ㆁㆁㆁ
Semasa mereka bertiga sudah tiba di Taman Sakura, Puan Jung segera memanjangkan batang monopodnya dan terus memeluk Dahye dan Hoseok."Selfie!" Ucap Puan Jung sambil tersenyum lebar.
Namun, Hoseok dan Dahye langsung tidak memberikan apa-apa respon ketika bergambar bersama Puan Jung. Hoseok memandang Dahye, manakala Dahye hanya menunduk memandang tanah.
"Aww i likey dis pictrueeee!" Ucap Puan Jung dengan grammar yang sudah pun berterabur sejak semalam.
Tanpa membuang masa, Puan Jung segera berlari ke arah pokok sakura yang lain. Para pengunjung hanya memerhati saja gelagat Puan Jung yang sedikit tergedik-gedik itu.
"Eh! Mama-"
Belum sempat Dahye ingin berlari untuk mendapatkan Puan Jung, Hoseok terlebih dahulu memegang erat tangan Dahye. Dahye terkedu. Mereka saling berpandangan.
"Biarlah mama nak berseronok. Sekejap lagi mama datang balik lah tu." Ujar Hoseok lalu melepaskan perlahan tangan Dahye.
"B-baik." Kata Dahye akur.
Kini tinggal mereka berdua sahaja. Duduk di sebuah bangku bersama-sama dalam suasana yang kekok. Di sekeliling mereka pula, penuh dengan pasangan bercinta yang sibuk meluangkan masa bersama di Taman Sakura itu.
Semasa duduk, Hoseok menoleh dan memandang ke arah Dahye. Hoseok perasan akan sesuatu. Baju sejuk yang dipakai oleh Dahye ialah baju sejuk yang ingin diberikan kepada Jimin. Sesekali Dahye menggosok lengannya agar dia berasa panas.
Terdetik di hati Hoseok untuk memberikan Dahye baju sejuk lebihannya kepada Dahye. Baju sejuknya dibuka lalu tanpa berkata apa-apa dan memberikan sebarang isyarat, Hoseok terus saja memakaikan baju sejuk itu di tubuh Dahye tanpa segan silu.
Dahye terkedu. Wajah Hoseok dipandang lama.
"Apa? Awak sejuk kan?" Soal Hoseok sambil membuat riak wajah cool-nya.
"T-tak apa. Aku okay je. Kau ambil lah balik. Nanti kau demam, mama dan papa juga yang susah." Balas Dahye.
"Mama dan papa je? Awak? Tak susah kalau saya demam?" Soalnya lagi.
"Kau tak ada kaitan dengan aku. Buat apa aku nak rasa susah? Lebih baik aku fikirkan tentang Jimin. Dia tunang aku." Balas Dahye dengan nada yang dingin seperti sedingin cuaca di Jepun sekarang.
"Ego. Biasalah. Mulut kata tidak, tapi hati kata ya. Saya pun macam tu dulu." Ujar Hoseok selamba lalu menyilangkan kedua tangannya.
Dahye terdiam sekali lagi. Mereka berdua mula bangun dari duduk.
"Saya bukan nak kata apa. Tapi, janganlah jadi milik orang lain lama sangat. Awak tu milik saya. Selamanya milik saya. Jimin tu cuma pinjam awak daripada saya je. Well you know, Jimin tak suka simpan hak orang lama-lama." Ujar Hoseok lalu meraup rambutnya kebelakang sambil menjeling Dahye sedikit.
"Jangan nak perasan lah. Kalau aku dan Jimin tak ditakdirkan untuk bersama sekalipun, aku takkan kembali bersama kau. Aku lebih rela kahwin dengan Taehyung yang pandai tu walaupun dia sedikit... nerd." Balas Dahye lalu membuka kembali baju sejuk yang diberikan oleh Hoseok.
"Nah. Ambil balik." Kata Dahye sambil menghulurkan kembali baju sejuk itu kepada Hoseok semula.
"Alang-alang nak pulangkan balik, pulangkan lah yang awak pakai tu sekali."
"Huh?"
"Jangan awak fikir baju sejuk tu Jimin yang beri kepada awak. Itu baju saya. Huh. Tak malu." Ujar Hoseok lalu mencebik sedikit lalu memalingkan kepalanya ke arah lain.
Dan buat kali ketiga, Dahye terdiam sekali lagi. Hoseok menoleh sedikit lalu ketawa. Baju sejuk itu diambil lalu dipakaikan semula di tubuh Dahye.
"Jadi, jangan degil sangat. Saya dah bagi tu, ambil je."
Semasa Hoseok sibuk memakaikan baju sejuk itu di tubuh Dahye, tiba-tiba saja 2 orang pasangan dengan tidak sengajanya telahpun menolak Hoseok dan Dahye dan menyebabkan mereka berdua terjatuh bersama ke atas tanah.
"Gomen'nasai! Watashi wa itotekini sore o shinakatta! (Maaf! Saya tak sengaja!)" Ucap perempuan berbangsa Jepun itu lalu menunduk hormat beberapa kali bersama kekasihnya kepada Dahye dan Hoseok.
"Daijōbudayo (Tak mengapa.)." Balas Hoseok lalu mengukirkan senyuman tanda tidak mengapa.
Setelah pasangan itu beredar, akhirnya Hoseok menoleh memandang ke arah Dahye. Kelihatan ada luka disikunya.
"Dahye! Tangan awak luka!" Jerit Hoseok panik.
"Ish. Luka sikit je. Tak payah risau sangat. Nanti pandai-pandailah aku rawat sendiri." Kata Dahye lalu menepis tangan Hoseok yang memegang lengannya.
Di saat Dahye mula berjalan pergi dan meninggalkannya, Hoseok hanya berdiri terpaku di situ. Hoseok berasa seolah-olah Dahye ingin meninggalkan dirinya buat selamanya. Tanpa membuang masa, Hoseok segera berlari untuk mendapatkan Dahye.
Tangan Dahye direntap kasar dan menyebabkan langkah Dahye terhenti dan wajahnya tersembam di dada bidang Hoseok.
"Apa ni? Lepaskan aku lah!" Marah Dahye sambil cuba sedaya upaya untuk menepis tangan Hoseok.
"Saya takkan biarkan awak pergi semudah tu. Awak milik saya. Hanya saya. Bukan Jimin atau sesiapa. Saya takkan benarkan sesiapa jadikan awak sebagai milik dia. Saya sanggup jadi psiko jika perlu. Awak buat saya gila Dahye."
"Awak cuba uji kesabaran Saya. Saya tahu ini tujuan awak untuk buat saya cemburu dan sedar kesilapan saya. Ya. Saya memang dah sedar Dahye. Saya tahu di mana silap saya. Saya menyesal sebab lepaskan awak tanpa berfikir panjang."
"Jadi, saya nak awak kembali semula kepada saya. Saya janji akan layan awak seperti seorang isteri dan bukannya seorang hamba. Tolong." Rayu Hoseok.
Dahye hanya membisu. Air matanya mula mengalir di pipinya. Dia berasa sebak. Hoseok yang melihat akan Dahye yang sedang menangis itu mula mengangkat sedikit wajah Dahye dengan menggunakan tangannya.
"Maafkan saya?" Soal Hoseok.
Tangisan Dahye semakin menjadi-jadi. Tanpa menghiraukan keadaan sekeliling di mana ramai orang awam berada, Hoseok terus saja mendaratkan bibirnya di bibir Dahye.
Satu ciuman diberikan dalam tempoh masa yang agak lama. Setelah itu, Hoseok memeluk tubuh Dahye seerat yang mungkin untuk meredakan tangisan Dahye itu.
"Dah jangan menangis. Ramai orang tengok ni. Kalau mereka tangkap gambar awak masa awak tengah menangis ni, macam mana? Haa. Dah dah." Ujar Hoseok untuk menenangkan Dahye.
"Omo! Why so cuteeeeee!" Jerit Puan Jung dari jauh.
Segera Puan Jung yang memakai kasut tumit tinggi itu berlari terkedek-kedek untuk menuju ke arah Hoseok sambil tangannya memegang monopod. Hoseok yang menyedari kehadiran Puan Jung, segera Hoseok membuat isyarat agar Puan Jung diam semasa dia ingin menikmati suasana romantis itu.
Puan Jung akur lalu bersembunyi dibalik pokok sakura berdekatan. Sambil bersembunyi, Puan Jung tidak melepaskan peluangnya juga untuk merakam suasana romantis itu untuk dijadikan kenangan.
Bunga sakura mula gugur dari akar pokok setelah ditiup oleh angin yang kuat. Gugur bersama salji dan jatuh ke tanah. Hoseok dan Dahye langsung tidak menghiraukan rasa sejuk pada waktu itu. Kerana mereka telah tenggelam ke dalam suasana romantis yang hangat.
'Percayalah pada kata hati.'
"Kan bagus kalau kita boleh jadi macam ni sejak dulu lagi." Ujar Hoseok sambil tersenyum gembira.
Tanpa Dahye sedari, bibirnya mengukir senyuman setelah Hoseok berkata sedemikian.
ㆁtbcㆁSincerely,
[ violet ]HAHAHAAHAHAHAHAH aku tak tau apa yg aku dah buat 😂 btw, sorry ya kalau author lambat update. Sejak start sch, author dah mula busy. Well, SPM year en. Maybe author akan update setiap kali cuti je. Please wait for this ff 💕 Please vote and comment! 💕 nae maeumsoge jeojang! ♡
YOU ARE READING
[C] Change ➽ jhs
Fanfiction━when you try to change yourself into a better person, that doesn't mean you have to change your feeling too. " Jangan pernah berharap yang aku akan jadi macam dulu. " " Tolonglah Dahye. Aku rindukan kau yang dulu. " ━×━×━ beautiful arts by; JaeNale...