03 ; Air Anggur

310 73 15
                                    

ㆁㆁㆁ


"Nah minum air ni. Jangan nangis lagi. Buruk tau tak." Kata Jimin setelah menghulurkan satu air tin berperisa anggur kepada Dahye.

Air tin berperisa anggur yang menjadi kegemaran Dahye dan Jimin sejak dulu lagi.

"Terima kasih. Tapi.. saya memang buruk. Saya mana pernah cantik." Dahye mengeluh pendek sebelum meneguk air yang diberikan oleh Jimin.

"Tapi bagi saya awak cantik."

"Uhuk! Uhuk!"

"Dahye! Awak tak apa-apa?! Kenapa ni?!" Soal Jimin cemas.

"Awak tu yang kenapa! Kenapa awak cakap macam tu? Eii penipu." Dahye mencebik sambil mengelap kotoran di bibirnya dengan kasar.

"Ehh saya cakap betul lah. Awak cantik." Ucap Jimin sambil memandang tepat ke arah wajah Dahye.

"Penipu. Lelaki semua penipu." Kata Dahye lalu menunduk memandang lantai bus stop.

"Saya cakap jujur lah! Lagi-lagi bila awak tanggalkan cermin mata awak dan.. tanggalkan getah rambut awak." Kata Jimin perlahan sambil memandang ke arah lain.

"Sudahlah Jimin. Jangan cakap apa-apa lagi tentang tu. Saya tak suka."

"Awak dengan air ni memang serupa. Ada manisnya, ada masamnya. Yang manis tu orangnya, yang masam tu perangainya." Jimin ketawa apabila dia dapat membuat wajah Dahye merah menahan marah.

"Mulut awak ni kalau sehari tak buat orang sakit hati, tak boleh ke?" Soal Dahye sambil berkerut.

"Tak. Lagi-lagi dengan awak. HAHAHA!"

"Aduh! Sakit! D-dah Dahye!" Jimin menjerit kesakitan apabila dicubit oleh Dahye.

"Padan muka." Kata Dahye lalu menjeling Jimin.

"Erm awak tak nak balik ke?" Soal Jimin mengubah topik perbualan.

"Saya rasa nak tidur di rumah sendiri dulu. Saya tak mahu lihat muka Hoseok malam ni. Menyakitkan hati dan mata." Jawab Dahye kegeraman.

"Kalau ibu mertua awak tanya, apa yang awak nak jawab?" Soal Jimin risau.

"Pandai-pandai lah saya bagi alasan. Awak balik lah dulu. Saya nak duduk dekat sini sekejap." Sekali lagi Dahye meneguk air anggurnya.

"Betul ni? Awak tak kisah? Nanti kalau ada apa-apa yang jadi, macam mana?" Soal Jimin sambil memandang kiri dan kanan.

"Jangan risau lah. Kalau ada apa-apa jadi, saya jeritlah kuat-kuat. Kan banyak kedai dekat sini." Jawab Dahye dengan alasan.

"Eishh. Saya risau—"

'Pin Pin!'

Satu kereta hitam dengan tiba-tiba berhenti di hadapan mereka berdua sambil membunyikan hon yang cukup membingitkan telinga.

"Siapa—"

Kemudian, cermin kereta itu diturunkan. Terpapar wajah bengis Hoseok di dalam kereta.

"J-jimin. Saya taknak balik." Rayu Dahye.

"Kau balik je lah Hoseok. Dia taknak balik ke rumah kau." Kata Jimin pada Hoseok yang berada di dalam kereta.

"Kau masuk ke dalam kereta atau aku yang akan paksa kau masuk." Gertak Hoseok.

"Saya takkan masuk. Saya takkan balik! Pandai-pandai lah saya bagi alasan pada mak awak." Dahye mula melangkah meninggalkan Jimin dan Hoseok yang berada di dalam kereta.

"Jung Dahye!" Jeritan Hoseok langsung tidak dapat menghentikan Dahye.

Akibat marah yang dicampur geram, Hoseok akhirnya mengambil keputusan untuk keluar dari kereta dan mengheret Dahye.

Tanpa belas kasihan, rambut Dahye ditarik kasar dan diheret untuk masuk ke dalam kereta. Segala rayuan Dahye diabaikan.

"Yah Jung Hoseok! Jangan berani kau apa-apa kan Dahye!"

Tanpa membuang masa dan mendengar jeritan, Hoseok memecut laju keretanya meninggalkan Jimin di bus stop seorang diri.

Jimin cuba untuk mengejar kereta Hoseok, tapi malangnya, kakinya tidak mampu untuk berlari selaju kereta Hoseok.

Lagipun, kakinya juga tidak lagi sekuat dulu akibat kemalangan. Jimin hampir lumpuh. Tapi disebabkan keajaiban, Jimin akhirnya sembuh dan masih boleh berjalan.

'Saya harap awak tak apa-apa Dahye.' Bisik hati Jimin kerisauan.


tbc

Sincerely,
[ violet ]

[C] Change ➽ jhsWhere stories live. Discover now