13 ; Mama VS Papa

266 62 56
                                    

ㆁㆁㆁ


"Suka hati papa lah! Mama malas dah nak layan papa ni! Dasar gedik!"

Pada awal pagi lagi Puan Jung dan Tuan Jung sudah bertikam lidah. Dahye yang berada di meja makan tersentak dan melihat kerenah suami isteri itu.

"Mama pun gedik lah!" Balas Tuan Jung lalu keluar dari rumah.

"Orang tua selekeh!" Bidas Puan Jung.

"Mama pun tua!"

Sesekali Dahye tergelak kecil melihat akan perangai kedua-dua mertuanya itu. Tak ubah seperti kanak-kanak.

"Sudahlah tu mama. Tak elok bergaduh lama-lama." Tegur Dahye sambil menuang air kosong ke dalam cawan.

Dahye menepuk tangan Puan Jung lembut sambil menghulurkan cawan yang berisi air kosong itu kepada Puan Jung.

"Papa lah yang mulakan dulu! Menyampah mama dibuatnya. Disebabkan dia tak puas hati, sanggup dia bakar album BTS mama!"

Puan Jung meletakkan kepalanya di atas meja sambil menangis. Sesekali dia menumbuk meja itu tatkala mengingati album BTS yang sudah dibakar oleh suaminya sendiri.

"Aigoo. Mama boleh ambil Dahye punya. Dahye tak kisah—"

"Tapi album yang papa bakar tu BTS yang bagi dekat mama tau tak?!" Puan Jung kembali menangis.

Tiba-tiba, Puan Jung berdiri secara mengejut dan menggenggam penumbuknya.

"Mama tak kira. Mama nak bakar seluar dalam papa yang limited edition tu!" Kata Puan Jung tekad.

"M-mama.." Terkedu Dahye dibuatnya.

Belum sempat Dahye ingin menghalang Puan Jung, Puan Jung terlebih dahulu berlari menaiki anak tangga. Dahye menepuk dahinya.


ㆁㆁㆁ


"Macam tu lah ceritanya Jimin." Jelas Dahye menceritakan bala yang menimpa keluarganya itu.

"Susah jugak ya nak selesaikan masalah orang tua ni." Kata Jimin lalu mengetap bibirnya.

"Macam mana ni Jimin? Kalau mama dengan papa tak berbaik, macam mana rancangan awak nak berjaya?" Soal Dahye bimbang.

"Takpe. Awak jangan risau. Awak pergi pujuk mama, saya pergi pujuk papa. Okay? Harap-harap menjadilah. Tapi jangan terlepas cakap apa-apa pulak." Arah Jimin.

Dahye hanya sekadar mengangguk faham. Kemudian, mereka berdua mula bergerak melalui jalan yang berbeza. Sesekali Jimin menoleh untuk melihat sama ada Dahye masih lagi berada di belakang.

Dalam masa yang sama, seseorang telah pun memerhatikan mereka dengan hairan. Jimin dan Dahye kelihatan seperti mempunyai hubungan istimewa. Nombor seseorang mula di dail.

"Hoseok hyung. Kita kena berbincang." Ucapnya sebaik saja Hoseok menjawab panggilannya.


ㆁㆁㆁ


"Apa mama dah buat dengan boxer limited edition papa?!" Soal Tuan Jung menengking sambil menunjukkan boxer yang sudah hangus dan berlubang akibat terbakar.

"Oops. Tadi dapur terbakar. Tu yang mama guna boxer papa untuk padamkan api." Jawab Puan Jung berbohong sambil tersenyum sinis.

"Mama tipu! Papa tau mama sengaja bakar boxer papa ni!"

"Dah tu?! Papa boleh pula bakar album BTS mama! Kenapa mama tak boleh?!" Balas Puan Jung geram setelah melemparkan surat khabar di tangannya ke arah pokok bunga yang berdekatan.

"Dah tu?! Papa boleh pula bakar album BTS mama! Kenapa mama tak boleh?!" Balas Puan Jung geram setelah melemparkan surat khabar di tangannya ke arah pokok bunga yang berdekatan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Album BTS? Maksud mama, album yang tu ke?" Soal Tuan Jung sambil menunding jarinya ke arah almari kaca berdekatan.

Puan Jung terkedu. Album BTS nya tersusun rapi di dalam almari kaca itu seperti tidak disentuh oleh sesiapa pun sebelum ini.

"P-papa." Puan Jung mula diselubungi rasa bersalah dalam dirinya.

"Papa tak bakar pun album BTS mama! Kenapa mama kejam sangat?!" Tuan Jung mula menundukkan kepalanya tanda kecewa.

"M-mama ingat—"

"Sudahlah!"

Tuan Jung terus saja berjalan pergi melepasi Dahye yang berdiri kaku di hadapan pintu utama rumah itu. Dia terkedu. Nampaknya Tuan Jung tidak membakar album BTS milik Puan Jung. Malah dia menyimpan dan menyusun album-album itu dengan rapi di dalam almari kaca yang baru dibeli Tuan Jung.

"Dahye. Apa yang mama nak buat ni?" Soal Puan Jung rasa bersalah.

"Sejujurnya, Dahye pun tak tahu mama." Dahye mengetap bibirnya risau.

Puan Jung terduduk di atas lantai lalu menepuk dahinya. Sungguh dia kesal dengan perbuatannya yang terburu-buru untuk membakar seluar dalam milik suaminya itu. Sudahlah seluar dalam itu berjenama Gucci.

Seluar dalam itu hanya ada 3 sahaja di dalam dunia ini. Tapi malangnya. Hanya tinggal 2 sahaja di dalam dunia ini kerana Puan Jung telah membakarnya.

"Apa Dahye buat dekat sini? Bukan ke sepatutnya Dahye buat senaman dengan Jimin dan belajar bersolek dengan Kim Seokjin dari BTS?" Soal Puan Jung.

"Memang sepatutnya Dahye kena buat senaman dan belajar bersolek. Tapi dengan keadaan keluarga macam ni, takkan Dahye nak buat tak tahu pula?" Kata Dahye lalu membantu Puan Jung untuk berdiri semula.

"Dahye jangan risau lah. Dahye pergi je buat apa yang patut sebelum Hoseok kembali ke dalam rumah ni semula. Mama tau nak uruskan papa tu macam mana." Pujuk Puan Jung.

"Betul ni mama?" Soal Dahye bimbang.

"Iyaa. Jangan risau." Jawab Puan Jung.


ㆁㆁㆁ


"Aku tak tau macam mana nak uruskan hal ni lagi!" Jerit Puan Jung dengan kuat di dalam mesin pencuci baju.

Sudah satu jam dia berada di dalam mesin pencuci itu kerana ingin memikirkan bagaimana dia ingin menyelesaikan masalah berkaitan suaminya itu.

Puan Jung runsing. Stoking busuk miliknya digigit sambil memikirkan satu idea yang mungkin boleh memujuk suaminya. Sambil dia menggigit stoking itu, Puan Jung melayari internet untuk mencari seluar dalam yang sama seperti seluar dalam yang dibakar olehnya sebelum ini.

"Aigoo. Mana ni..." Puan Jung meng-scroll skrin telefon pintarnya itu dengan berhati-hati.

Dia mencarinya dengan teliti.

"Omo! Ada lah!" Puan Jung bersorak gembira.

Baru saja dia mahu keluar dari mesin pencuci itu, Puan Jung terduduk kembali. Puan Jung sedar bahawa dia... tidak boleh keluar dari mesin pencuci itu.

"Tolongggggg!"

Kini, Puan Jung makin menambah pelbagai masalah dan bukannya menyelesaikan masalah.


ㆁtbcㆁ

Sincerely,
[ violet ]

[C] Change ➽ jhsWhere stories live. Discover now