ㆁㆁㆁ
"Explain everything dekat papa sekarang. Kenapa dia masih lagi like dan comment dekat gambar yang mama post dekat instagram? Mama curang ke?" Soal Tuan Jung sambil menyilangkan kedua-dua tangannya."Apa papa merepek ni? Mama elok je duduk dekat rumah ni. Nak curang apa? Setakat like dan comment tu pun papa nak marah, baik papa sedar diri. Berlambak followers perempuan dekat instagram papa tu." Bidas Puan Jung lalu memalingkan pandangannya ke arah lain.
"Menyesal juga rasanya kawin dengan papa ni. Cepat sangat fikir negatif. Malas lah nak kawan. Pergi main jauh-jauh." Kata Puan Jung lalu berjalan keluar dari bilik bacaan Tuan Jung.
"Mama!" Jeritan Tuan Jung itu langsung tidak diendahkan oleh Puan Jung.
ㆁㆁㆁ
"Yah Hoseok. Kau balik lah. Minta maaf dekat mama kau, papa kau dan juga isteri kau. Hyung bukan nak halau. Tapi hari-hari tengok muka kau dekat sini, rasa rimas tau?" Luah Seokjin."Ala hyung. Boleh tak stop cerita pasal ni? Sakit lah telinga Hoseok." Balas Hoseok lalu sambung mengunyah makanan di dalam mulutnya.
"Tengoklah tu. Orang nasihat, bukan nak dengar. Berapa banyak setan lah yang ada dekat dalam badan kau ni agaknya." Kata Seokjin lalu menggeleng.
'Ttakk!'
"Hish! Sikit-sikit bebel! Bising lah!" Hoseok menghentakkan chopsticknya lalu bangun dari duduknya dan beredar masuk ke dalam biliknya.
"Haa eloklah tu! Hentak lagi kuat meja buruk ni! Bagi patah! Elok pun kau tak habis makan! Biar aku habiskan!" Marah Seokjin.
Manakala Hoseok di dalam hanya duduk dan berfikir sesuatu. Patutkah dia minta maaf pada Dahye? Hoseok menggelengkan kepalanya. Itu adalah idea terakhir yang dia akan lakukan jika dia akan mati.
Apa yang dia tahu, dia harus berkelakuan begini sehinggalah Tuan Jung dan Puan Jung sendiri yang merayu agar dia pulang ke rumah.
Akhirnya, Hoseok mengambil selimut serta bantalnya untuk tidur. Dia pening kepala setiap kali memikirkan tentang Dahye.
ㆁㆁㆁ
Setelah Jimin menunjukkan baju yang ingin ditunjukkan kepada Dahye, Dahye tidak henti-henti membayangkan betapa sexy dan cool nya dia nanti.Tersengih-sengih Dahye dibuatnya. Segera Dahye melompat ke atas katil sambil menjerit perlahan kerana berasa teruja. Kemudian, Dahye berhenti dari melompat dan duduk.
Dia mulai terfikir sesuatu. Kenapa Jimin terlampau baik padanya walaupun dia tidak secantik gadis-gadis lain? Dan walaupun dia seringkali diejek dan dibuli?
Jimin adalah lelaki yang sempurna. Terlampau sempurna untuk didekati. Kemudian Dahye memandang sekeliling. Terdapat banyak poster gambar milik Jimin melekat pada dinding.
"Kacak." Ucap Dahye perlahan sambil tersenyum.
Sekarang, dia berada di dalam bilik seorang lelaki yang menjadi idaman semua perempuan di kolej. Dahye tersengih sendiri. Dia berasa terharu dan bangga seketika. Hidungnya juga semakin kembang.
Kemudian, matanya tertancap pada satu gambar yang melekat di dinding. Dahye perlahan-lahan berjalan ke arah gambar itu. Dia terkedu.
Ianya gambar Jimin dan Hoseok. Mereka berdua kelihatan amat rapat di dalam gambar itu. Tetapi, mengapa Hoseok dan Jimin sentiasa bergaduh seperti anjing dan kucing jika mereka bertemu?
Dahye termenung seketika. Dia cuba mengingati sesuatu. Sesuatu yang dia tidak pernah ingat. Atau lebih tepat, memori yang telah lama hilang. Dahye mengetap bibirnya.
'Plakk!'
Dahye menoleh. Terdapat satu gambar terjatuh. Gambar itu dikutip. Ianya satu lagi gambar Jimin, Hoseok dan.... dirinya sendiri. Kedutan didahi Dahye mula kelihatan. Apa kaitan semua gambar-gambar ni?
Setahu Dahye, dia tidak pernah rapat dengan Hoseok walaupun sebelum mereka berkahwin. Dahye semakin bingung. Apa semua ni?
'Tok tok!'
"Dahye?"
Pantas Dahye menyorokkan gambar itu ke dalam bajunya.
"Y-ya?"
"Mari makan. Ibu saya dah panggil." Ajak Jimin.
"B-baik!" Balas Dahye.
Setelah itu, Dahye menyorokkan gambar itu ke dalam sarung bantal di katilnya- Jimin. Bilik itu adalah bilik Jimin.
Jika setiap pagi Jimin ingin masuk ke dalam bilik dan mengambil beg serta bukunya, Dahye akan bersiap sedia berselubung di dalam selimut.
Dia tidak mahu Jimin lihat morning facenya. Mungkin mengerikan seperti author. Dahye menggenggam penumbuknya. Dia harus tahu segala-galanya yang dia tidak tahu.
ㆁㆁㆁ
Puan Jung duduk di biliknya sambil mendengar lagu Fire yang dinyanyikan oleh kumpulan idol bernama BTS. Dia benar-benar berasa panas dengan perangai suaminya.
Sesekali mulutnya terkumat-kamit bagaikan sedang menyumpah seranah Tuan Jung. Telefon pintar di tangannya itu dipegang erat.
Dia sedang bermain permainan bernama Cooking Legend memandangkan dia sudah pro bermain permainan bernama Mobile Jadah Legend itu.
'Krekk!'
"Mama-"
"Keluarlah!"
Akibat marah, segala bantal dan selimut dicampak ke arah Tuan Jung yang berada di pintu.
"Terima kasih bagi bantal. Macam tau-tau je papa nak bantal dengan selimut. Selamat malam." Ucap Tuan Jung lalu menutup pintu setelah mengambil segala bantal dan selimut yang bertaburan di atas lantai.
Semasa nenutup pintu, Tuan Jung mengakhirinya dengan satu tawa bagaikan sedang mengejek Puan Jung.
"Bongok punya papa! Dua kali sepuluh je dengan anak dia!" Jerit Puan Jung geram.
ㆁtbcㆁ
Sincerely,
[ violet ]
YOU ARE READING
[C] Change ➽ jhs
Fanfiction━when you try to change yourself into a better person, that doesn't mean you have to change your feeling too. " Jangan pernah berharap yang aku akan jadi macam dulu. " " Tolonglah Dahye. Aku rindukan kau yang dulu. " ━×━×━ beautiful arts by; JaeNale...