ㆁㆁㆁ
Setelah seminggu, akhirnya Jung Dahye sedar dari komanya. Dia juga di bawa pulang ke rumah Park Jimin secara rahsia agar dia tidak akan dipukul oleh Hoseok lagi.Jimin bersetuju untuk membenarkan Dahye tinggal bersamanya oleh kerana tidak mahu ibunya tinggal bersendirian lagi di rumah semasa dia pergi ke kolej.
Puan Jung pula berusaha mencari baju, alat solek, dan pelbagai barangan untuk Dahye. Sekali dia menjejakkan kakinya di dalam pusat membeli belah, dia akan keluar bersama 7 atau 8 beg yang bergantung di tangannya.
Dahye pula hanya duduk di rumah Jimin bersama Puan Park. Dia sering menawarkan diri untuk membuat kerja walaupun Puan Park tidak membenarkannya.
"Makcik! Bakul kain ni nak letak mana?" Soal Dahye yang sedang memegang bakul yang dipenuhi dengan kain basuhan.
"Aduhai. Letak saja dekat situ. Kamu jangan lah buat apa-apa kerja lagi. Tulang rusuk kamu tu belum sembuh sepenuhnya. Nanti kalau apa-apa jadi lagi, makcik pula yang kena marah dengan Puan Jung." Kata Puan Park risau.
"Ehh tak apa lah makcik. Dahye tak biasa lah duduk diam je. Masa duduk serumah dengan Hoseok dulu pun, Dahye selalu buat kerja rumah. Jadi, Dahye dah biasa kalau buat kerja banyak mana pun." Jelas Dahye tidak mahu mengalah.
"Makcik tak tahu lah apa yang makcik patut cakap lagi dekat kamu ni. Makin dilarang, makin dibuat." Puan Park menggelengkan kepalanya sambil tergelak kecil.
"Ibu! Jimin dah balik ni!"
"Haa. Tu Jimin dah balik." Puan Park bergegas menuju ke arah ruang tamu bersama Dahye.
"Ehh Puan Jung. Jemput masuk." Kata Puan Park menjemput Puan Jung untuk masuk.
"Ibu. Jom kita berdua pergi masak makanan ni. Mesti Puan Jung dengan Dahye lapar." Ajak Jimin lalu menarik Puan Park yang tidak rela itu menuju ke dapur.
Baru saja dia mahu bergosip tentang instafamous duda yang telah menge'like' gambarnya di instagram pada Puan Jung. Malangnya, Jimin terlebih dahulu menarik Puan Park untuk menuju ke dapur.
"Dahyeh. Nah, mama belikan." Kata Puan Jung lalu menghulurkan satu album kecil pada Dahye.
"BTS? Album BTS?! Betul ni mama?!" Soal Dahye teruja.
"Mestilah betul. Ohoho!" Puan Jung ketawa sambil menutup mulutnya ala-ala DSV muah muah muah meow.
"Terima kasih mama!" Ucap Dahye lalu memeluk Puan Jung erat.
"Iya sama-sama." Balas Puan Jung.
"Ini pula, Jimin yang pilihkan. Mama tolong bayar je. Kamu tengok lah." Kata Puan Jung sambil menghulurkan 7 beg hasil membeli-belah kepada Dahye.
"Eh?" Dahye terkedu.
"Tak payah pelik sangat. Haa. Pergi masuk bilik dan cuba baju-baju tu semua. Pasal makeup, jangan risau. Mama akan makeup kan. Okay my daughter?" Soal Puan Jung sambil tersenyum puas.
YOU ARE READING
[C] Change ➽ jhs
Fanfiction━when you try to change yourself into a better person, that doesn't mean you have to change your feeling too. " Jangan pernah berharap yang aku akan jadi macam dulu. " " Tolonglah Dahye. Aku rindukan kau yang dulu. " ━×━×━ beautiful arts by; JaeNale...