ㆁㆁㆁ
Setelah pihak bomba beredar, Dahye terus saja berlari ke arah Puan Jung."Mama? Mama okay tak ni?" Soal Dahye bimbang.
"H-hehe okay je." Jawab Puan Jung.
"Macam mana mama boleh tersekat dalam mesin basuh tu?" Soal Dahye hairan.
"M-mama pun tak sedar yang mama boleh ada dalam mesin basuh tu." Bohong Puan Jung.
"Aigoo. Mama buat Dahye risau tau. Nasib baik lah Dahye tak tidur lagi." Ujar Dahye.
"Sekarang mama tidurlah. Mesti mama terkejut kan tadi?" Soal Dahye sambil mengusap perlahan belakang Puan Jung.
"Terkejut sikit." Jawab Puan Jung.
ㆁㆁㆁ
Setelah Dahye memastikan Puan Jung sudah tidur, Dahye akhirnya mengambil keputusan untuk keluar dari bilik Puan Jung. Dahye berjalan menuruni anak tangga rumah itu.Kemudian, Dahye menoleh memandang ke arah dapur. Mesin pencuci baju itu sudah pun hancur akibat dipotong oleh pihak bomba kerana ingin mengeluarkan Puan Jung yang tersekat di dalam mesin itu.
"Nampaknya kena basuh baju dekat dobi lah kalau macam ni. Hmm." Dahye mengetap bibirnya.
Sebaik saja Dahye masuk ke dalam biliknya, dia telah menerima satu panggilan telefon dari seseorang. Seseorang yang amat dikenalinya. Dahye menarik nafas panjang sebelum menjawab.
"H-hello—"
'Jumpa aku dekat Sungai Han esok.'
"Tapi—"
'Tutt!'
Belum sempat Dahye ingin berkata apa-apa, si pemanggil terus saja menamatkan panggilan. Kemudian, Dahye melabuhkan punggungnya diatas katil.
"Patut ke aku jumpa dia?" Soal Dahye sendirian.
ㆁㆁㆁ
Dahye duduk di bangku taman Sungai Han itu sambil menghirup secawan kopi yang baru dibelinya di Beautiful Cafe. Dia menoleh kiri dan kanan untuk mencari kelibat yang dikenalinya. Sesekali Dahye membetulkan cermin matanya."Yah."
Teguran yang sungguh kasar itu membuatkan Dahye terkejut. Dia berpaling untuk memandang kebelakang. Segera dia bangun daripada terus duduk di atas bangku itu.
"So how? Bahagia duduk rumah tu? Seronok kawal parents aku?" Soalnya.
"Apa yang awak cakap ni Hoseok? Tolonglah jangan fitnah saya. Saya tak pernah terfikir pun nak kawal mama dan papa. Sekarang ni mama dan papa tengah bergaduh awak tahu tak? Saya dan Jimin tengah berusaha nak bantu mama dan papa berbaik." Jelas Dahye geram.
"Apa dia?" Soal Hoseok sambil berkerut.
"Haih. Nak saya ulang balik ke? Mama dengan papa—"
"Tak. Bukan tu. Kau dan Jimin, apa?" Senyuman sinis mula terukir di bibir Hoseok.
"Saya dan Jimin— kenapa awak tanya?" Soal Dahye hairan.
"Jadi betullah apa yang aku dengar. Kau dan Jimin ada hubungan istimewa. Haha. Tak sangka kau ambil peluang untuk bercinta dengan Jimin sementara aku dihalau dari rumah kan?" Hoseok ketawa sinis.
"Hoseok!" Tengkingan Dahye langsung tidak mengejutkan Hoseok.
"Kau jangan risau Dahye. Aku akan ceraikan kau sebaik saja aku balik ke rumah tu."
'Pangg!'
Tanpa amaran, satu tamparan dilepaskan oleh Dahye. Hoseok tersentak. Dia memandang tajam ke arah Dahye.
"Saya ingat awak akan berubah. Tapi saya silap. Saya benci awak."
Dahye segera berlari meninggalkan Hoseok sendirian di bangku taman itu.
ㆁㆁㆁ
"Dahye? Kamu tak apa-apa ke? Kamu ke mana tadi?" Soal Puan Jung bimbang."Dahye tak apa-apa mama. Dahye masuk bilik dulu." Balas Dahye ringkas.
Sebaik saja Dahye masuk ke dalam biliknya, dia terus menangis di atas katil sekuat hatinya. Dia benci lelaki bernama Hoseok itu.
Setelah itu, Dahye segera mengusap air matanya yang masih tersisa dan bangun semula untuk berdiri. Dia akan cuba sedaya upaya untuk ubah dirinya. Dahye tak mahu lagi dihina dan dicaci. Dahye akan tunjukkan bahawa dia boleh berubah.
'Ktangg!'
Cermin mata dibaling ke dalam tong sampah.
'Aku akan tunjukkan pada kau Hoseok. Aku akan tunjukkan yang aku sebenarnya boleh ubah diri aku jadi lebih baik. Aku bukan hodoh. Aku bukan miskin. Aku akan tunjukkan. Tunggulah.' Desis hatinya yang penuh dengan kemarahan.
ㆁtbcㆁSincerely,
[ violet ]
YOU ARE READING
[C] Change ➽ jhs
Fanfiction━when you try to change yourself into a better person, that doesn't mean you have to change your feeling too. " Jangan pernah berharap yang aku akan jadi macam dulu. " " Tolonglah Dahye. Aku rindukan kau yang dulu. " ━×━×━ beautiful arts by; JaeNale...