percaya atau tak, mereka akan keluar bersama sehelai baju saja." Kata Tuan Jung bagai sudah pasti.

Setelah 1 jam setengah mereka menunggu, akhirnya Puan Jung dan juga Dahye keluar dari kedai baju yang bernama PasiniPasana.

"We're back! Ohoho!" Ucap Puan Jung penuh rasa gembira.

"Jadi, berapa helai baju?" Soal Tuan Jung.

"2 helai. Saya sehelai, Dahye sehelai." Jawab Puan Jung penuh rasa bangga.

Hoseok dan Jimin mula memandang wajah Tuan Jung lama. Benar kata Tuan Jung. Mereka akan keluar bersama sehelai baju setiap seorang saja.

"Dah mari! Kita pergi makan tengah hari." Ajak Puan Jung dengan gaya divanya yang melampau.

"Hehe. Maaf papa. Mama gembira sangat sebab dapat jumpa dress warna kegemaran dia." Ujar Dahye lalu menggosok perlahan lehernya kerana berasa kekok.

"Tak mengapa. Papa dah biasa. Kadang-kadang papa rasa nak sepak je mama tu sampai masuk dalam kandang harimau." Balas Tuan Jung meluahkan perasaannya.

"HAHAHHA! Silap-silap, harimau tu yang jadi mangsa mama, HAHAHA!" Hoseok mula ketawa terbahak-bahak sehingga tersedak air liurnya sendiri.

"Siapa yang mengutuk mama tadi?" Soal Puan Jung yang tiba-tiba saja muncul.

"Oh sayangku mama!" Jerit Tuan Jung melatah apabila menyedari kehadiran isterinya.

Puan Jung hanya memberikan pandangan tajam ke arah Tuan Jung.

"Errr jom mama! Kita pergi makan!" Tuan Jung mula mengheret isterinya itu dengan cara menarik sanggul bunga besar di atas kepalanya.

"Yah! Jangan tarik!" Jerit Puan Jung lalu memijak kaki Tuan Jung beberapa kali.

Hoseok, Dahye dan Jimin hanya melihat saja aksi kedua orang tua itu bergaduh di tempat awam. Timbul rasa malu di dalam diri mereka. Lalu mereka bertiga ketawa besar.

Sehingga satu saat, Hoseok akhirnya sedar bahawa dia sudah ditinggalkan oleh Jimin dan Dahye.

"Yah! Tunggulah!"


ㆁtbcㆁ

Sincerely,
[ violet ]

HAHAHAHAHAHAHA author merapu guys. sejak hari sekolah dah nak dekat, author jadi makin merapu sebab author rasa berdebar :') well, SPM2k18 guys :') #authortabah. if ff niyh makin hambar, just let me know 💕 i'll fix it as always ㅋㅋㅋ ( ̄∀ ̄) please vote and comment !🖤 nae maeumsoge jeojang! 💕

[C] Change ➽ jhsWhere stories live. Discover now