ㆁㆁㆁ
'Panggg!'"Papa tak ajar anak papa jadi macam ni, Jung Hoseok!"
Suara jeritan Tuan Jung yang bergema di lorong kaki 5 hospital itu telahpun membuatkan Puan Jung sedikit terperanjat. Dia tahu apa yang bakal jadi pada Jung Hoseok kali ini.
"Memang papa tak ajar! Tapi papa yang buat Hoseok jadi macam ni!" Balas Jung Hoseok dengan tengkingan.
"Kamu!" Tuan Jung mula menggepal penumbuknya.
"Kamu minta maaf pada Dahye sekarang!" Arah Tuan Jung tegas.
"Kalau Hoseok tak nak?" Soal Hoseok sambil tersenyum sinis.
Tuan Jung akhirnya menarik nafas panjang dan melepaskan keluhan.
"Papa dah agak kamu akan cakap macam ni." Kata Tuan Jung dengan nada lemah.
"Encik Lee. Bawakan beg tu." Arah Tuan Jung pada orang suruhannya.
"Baik." Encik Lee akur lalu menarik satu beg roda yang bersaiz besar dan mencampakkannya ke arah Hoseok.
Jung Hoseok terpana. Dia kembali memandang ke arah Tuan Jung yang sudah pun berpaling ke arah lain.
"P-papa—"
"Jangan kembali ke rumah papa. Papa takkan benarkan kamu masuk selagi kamu tak berasa kesal dengan perbuatan kamu dan minta maaf pada Dahye." Ucap Tuan Jung.
"Tak! Hoseok takde buat salah pun pada dia! Dia memang layak dilayan macam tu!" Balas Hoseok yang masih lagi tidak mahu mengalah.
"Kamu hanya akan dibenarkan pulang ke rumah selepas kamu sedar akan kesalahan kamu. Kalau tak, selagi tu kamu takkan dibenarkan pulang."
"Fine! Hoseok takkan kembali sampai bila-bila! Hoseok bukan anak papa lagi!" Jung Hoseok merentap beg rodanya dengan kasar.
Dia akhirnya berjalan laju meninggalkan Tuan Jung dan Encik Lee dengan ego yang tinggi. Tuan Jung menggelengkan kepalanya tanda kecewa dengan sikap Hoseok.
"Dohyun. A-aku minta maaf sebab anak aku buat—"
"Tak mengapa." Balas Encik Lee pendek.
Dia berdiri di hadapan wad di mana Dahye ditempatkan. Wajah Dahye dilihat dari jauh. Air matanya mengalir tatkala melihat wajah Dahye yang lebam dan bengkak sana sini.
Pelbagai kesan lebam di tangan Dahye. Encik Lee akhirnya memalingkan wajahnya dari terus melihat wajah Dahye yang masih tidak sedarkan diri dari pengsannya itu.
"K-kau jangan risau. Lepas anak kau sembuh sepenuhnya, aku akan ikut rancangan Park Jimin dan isteri aku. Semuanya akan berjalan lancar seperti biasa. Percayalah." Rayu Tuan Jung sambil memegang erat tangan Encik Lee.
Encik Lee mula berasa tidak selesa. Adakah dia patut mempercayai Tuan Jung untuk kali ke tiga? Dia bimbang jika Dahye akan diperlakukan sebegitu lagi oleh Jung Hoseok.
"B-baik." Kata Encik Lee bersetuju.
ㆁㆁㆁ
Papa halau aku hanya disebabkan perempuan bodoh tu? Heh. Dia tak sedar ke yang aku ni pewaris syarikat dia?"Dasar perempuan tak sedar diri. Lebih elok kalau kau mati masa aku pukul kau semalam." Jung Hoseok meraup rambutnya kebelakang dengan perasaan geram.
'Pin Pin!'
Jung Hoseok menoleh kebelakang. Matanya mula membulat kerana terkejut.
ㆁtbcㆁSincerely,
[ violet ]
YOU ARE READING
[C] Change ➽ jhs
Fanfiction━when you try to change yourself into a better person, that doesn't mean you have to change your feeling too. " Jangan pernah berharap yang aku akan jadi macam dulu. " " Tolonglah Dahye. Aku rindukan kau yang dulu. " ━×━×━ beautiful arts by; JaeNale...