ㆁㆁㆁ
"Hoseok sayang? Kamu dah balik? Macam mana? Masih pening kepala?" Soal Puan Jung risau."Mama." Panggil Hoseok.
"Ya?" Soal Puan Jung.
"Mama dah tahu kan? Kenapa mama tak beritahu Hoseok? Mama suka tengok Hoseok menderita lagi ke?" Soal Hoseok dengan air mata yang bertakung di tubir matanya.
"T-tahu apa ni—"
"Mama jangan bohong! Mama tahu tentang Dahye dan Jimin dah bertunang! Dan mama tahu mereka dah pulang ke Korea kelmarin! Kenapa mama diam?!" Soal Hoseok lagi.
Kali ini Hoseok sudah pun menangis teresak-esak. Puan Jung hanya diam. Dia amat berasa serba salah dengan anak lelaki tunggalnya itu.
Dua bulan sejak Dahye pergi meninggalkan keluarga Jung itu, Hoseok telah berubah menjadi seorang yang murung, pendiam dan sukar untuk makan mengikut waktu. Hoseok juga hampir saja membunuh dirinya sendiri dengan cara menggantung dirinya.
Syukur pada waktu itu Puan Jung masuk ke dalam biliknya. Hoseok juga kerap berbual seorang diri di dalam bilik. Sehinggalah, Puan Jung dan Tuan Jung mengambil keputusan untuk memanggil doktor pakar sakit mental untuk merawat Hoseok.
Setelah Hoseok menjalankan terapi bersama doktor itu selama 3 bulan, akhirnya Hoseok kembali pulih. Hoseok mengalami tekanan yang melampau sehingga dia menjadi separuh gila.
Puan Jung mula berasa sebak. Hoseok pula mula menggenggam rambutnya dengan kasar. Dia tertekan. Tekanannya semakin bertambah apabila mengetahui bahawa Dahye sudah tahu tentang rahsianya.
Hoseok mula melangkah menuju ke arah anak tangga.
"Hoseok? Nak pergi mana tu?" Soal Puan Jung bimbang.
"Diamlah! Semua orang sama je! Nak buat aku gila!" Jerit Hoseok sambil berjalan menaiki anak tangga.
Puan Jung mula berasa tidak senang. Dia segera mendail nombor telefon suami yang dibencinya itu. Mungkin juga sayang?
"Papa. Mama takutlah. Hoseok tengah mengamuk ni." Adu Puan Jung.
"Sekejap lagi papa balik. Kalau Hoseok buat apa-apa yang boleh menyebabkan kecederaan, mama telefon saja Doktor Park." Pesan Tuan Jung.
"Haih. Yelah." Puan Jung akur.
ㆁㆁㆁ
"Dahye.""Lee Dahye."
"Tak perlu bersikap seperti kanak-kanak. Sampai bila awak tak nak bercak—"
"Sampai awak sedar kesilapan awak." Ujar Dahye memotong kata-kata Jimin.
"Haih. Okay look. I'm sorry. It's my fault to talk about something that doesn't make sense and do something in a hurry." Ucap Jimin.
"Saya betul-betul cintakan awak. Dulu, memang betul saya tak mahu lepaskan awak ke dalam genggaman Hoseok semula. Tapi bila saya dapat tahu tentang penyakit dia, saya tak sanggup Dahye. Cukuplah kita balas dendam secara kecil. Sakitkan hati Hoseok, buat Hoseok marah dan biarkan dia jujur tentang perasaan dia."
"Dan.. kita tak perlu kahwin. Awak kembalilah pada Hoseok. Saya pasti. Awak akan bahagia seperti sebelum hari kemalangan. Hari di mana awak dan dia bahagia bersama."
"Enough Jimin." Ucap Dahye dengan nada bergetar.
"Saya akan lepaskan awak. Walaupun ianya sakit buat hati saya, tapi selagi awak dan Hoseok bahagia, saya okay."
"I said enough!" Tengking Dahye.
"Saya takkan kembali pada dia walaupun kita takkan berkahwin! Saya tak bimbang tentang perkahwinan ni, tapi saya bimbang tentang awak! Awak sendiri cakap yang awak tak pernah dapat apa yang awak nak! So this is the time! Dapatkan saya sebelum terlambat!"
"Dahye—"
"Dia dah bunuh mak saya Jimin! Dia dah bunuh mak saya!" Nada suara Dahye semakin lantang.
"Dia tak bunuh mak awak Dahye! It was an accident!" Balas Jimin.
"Saya takkan kembali pada Hoseok! Tak akan! Kalau kita tak berkawin sekali pun, saya takkan kembali pada H—"
"Yes you are!" Jerit Jimin sambil menggenggam pergelangan Dahye dengan kuat.
Mereka berdua saling berpandangan. Air mata menghiasi kelopak dan juga bebola mata mereka. Satu pergaduhan besar antara mereka telah pun berlaku.
ㆁtbcㆁSincerely,
[ violet ]dulu Dahye and Hoseok. sekarang Dahye and Jimin. HAHAHAHAHA! author memang macam ni. suka letak konflik banyak-ii sampai diri sndiri yg pening 😂 please vote and comment. nae maeumsoge jeojang! 💕
YOU ARE READING
[C] Change ➽ jhs
Fanfiction━when you try to change yourself into a better person, that doesn't mean you have to change your feeling too. " Jangan pernah berharap yang aku akan jadi macam dulu. " " Tolonglah Dahye. Aku rindukan kau yang dulu. " ━×━×━ beautiful arts by; JaeNale...