ㆁㆁㆁ
"Ladies & Gentlemen, now we're approaching Seoul where the local time is 08:00 p.m. At this stage you should be in your seat with your seatbelt firmly, fastened. Personal television screens, footrests and seat tables must be stowed away and all hand luggage stored either in the overhead lockers or under the seat in front. Please ensure all electronic devices including laptop computers and computer games are turned off. Thank you."
Mendengar akan pengumuman itu, Jimin dan Dahye saling berpandangan. Mereka pasti Encik Lee dan juga Puan Park sedang menunggu mereka. Mereka tertanya-tanya, apa riaksi dua orang tua itu melihat Jung Hoseok bersama mereka."Dahye, saya rasa lebih baik awak dan Jimin pergi bersama dulu. Saya akan menyusul selepas awak dan Jimin pulang ke rumah." Kata Hoseok memberi cadangan.
"Awak tak kisah?" Soal Dahye bimbang.
"Saya lebih rela biarkan awak pergi sementara waktu ni daripada ayah awak lihat saya bersama awak. Saya tak mahu hubungan awak dan ayah awak regang kerana saya." Balas Hoseok sambil memegang erat tangan Dahye.
"Hmm baiklah kalau macam tu." Kata Dahye bersetuju dengan kata-kata Hoseok.
"Tapi pastikan awak bermalam di rumah saya." Pesan Hoseok.
"Ya, saya tahu. Jangan risau, okay?" Soal Dahye sambil memandang tepat ke arah anak mata Hoseok.
Jimin yang berada di sebelahnya hanya mendiamkan diri dan tidak berkata apa-apa selain daripada termenung. Dia masih lagi memikirkan tentang kata-kata Hanri malam semalam.
'Aku benar-benar cintakan Dahye atau tak?' Soal Jimin di dalam hatinya.
"Jimin?"
"Y-ya?" Jimin segera berpaling memandang ke arah Dahye setelah namanya diseru.
"Mari kita pergi. Kita dah sampai." Kata Dahye setelah dia berdiri daripada duduknya.
"O-okay." Akur Jimin.
Baru saja Jimin hendak berjalan keluar, tangannya pantas ditarik oleh Hoseok. Jimin memandangnya dengan penuh tanda tanya.
"Janji dengan aku, jaga Dahye untuk aku sepanjang ketiadaan aku." Ucap Hoseok.
Jimin hanya membisukan dirinya. Tangannya ditarik lalu berjalan meninggalkan Hoseok bersendirian di tempat duduk kapal terbang itu. Hoseok mengeluh panjang. Fikirnya, pasti susah buat Jimin untuk melepaskan Dahye setelah 1 tahun meluangkan masa bersama Dahye.
Dia tidak tahu bahawa Jimin juga buntu akan perasaan sebenarnya terhadap Dahye. Telefon pintar yang berada di dalam kocek seluar dikeluarkan. Nombor seseorang didail.
"Jumpa aku di tempat biasa." Ucap Hoseok sebaik sahaja panggilannya diangkat.
Topeng mulut disarung dan cermin mata yang bergantung pada bajunya diambil lalu dipakai. Sudah tiba masanya untuk dia keluar daripada kapal terbang itu.
ㆁㆁㆁ
"Kamu pasti kamu tak mahu makan apa-apa?" Soal Encik Lee bimbang."Ya ayah. Dahye tak lapar lagi. Kalau Dahye lapar, pandailah Dahye masak sendiri nanti." Balas Dahye sambil menggelengkan kepalanya.
"Kamu pergilah kemas beg kamu dulu. Ayah ada benda nak bincang dengan Jimin." Kata Encik Lee sambil memandang ke arah Jimin yang sedang duduk di atas sofa.
"Okay." Dahye hanya akur dengan kata-kata Encik Lee.
Encik Lee berjalan ke arah sofa lalu melabuhkan punggungnya duduk menghadap ke arah Jimin. Jimin kelihatan keliru dan tertanya-tanya tentang perkara yang ingin dibincangkan oleh Encik Lee.
YOU ARE READING
[C] Change ➽ jhs
Fanfiction━when you try to change yourself into a better person, that doesn't mean you have to change your feeling too. " Jangan pernah berharap yang aku akan jadi macam dulu. " " Tolonglah Dahye. Aku rindukan kau yang dulu. " ━×━×━ beautiful arts by; JaeNale...