ㆁㆁㆁ
Semasa keluarga Jung bersama Dahye dan juga Jimin berada di dalam kereta, suasana sunyi sepi. Tiada perbualan atau sebarang bunyi dikeluarkan. Masing-masing hanya berdiam diri. Berdiam diri setelah Hoseok, Jimin dan Dahye bertengkar pagi tadi.Masing-masing hanya berkerut dan memaparkan memek wajah masam. Jimin memandang ke luar tingkap, Dahye mendengar lagu dengan menggunakan earphonenya, manakala Hoseok hanya memandang lurus ke hadapan sambil menyilangkan tangannya.
"Kita nak pergi mana hari ni papa?" Soal Puan Jung ingin mengurangkan suasana kekok di dalam kereta itu.
"Wayang." Jawab Tuan Jung ringkas.
Puan Jung yang mendengarkan balasan pendek daripada Tuan Jung itu terus saja menjegilkan matanya pada Tuan Jung. Panas hatinya apabila suaminya itu membalas dengan begitu ringkas.
Mereka bertiga yang dibelakang hanya membuat hal masing-masing. Kerutan di dahi tidak hilang sejak dari pagi tadi.
ㆁㆁㆁ
Pada jam 6.43 pagi, Hoseok sudah bersiap dan memakai wangian yang disukai Dahye. Kot berwarna coklatnya dicapai lalu disarungkan ke tubuhnya. Hoseok membuat pemerhatian terakhir di hadapan cermin. Setelah memastikan semuanya sempurna, barulah dia melangkah keluar dari bilik hotelnya.Hoseok melangkah menuju ke arah bilik di mana Dahye berada sambil tangan kanannya memegang sejambak bunga daisy.
Dahye sudah berjanji kelmarin bahawa mereka berdua akan luangkan masa bersama pada hari ini. Hanya berdua. Sangkaan Hoseok bahawa Dahye sudah bersiap sedia untuk keluar adalah silap.
'Tit tit tit!'
'Krekkk'
Dari senyuman bertukar kerutan. Anak matanya tertumpu pada Dahye yang masih lena tidur di atas katil sambil... memeluk Jimin yang juga masih lena. Pada waktu yang sama, matanya juga tertumpu pada baju di bahagian perut Dahye yang terbuka.
Dengan perasaan marah, Hoseok menghempaskan bunga itu di atas lantai lalu menghempas pintu bilik hotel dengan kuat. Mereka berdua yang tadinya lena dibuai mimpi akhirnya tersedar dari lena dalam keadaan keliru.
Semuanya adalah salah faham.
ㆁㆁㆁ
Hoseok berdiri di atas bumbung bangunan hotel itu sambil menghisap sepuntung rokok. Dia tertekan setelah melihat adegan Dahye bersama Jimin tadi. Wajahnya diraup kasar.Jimin yang baru saja tiba di bumbung bangunan itu bersama Dahye dibelakangnya menuju ke arah Hoseok tanpa menyedari bahawa sesuatu yang teruk bakal berlaku.
"Hose-"
'Bukk!'
Tanpa amaran, wajah Jimin ditumbuk dengan kuat sehingga dia jatuh menyembah lantai. Dahye yang melihat kejadian itu berasa amat terkejut lalu memandang tajam ke arah Hoseok.
"Awak ni kenapa Hoseok?! Apa salah dia pada awak?!" Soal Dahye dengan perasaan marah.
"Kenapa? Awak tanya saya kenapa? Kenapa awak tak tanya diri awak dulu? Tidur sambil berpeluk. Dengan keadaan perut awak terdedah. Awak ingat saya tak sakit mata ke?!" Marah Hoseok.
"Kenapa awak marah sangat?! Kami masih lagi bertunang awak faham tak?! Kenapa awak cemburu sangat?! Lagipun kami tak sengaja dan tak sedar!" Balas Dahye geram.
"Awak hanya bertunang! Bukan berkahwin! Awak sepatutnya jaga batas awak dengan lelaki ni!" Balas Hoseok pula.
"Kenapa? Kau takut aku rampas Dahye dari kau semula?" Soal Jimin sambil tersenyum sinis.
"Kau!" Hoseok mula menggenggam kasar kolar baju milik Jimin.
"Sudah! Cukup tu Hoseok!"
"Kau tunggu apa lagi? Pukul lah aku. Itu yang kau nak kan?"
Dengan perasaan marah, Hoseok melepaskan Jimin lalu berjalan pergi. Dahye meraup wajahnya kerana berasa tertekan.
"Awak okay Jimin?" Soal Dahye.
"Hmm. Saya okay." Jawab Jimin ringkas.
ㆁㆁㆁ
Semasa mereka di dalam panggung wayang, mereka masih lagi berdiam diri walaupun filem yang mereka tonton adalah bergenre komedi."Dahye-"
"Kita akan bincang tentang ni nanti." Ujar Dahye memotong kata-kata Hoseok.
"Da-"
"Awak juga, Jimin."
Mereka berdua serentak mengeluh. Dahye segera memejamkan matanya. Kepalanya serabut memikirkan tentang kejadian dimana Hoseok menumbuk wajah Jimin.
ㆁtbcㆁ
Sincerely,
[ violet ]maaf ambil masa lama sangat nak update uhuhu ㅠㅠ i have no idea lhaa. kalau kurang memuaskan, maafkan author 💕 author akan cuba untuk jadi lebih serius dalam bab menulis ni 😂 mintak-ii lhaa idea mencurah-curah keluar lepas ni. enjoy reading ❤ nae maeumsoge jeojang! 💕
YOU ARE READING
[C] Change ➽ jhs
Fiksi Penggemar━when you try to change yourself into a better person, that doesn't mean you have to change your feeling too. " Jangan pernah berharap yang aku akan jadi macam dulu. " " Tolonglah Dahye. Aku rindukan kau yang dulu. " ━×━×━ beautiful arts by; JaeNale...