ㆁㆁㆁ
Hoseok mengeluh lega setelah Dahye akhirnya tidur lena setelah setengah jam menangis tanpa henti. Bila ditanya mengapa, Dahye hanya menggelengkan kepalanya. Hoseok juga bingung. Adakah Dahye mengalami senggugut yang teruk? Hoseok menggelengkan kepalanya. Tidak mungkin."Dahye. Apa yang jadi sebenarnya? Apa yang awak rahsiakan daripada saya?" Soal Hoseok sambil merenung wajah Dahye yang sudah lena dibuai mimpi.
Hoseok mengambil keputusan untuk bangun dan tidur di bilik tetamu memandangkan Dahye sudah tidur di biliknya. Walaupun mereka pernah bergelar suami isteri, ianya tidak manis dipandang orang. Perlahan-lahan pintu bilik itu ditutup.
"Macam mana? Dahye dah tidur?" Soal Puan Jung yang tiba-tiba saja muncul.
"Ya tuhan! Ish mama ni! Buat terkejut orang je!" Marah Hoseok sambil menggosok dadanya kerana mengalami kejutan yang teramat setelah melihat wajah ibunya yang dipenuhi dengan bedak sejuk.
p/s; bayangkan Puan Jung macam ni HAHAHAHAHA
"Dahye dah tidur. Yang mama ni tak tidur lagi kenapa?" Soal Hoseok sambil memandang pelik ke arah Puan Jung.
"Erm mama nak pergi minum air." Balas Puan Jung ringkas lalu berjalan meninggalkan Hoseok yang masih terpinga-pinga sendirian.
"Pelik-pelik je lah mama aku ni." Hoseok hanya sekadar menggelengkan kepalanya melihat kerenah Puan Jung yang pelik itu.
ㆁㆁㆁ
'Panggg!'"Kau dah gila atau apa?!" Soal Hanri dengan nada yang tinggi.
Pipi Jimin yang mula kemerah-merahan itu hanya dibiarkan. Dada Hanri berombak menahan geramnya terhadap Jimin. Penumbuk digenggam kemas. Sebagai seorang wanita seperti Dahye, Hanri juga dapat merasakan perasaan Dahye.
"Aku suruh kau untuk soal diri kau sama ada kau benar-benar cinta pada dia atau tak! Bukan cuba rogol dia! Kau memang dasar lelaki tak tahu malu! Memalukan keluarga Park!" Tengking Hanri.
Sebagai seorang sepupu yang 2 tahun lebih berusia daripada Jimin, dia mempunyai sifat sebagai seorang kakak kepada Jimin. Dia benci apabila Jimin membuat perkara yang boleh memalukan nama keluarga mereka.
"Kenapa? Kenapa kau sanggup buat macam tu pada dia? Dia percayakan kau. Dia sayang pada persahabatan kau berdua. Tapi apa kau buat? Kau musnahkan kepercayaan dia terhadap kau." Kata Hanri lalu mengetap bibirnya menahan geram.
"A-aku tak sedar—"
"Kenapa? Kalau kau tak sedar pun kenapa? Kau boleh suka-suka hati rogol dia? Kau tak mabuk kan? Kalau aku tiba lewat sedikit masa tu, agak-agaknya kau dah tanam benih ke dalam badan dia?" Soal Hanri sinis.
YOU ARE READING
[C] Change ➽ jhs
Fiksi Penggemar━when you try to change yourself into a better person, that doesn't mean you have to change your feeling too. " Jangan pernah berharap yang aku akan jadi macam dulu. " " Tolonglah Dahye. Aku rindukan kau yang dulu. " ━×━×━ beautiful arts by; JaeNale...