ㆁㆁㆁ
Puan Jung dan Tuan Jung memerhatikan lelaki muda yang duduk di hadapan mereka dengan teliti. Sesekali, lelaki muda itu berasa tidak selesa apabila diperhatikan sedemikian."A-ada apa pakcik dan makcik nak jumpa saya ni?" Soal lelaki itu.
"Kamu... Park Jimin?" Soal Tuan Jung.
"Y-ya saya." Jawab Jimin sedikit gagap.
"Mungkin permintaan pakcik ni keterlaluan. Tapi, boleh kamu tolong?" Soal Tuan Jung.
"Tolong apa?" Balas Jimin dengan soalan.
"Tolong jaga Dahye dengan elok di sekolah. Pastikan Hoseok takkan dekati dia walaupun seinci. Dan.. pakcik nak kamu datang ke rumah pakcik setiap hari. Tolong jagakan Dahye sementara pakcik bekerja." Jawab Tuan Jung panjang lebar.
"Tapi pakcik—"
"Jangan risau. Pakcik tak kisah. Apa yang penting, pakcik nak Dahye sembuh dan boleh pergi ke kolej semula. Tolong pakcik ya?" Rayu Tuan Jung.
"B-boleh. Tapi Dahye sakit apa?" Soal Jimin ingin tahu.
"Dahye.. dipukul dengan Hoseok malam kelmarin." Jawab Puan Jung dengan jujur.
"Apa?!" Jimin bagaikan tidak percaya apabila mendengar jawapan Puan Jung.
"Jung Hoseok.." Jimin mula menggenggam penumbuknya.
Tidak cukup Dahye dibuli di kolej, kali ini dipukul pula? Hati Jimin benar-benar panas seperti sedang terbakar. Dia sungguh geram dengan tindakan Hoseok.
"Boleh saya lawat Dahye sekarang?" Soal Jimin.
Pasangan suami isteri itu mula berpandangan satu sama lain sebelum mereka menganggukkan kepala mereka tanda bersetuju bahawa Jimin boleh melawat Dahye.
ㆁㆁㆁ
'Tit! Tit! Tit!'Jimin hanya berdiri tegak di sebelah katil milik Dahye sambil menahan rasa sebak yang kini menguasai dirinya. Dadanya berasa sakit akibat menahan sebak.
"Bodoh. Lelaki yang awak cintakan tu, takkan pernah layan awak seperti seorang isteri. Tapi kenapa awak berusaha layan dia seperti seorang suami?"
"Sekarang awak tengok. Dia dah berani pukul awak. Bila-bila masa saja dia boleh bunuh awak."
Air mata Jimin akhirnya mengalir di pipinya. Dia tidak dapat menahan lagi air matanya daripada mengalir. Tangan Dahye yang mempunyai kesan lebam itu diraih.
"Tangan awak lebam. Muka awak lebam. Bibir awak berdarah. Kenapa? Kenapa awak tak lawan dia?" Soal Jimin pada Dahye yang masih tidak sedarkan diri dari pengsannya.
"Kenapa awak tak lawan dia macam mana awak lawan saya? Awak boleh tumbuk saya sampai lebam. Tapi kenapa awak tak boleh lakukannya pada Hoseok?" Soalnya lagi.
"Sebab apa? Sebab dia suami awak? Heh. Mengarut. Suami yang layan isteri dia macam binatang? Awak masih cintakan orang macam tu?" Jimin mula meraup wajahnya kasar.
"Bangun Jung Dahye. Bangun. Bangun supaya awak boleh lawan Hoseok balik."
"S-saya tak boleh J-jimin."
Terdengar akan suara sayu itu, Jimin segera memalingkan wajahnya ke arah Dahye.
"D-dahye! Awak dah sedar?! Pakci—"
"S-sekejap." Pinta Dahye.
"Dahye. Rasa sakit lagi ke? Awak nak apa-apa? Saya boleh minta makcik Jung ambilkan—"
"Tak perlu. Saya okay." Kata Dahye dengan nada yang perlahan.
"Baik awak terus terang dengan saya. Kenapa awak masih lagi bela lelaki tak guna tu sedangkan dia layan awak macam ni?" Soal Jimin kegeraman.
"Sebab dia... suami saya."
"Okay. Itu saya tau. Tapi—"
"Sebab dia cinta pertama saya." Dahye kembali memejamkan matanya.
"Cinta pertama? Haha. Mengarut betul. Cinta pertama macam dia tu lah yang selalunya membawa masalah dalam rumah tangga." Jimin mengetap bibir geram.
"Jimin—"
"Awak pun cinta pertama saya! Okay? Awak. Takde orang lain lagi. Yoora? Tak. Dia hanya kawan lama saya yang awak dan Hoseok tak pernah tahu." Ucap Jimin sambil memalingkan wajahnya ke arah lain.
Dahye kembali membuka matanya. Dia memandang ke arah Jimin. Dia tidak tahu apa yang patut dikatakan olehnya lagi. Dia terkedu.
"Tolong dengar cakap saya kali ni Dahye. Awak, kena lawan Hoseok semula. Kalau awak tak mahu lawan dia dengan cara kasar, baik, saya setuju. Mari kita gunakan cara halus." Kata Jimin dengan yakin.
"Macam mana?" Soal Dahye tidak bermaya.
"Ubah."
"Ya?"
"Ubah segalanya. Diri awak. Penampilan, gaya, semuanya!" Kata Jimin sambil tersenyum lebar.
ㆁtbcㆁSincerely,
[ violet ]
YOU ARE READING
[C] Change ➽ jhs
Fanfic━when you try to change yourself into a better person, that doesn't mean you have to change your feeling too. " Jangan pernah berharap yang aku akan jadi macam dulu. " " Tolonglah Dahye. Aku rindukan kau yang dulu. " ━×━×━ beautiful arts by; JaeNale...