ㆁㆁㆁ
'Panggg!'Satu tamparan dilepaskan oleh Dahye di pipi Jung Hoseok. Hoseok terkedu seketika. Apa yang telah dilakukan oleh Dahye tadi memang amat mengejutkan.
"Awak memang tak guna!" Dahye terus saja berlari keluar bersama baju sekolah yang koyak di dalam pelukannya.
Hoseok masih tergamam dan diam membisu. Tamparan tadi benar-benar membuat dia sedikit hilang akal. Tidak pernah lagi dia ditampar sekuat itu oleh seorang wanita. Lagi-lagi wanita yang bergelar isterinya.
Kemudian, muncul seorang lelaki dari sebalik langsir di situ. Dia tersenyum sinis.
"Macam mana? Tamparan tu dah boleh buat kau berfikir waras?" Soalnya sinis.
"Apa kau buat dekat sini?" Soal Hoseok kegeraman.
"Maaflah. Tapi aku bukan bodoh. Yoora pun tak bodoh. Dia beritahu aku yang kau heret Dahye ke sini." Jawab Jimin jujur.
"Heh. Perempuan tak guna tu memang— Argh!" Hoseok melepaskan satu tumbukan ke arah dinding.
"Aku sebenarnya nak tolak kau dan tumbuk kau waktu kau khayal cium Dahye tadi. Tapi tak sangka Dahye lebih pantas tampar kau dulu." Jimin ketawa lalu menggelengkan kepalanya.
"Kalau kau nak tau, masih belum terlambat untuk kau perbetulkan keadaan ni. Minta maaf pada Dahye. Dia mungkin akan maafkan kau—"
"Diamlah! Kau tak tau apa-apa langsung!"
Akhirnya tinggal Jimin sendirian di dalam bilik dobi itu. Jimin menggelengkan kepalanya. Sudah lali dengan perangai Hoseok.
"Kau ni memang keras kepala betul. Tapi tak apa, selagi kau layan Dahye macam binatang, selagi tu aku masih ada peluang untuk dapatkan dia." Jimin mengukir senyuman.
Jimin berjalan ke arah bangku berdekat. Satu gelang mutiara telah menarik perhatiannya. Adakah gelang itu milik Dahye? Segera dia menyimpan gelang itu ke dalam poket seluarnya.
Dalam masa yang sama, telefonnya berdering menandakan adanya panggilan masuk. Jimin merenung skrin telefon itu seketika. Tertera nama Dahye di skrin.
"Hello?"
"Hiks. Jimin.. a-awak dekat mana?"
"Saya— awak dekat mana? Kejap lagi saya datang cari awak."
"S-saya dekat bus stop. Boleh awak datang?"
"Ya. Kejap lagi saya datang."
Sakit hati Jimin apabila mendengar suara Dahye yang serak kerana menangis. Telefon bimbitnya digenggam kemas sebelum dia mula berlari.
ㆁtbcㆁSincerely,
[ violet ]
YOU ARE READING
[C] Change ➽ jhs
Fanfiction━when you try to change yourself into a better person, that doesn't mean you have to change your feeling too. " Jangan pernah berharap yang aku akan jadi macam dulu. " " Tolonglah Dahye. Aku rindukan kau yang dulu. " ━×━×━ beautiful arts by; JaeNale...