ㆁㆁㆁ
"Jimin. Betul ke kita akan balik hari ni?" Soal Dahye."Ya. Kita akan balik hari ni. Kenapa? Awak taknak?" Soal Jimin pula selepas menjawab soalan Dahye.
"No. I didn't mean that. Tapi, tarikh hari ni adalah tarikh saya dan Hoseok tahun lepas." Jawab Dahye dengan nada yang perlahan.
"Okay look. Dah setahun kita dekat Amerika. Takkan awak nak sia-siakan apa yang awak dah buat dekat sini dan kembali pada dia?" Soal Jimin dengan kerutan di dahinya.
Dahye hanya diam dan menunduk memandang tangannya yang berada di atas pehanya.
"Saya ingat awak dah lupakan dia. Tapi saya silap. Nampaknya saya hanya bertepuk sebelah tangan selama ni." Ucap Jimin kecewa lalu bersandar dan melihat ke luar tingkap kapal terbang.
"Jimin." Dahye pantas memegang tangan Jimin.
"Rupanya saya seorang saja yang serius tentang hubungan kita. Sia-sia." Tambah Jimin lagi.
"Ji—"
"Saya nak berehat." Balas Jimin lalu menarik tangannya perlahan dari terus dipegang oleh Dahye.
"Maafkan saya. Saya takkan sebut tentang hal ni lagi." Ucap Dahye kesal.
Dahye membuka akaun instagram nya. Dia mengeluh. Tiada apa yang menarik untuk dilihat sehinggalah gambar seseorang yang dikenalinya muncul.
jhope1802
♥ vioseoul, bts.official, taeseoul and 1,655,492
jhope1802 Dah setahun berlalu. Terima kasih untuk skarf ni. Ianya selesa ☺ have a good day guys ♥
view all 82456 comments
vioseoul where's your wife? it's been 2 years you didn't post any picture of your wife 😐
taeseoul @vioseoul he's already divorced last year
dsv_iwantchu @taeseoul seriously?!
vioseoul @dsv_iwantchu don't try to talk with my boyfriend 🔪😊20 minutes ago
Dahye tergamam melihat gambar dimana Hoseok memakai skarf pemberiannya tahun lepas. Dahye membaca pula komen yang tertera di bawah gambar Hoseok.
Kerutan di dahi Dahye mula kelihatan.
"Hoseok pernah post gambar aku 2 tahun lepas?" Soalnya dengan nada perlahan.
Tiba-tiba saja Jimin memandang ke arah Dahye. Denga pantas, Dahye segera menekan butang 'power off' di telefonnya. Kemudian, Dahye memakai penutup matanya agar dia kelihatan seperti hendak tidur.
'I'll never get what i want. Never.' Getus hati Jimin.
Satu keluhan dilepaskan sebelum air matanya jatuh mengalir di pipinya.
YOU ARE READING
[C] Change ➽ jhs
Fanfiction━when you try to change yourself into a better person, that doesn't mean you have to change your feeling too. " Jangan pernah berharap yang aku akan jadi macam dulu. " " Tolonglah Dahye. Aku rindukan kau yang dulu. " ━×━×━ beautiful arts by; JaeNale...