18 ; Malu

246 58 25
                                    

ㆁㆁㆁ


Hoseok berjalan menuju ke taman tema dengan perasaan geram. Orang di sekelilingnya tidak henti-henti membuat khabar angin palsu tentang keluarganya dan juga bekas isterinya.

Hoseok juga terpaksa menukar pakaiannya. Pakaiannya lengkap berwarna hitam dari atas sehingga bawah. Kecuali, skarf berwarna coklat yang terlilit di lehernya.

Dia juga memakai kaca mata hitam dan mouth mask untuk merahsiakan identitinya sepanjang dia berada di taman tema ini.

"Memang aku cintakan kau. Tapi aku terpaksa buat macam tu. Aku terpaksa supaya kau boleh benci aku." Gumam Hoseok sambil menahan air matanya.

'Bukk!'

"M-maafkan saya. Saya tak sengaja." Ucap perempuan itu sambil menunduk.

Hoseok hanya diam lalu mengatur kembali langkahnya untuk menaiki ferris wheel yang berdekatan dengannya.


ㆁㆁㆁ


"Are you okay sweetie?" Soal Jimin sebaik sahaja Dahye tiba di hadapannya.

"Ya. Saya tak apa-apa." Jawab Dahye.

"Sombong betul lelaki tu." Gumam Jimin geram.

Jimin hanya memandang lelaki yang berpakaian serba hitam itu dari jauh. Timbul rasa marah di dalam dirinya apabila lelaki itu mengabaikan Dahye yang sudah pun meminta maaf.

"Biar saya ajar dia—"

"Yah. Janganlah. Kita kan dekat tempat awam ni." Halang Dahye.

"Haih. Nasib baik lah awak yang halang. Kalau saya tak fikir awak yang halang, dah lama lelaki tu teruk saya kerjakan." Ujar Jimin geram.

"Dah. Mari kita beli popcorn. Lepastu, kita naik ferris wheel." Ajak Dahye sambil menarik tangan Jimin.


ㆁㆁㆁ


'Hello? Hoseok? Kamu dekat mana?'

"Mama. Hoseok dekat luar ni. Nanti Hoseok balik lah. Kejap je lagi." Jawab Hoseok.

'Hmm iyalah. Jangan lewat sangat. Papa kata kita ada tetamu malam ni.' Pesan Puan Jung.

"Cakap dengan papa, Hoseok akan balik kalau tetamu tu bukannya perempuan gatal yang nak kawin dengan Hoseok." Ujar Hoseok geram.

'Hoseo—'

'Tutt!'

"Hish. Serabut betul lah papa tu. Aku dah cakap aku taknak kawin kan? Kenapa susah sangat nak faham?" Gumam Hoseok sambil meramas rambutnya kasar.

Kemudian Hoseok bersandar. Dia hanya menikmati pemandangannya sehinggalah dia ternampak akan pasangan bercinta yang sedang bercium di hadapannya. Hoseok terkedu.

Cepat-cepat Hoseok mengalihkan pandangannya. Dia berasa sedikit malu kerana ke semua penumpang ferris wheel itu adalah pasangan bercinta. Kecuali dirinya. Dia hanya bersendirian.

Hoseok mengeluh. Kalau lah dia dapat menaiki ferris wheel ini bersama Dahye sekali lagi, pasti dia akan menjadi orang yang paling bahagia. Tapi malang. Dia tidak dapat berbuat begitu lagi disebabkan satu tragedi ngeri yang telah berlaku di dalam hidupnya.

Tragedi yang sangat ngeri dan telahpun meragut 4 nyawa orang yang tidak bersalah. Air mata Hoseok mula gugur dari tubir matanya.


ㆁㆁㆁ


"Jimin. Malam ni kita nak pergi mana?" Soal Dahye sambil mengunyah popcorn yang dibelinya tadi.

"Mana boleh bagitahu. Ini rahsia." Jawab Jimin lalu menyilangkan tangannya.

"Ish kedekut." Rungut Dahye.

"Awak akan berterima kasih dengan saya nanti. Ohoho." Kata Jimin sambil tersenyum sinis.

"Diam lah." Kata Dahye sambil mengunyah popcorn ditangannya.

"Awak asyik makan popcorn tu je. Cuba layan saya yang ada dekat depan awak ni. Saya lagi manis daripada popcorn tu." Ujar Jimin berasa cemburu.

"Biarlah. Popcorn ni boleh gembirakan saya. Tapi awak tak." Kata Dahye dengan memek muka menyampah.

"Berhenti makan popcorn tu dan layan saya. Atau saya hukum awak." Ugut Jimin.

"Haa hukum lah. Saya jerit kuat-kuat sampai semua orang dekat ferris wheel ni boleh dengar." Balas Dahye pula dengan ugutan.

"Jangan cabar saya Dahye." Senyuman sinis di bibir Jimin semakin melebar.

"Saya cabar—"

Dahye terdiam dan terkedu. Bekas popcorn di tangannya juga telah berterabur. Setelah itu, Jimin mengalihkan bibirnya dari terus bercantum dengan bibir Dahye.

"Eh? Awak kata nak jerit tadi? Jeritlah kuat-kuat." Kata Jimin sinis.

Dahye memandang tajam ke arah Jimin.

'Papp!'

"Aduh!"

"Padan muka! Sekarang awak tengok! Popcorn saya dah berterabur! Salah awak lah ni!" Marah Dahye.

"Kenapa salah saya pula?! Awak kena diet tau tak?! Dah lah awak ni susah nak kurus!" Balas Jimin.

"Biarlah saya gemuk ke kurus! Awak suka saya juga kan?!"

Tiba-tiba saja Jimin berasa malu. Dia terus mengalihkan pandangannya ke arah lain.

 Dia terus mengalihkan pandangannya ke arah lain

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jimin menahan dirinya daripada tersenyum. Dahye memandang Jimin dengan pandangan menyampah.

Baru saja Dahye mengungkit tentang hal di mana Jimin menyukainya tidak kira gemuk atau kurus, Jimin sudah pun malu-malu. Mahu saja rambut Jimin itu ditarik oleh Dahye.


ㆁtbcㆁ

Sincerely,
[ violet ]

sad vs happy. just have a some sweet moments and some sad moments 😐 short chapter 😂 hope you guys enjoy 💕💕

[C] Change ➽ jhsWhere stories live. Discover now