ㆁㆁㆁ
'Pin Pin!'Jung Hoseok menoleh kebelakang. Matanya mula membulat kerana terkejut. Kereta itu akhirnya berhenti di hadapan Jung Hoseok.
"Yah Jung Hoseok! Kau nak ke mana dengan beg baju tu?" Soal lelaki yang berada di dalam kereta itu.
Hoseok sekadar membisukan dirinya. Dia pasti akan diketawakan oleh rakan-rakannya jika mereka mendapati bahawa dia sebenarnya telah dihalau oleh Tuan Jung.
"Hyung. Boleh aku tumpang rumah kau?" Soal Jung Hoseok.
ㆁㆁㆁ
"Jadi, kau kena halau dengan ayah kau?" Soal Kim Seokjin yang umurnya 2 tahun lebih tua dari Jung Hoseok.Hoseok sekadar mengeluh.
"Hoseok. Hyung bukan nak cakap apa tau. Tapi.."
Jung Hoseok mengalihkan pandangannya kepada Kim Seokjin. Keningnya dinaikkan sedikit.
"..padan lah muka kau. Siapa suruh kau pukul perempuan tak bersalah tu. Lagipun, dia isteri kau kan? Dia masak, buat assignment kau, buat kerja rumah, gosok baju kau. Haa. Apa lagi kau nak?" Soal Kim Seokjin sambil berkerut tanda hairan.
"Yah hyung! Hyung ni bodoh lah. Langsung tak faham—"
"Kau yang bodoh. Kau tengok lah diri kau. Kau ada segalanya. Rumah. Kereta. Isteri. Kacak. Haa. Perfect segala-galanya. Tapi sayang. Otak kau dekat lutut rupanya. Menyesal hyung tak nasihatkan kau awal-awal dulu." Seokjin melepaskan keluhan lalu meneguk secawan kecil soju.
"Hyung dengan papa langsung tak ada beza! Asyiklah nak backup perempuan tu!" Balas Hoseok geram lalu melemparkan satu gumpalan surat khabar ke arah dinding.
"Hyung ni, memang nak kawin. Tapi malangnya. Tak ada sesiapa nak dekat hyung. Jadi kau patut bersyukur dapat isteri baik macam dia waktu umur kau muda macam ni."
"Ini tak. Langsung tak bersyukur, dayus, lelaki tak guna, bodoh, hati syaitan!"
Dengan tiba-tiba, wajah Seokjin berubah menjadi Jung Dahye. Hoseok mula berundur kebelakang sambil menjerit.
"Dasar lelaki tak guna!" Jerit Jung Dahye sambil melemparkan sebilah pisau tajam ke arah Jung Hoseok.
"Arghhh!"
"Yah Jung Hoseok! Kau okay tak ni?!" Soal Seokjin cemas ketika sedang memandu.
Hoseok melihat keadaan sekelilingnya. Dia masih di dalam kereta. Mimpi. Hanya mimpi semata-mata. Jung Hoseok melepaskan keluhan lega.
"Syukurlah." Ucapnya perlahan.
"Yah! Hyung tanya ni! Kau buat hyung takutlah!" Marah Seokjin.
"T-tak ada apa-apa." Jawab Hoseok sambil tersenyum hambar.
Jung Hoseok mengetap bibir geram. Dia tak sepatutnya mimpi tentang Jung Dahye. Dia amat bencikan perempuan itu. Isteri yang dibenci Jung Hoseok.
Walau apa pun yang terjadi, dia tidak akan meminta maaf kepada Dahye. Ego dan maruahnya lebih tinggi.
"Ouh ya. Hyung lupa nak tanya. Kenapa kau nak tumpang rumah hyung?" Soal Seokjin ketika sedang fokus memandu.
"Y-ya?"
"Kenapa kau nak tumpang rumah hyung? Ada apa-apa masalah ke?" Soal Seokjin prihatin.
"N-nantilah aku cerita. Aku mengantuklah." Balas Hoseok berbohong.
Pantas Hoseok menutup wajahnya dengan jaketnya. Dia sebenarnya tidak mengantuk. Dia cuma ingin mengelak dari soalan Seokjin itu.
Jika dia beritahu sekarang, bila-bila masa saja kereta yang dipandu Seokjin ini terbabas di mana-mana tempat. Sudahlah mulut Seokjin ini becok.
Tetapi Seokjin sajalah yang memahami dia setiap masa. Dan Seokjin jugalah yang membantu dia ketika dia hendak menyambung pelajarannya di kolej.
Hoseok akhirnya memejamkan matanya kembali. Dia tidak mahu berfikir tentang apa-apa buat masa sekarang. Hal Tuan Jung dan Dahye sungguh menyerabutkan mindanya.
"Bertuah punya budak. Aku membebel dari tadi, dia tidur? Eish." Bebel Seokjin perlahan kerana tidak berpuas hati.
ㆁtbcㆁSincerely,
[ violet ]a/n; HAHAHAHAHA ape korg ingt dia kena langgar ke? 😂 NGEHH. no langgar-langgar lah deyy. Masih awal lagi nak buat hoseok terseksa ㅋㅋㅋ. And yea, mulai chapter 11, semua chapter akan dipanjangkan bagi memuaskan hati para readers author niyh ♥ awal-ii macam ni je author buat short story. bagi suspen lah katakan (─‿─) btw, thankyou sbb support ff ni! ♥
YOU ARE READING
[C] Change ➽ jhs
Fanfiction━when you try to change yourself into a better person, that doesn't mean you have to change your feeling too. " Jangan pernah berharap yang aku akan jadi macam dulu. " " Tolonglah Dahye. Aku rindukan kau yang dulu. " ━×━×━ beautiful arts by; JaeNale...