05 ; Park Jimin

262 76 25
                                    

ㆁㆁㆁ


"Jung Hoseok!"

Hoseok menoleh memandang ke arah pintu biliknya. Kelihatan Tuan Jung sedang memandang tepat ke arahnya sambil merenung tajam. Dan dibelakang, Puan Jung menanti dengan perasaan gelisah.

"Apa yang kamu buat ni?!" Soal Tuan Jung menengking.

"Buat apa? Heh. Wah baguslah kan perempuan? Semua orang menyebelahi kau." Kata Hoseok sinis sambil menyepak perlahan kaki Dahye.

"Dahye!" Puan Jung segera berlari ke arah Dahye yang sudah lemah itu.

"Kenapa kamu sanggup pukul Dahye sampai macam tu sekali?! Kamu sebagai suami, kamu tak sepatutnya—"

"Hoseok tak pernah setuju dengan perkahwinan ni! Hoseok dah bagi amaran pada papa supaya batalkan perkahwinan ni dulu! Dan ini salah papa!"

'Pangg!'

"Anak kurang ajar!" Jerit Tuan Jung.

"Abang! Dahye pengsan!" Puan Jung semakin cemas apabila Dahye pengsan di dalam dakapannya.


ㆁㆁㆁ


'Tit! Tit! Tit!'

Suasana di dalam bilik tetamu rumah keluarga Jung itu hanya dihiasi dengan bunyi-bunyian dari mesin yang bersambung dengan perempuan bernama Jung Dahye.

"Kalau ada apa-apa jadi pada Dahye, papa takkan maafkan kamu!" Tengking Tuan Jung yang berada di ruang tamu.

"Lepas tu? Papa nak buat apa? Buang Hoseok dari keluarga ni? Halau Hoseok? Buatlah! Hoseok tak kisah pun! Duduk dalam rumah ni macam neraka!" Jerit Hoseok.

"Jung Hoseok!"

"Sudahlah tu abang! Jangan pukul anak kita!" Rayu Puan Jung.

"Hoseok. Kamu pergilah naik ke bilik kamu. Sekarang. Mama tak mahu lihat muka kamu buat masa sekarang." Ucap Puan Jung yang menunduk memandang lantai lalu melepaskan keluhan.

"Baguslah. Hoseok pun dah malas nak tengok muka mama dengan papa."

Dengan perasaan geram dan marah, Hoseok berjalan menaiki anak tangga sambil menghentakkan kakinya. Dia berasa amat geram apabila kedua-dua orang tuanya tidak habis-habis mempertahankan Dahye.

"Saya tak tau nak buat apa lagi dengan Hoseok. Saya kesian tengok Dahye. Hari-hari saya dapat aduan dari pihak kolej tentang Hoseok membuli Dahye." Sekali lagi Puan Jung mengeluh.

"Apa? Hari-hari? Kenapa awak tak pernah beritahu saya?!" Soal Tuan Jung geram.

"S-saya memang nak beritahu awak. Tapi Hoseok tak benarkan." Jawab Puan Jung jujur.

"Budak tu memang dah melampau." Tuan Jung mengetap bibirnya.

"Mulai esok, pastikan Dahye ditukarkan ke kelas lain." Arah Tuan Jung pada isterinya.

"Tapi... awak pasti ke Dahye takkan diapa-apakan lagi?" Soal Puan Jung kerisauan.

"Demi keselamatan Dahye, saya akan upah beberapa orang pengawal untuk Dahye. Dan saya akan pastikan—"

"Dahye dan Hoseok suami isteri yang sah. Semua rakan kolej mereka dah tau. Awak tak rasa ke bila kita upah pengawal untuk Dahye, semua orang akan pandang Hoseok sebagai suami yang tak guna? Awak nak ke mereka pandang anak kita macam tu?" Soal Puan Jung.

"Itu saja yang saya boleh fikirkan sekarang. Saya tak mahu mungkir janji Damin." Jelas Tuan Jung.

"Saya rasa, saya tahu apa nak buat." Kata Puan Jung yakin.

"Apa dia?" Soal Tuan Jung.

"Park Jimin."

"Park Jimin?"


ㆁtbcㆁ

Sincerely,
[ violet ]

[C] Change ➽ jhsWhere stories live. Discover now