ㆁㆁㆁ
"Kenapa nak balik esok?" Soal Puan Jung kehairanan."Majlis perkahwinan mereka berdua kan dalam beberapa hari saja lagi. Mestilah mereka perlu buat persiapan untuk kali terakhir." Jawab Hoseok dengan nada acuh tidak acuh.
Puan Jung terkesima. Melihat akan anak lelakinya, Jung Hoseok yang kelihatan seperti tidak mengambil kisah tentang hal perkahwinan Dahye dan Jimin membuatkan hatinya remuk. Adakah benar Hoseok tidak lagi mencintai gadis bernama Lee Dahye itu?
"Kamu tak kisah ke tentang perkahwinan mereka?" Soal Puan Jung dengan nada yang sengaja diperlahankan.
"Mestilah Hoseok kisah! Dahye tu hanya milik Hoseok seorang! Mana boleh kongsi dengan orang lain!" Marah Hoseok lalu menyilangkan kedua-dua belah tangannya.
Mendengarkan kata-kata Hoseok itu, Puan Jung tersenyum lebar. Hatinya kembali berbunga melihat anaknya masih tidak berputus asa untuk mendapatkan Dahye semula.
"Tapi kamu yakin Encik Lee akan benarkan kamu dekati anaknya lagi setelah apa yang kamu lakukan dulu?" Soal Tuan Jung yang dari tadi membisu.
Jung Hoseok tersentap. Betul juga apa yang ayahnya katakan itu. Hoseok mengeluh pendek. Dia juga buntu. Setelah dapat menawan hati bekas isterinya semula, ia tidak bermaksud bapanya akan menerimanya kembali sebagai menantu.
"Hoseok.. tak tahu." Jawab Hoseok lalu meraup wajahnya kasar.
"Encik Lee tak tahu tentang kamu ikut kami pergi bercuti di Jepun." Ucap Tuan Jung.
"Jadi bermaksud.. Encik Lee tak mahu Hoseok ikut?" Soal Hoseok yang sudah mula menunjukkan kerutan di dahinya.
"Ya. Dia bimbang kamu akan mengapa-apakan Dahye lagi." Jawab Puan Jung lalu mengeluh kerana berasa kasihan pada anak lelaki tunggalnya itu.
Hati Hoseok seperti di robek-robek. Nampaknya kelakuan Hoseok yang dulunya melayan Dahye seperti binatang itu telah menyebabkan Encik Lee membenci Hoseok. Bagaimana dia mahu menawan hati bekas bapa mertuanya itu?
"Hoseok bodoh. Hoseok berperangai seperti binatang. Hoseok tak guna." Gumam Hoseok dengan air mata yang mengalir perlahan di pipinya.
Puan Jung yang menyedari perubahan Hoseok itu segera mencapai ubat antidepresi yang berada di dalam beg tangan berjenama Gucci nya. Dikeluarkan dua biji pil ubat tersebut lalu disuakan ke dalam mulut Hoseok. Air kosong dituang ke dalam cawan lalu diberikan kepadanya.
Perlahan-lahan Hoseok menelan ubat tersebut. Akhirnya dia kembali tenang selepas beberapa minit. Puan Jung mengeluh lega. Jika dia terlambat sedikit memberikan ubat tersebut, sudah pasti Hoseok akan bertindak ganas.
"Sudah. Pergi tidur sekarang. Mama akan kemaskan beg baju kamu kemudian." Ucap Puan Jung yang menolak tubuh anaknya ke arah katil.
Setelah memastikan Hoseok tidur lena akibat kesan sampingan ubat tersebut, Puan Jung kembali duduk di sebelah Tuan Jung.
"Macam mana ni papa? Apa kita nak buat?" Soal Puan Jung penuh kerisauan.
"Papa pun tak tahu lah mama. Encik Lee pun sudah lama tak berhubung dengan kita selepas Dahye berpindah ke Amerika. Tentang hal bertunang pun, kita baru dapat tahu selepas Dahye pulang semula ke sini." Jelas Tuan Jung.
Pasangan suami isteri itu serentak mengeluh.
ㆁㆁㆁp/s; ulangan ep 19 dan ep 23.
"Awak jangan buka penutup mata ni sampailah saya suruh, okay?" Soal Jimin sambil memegang tangan Dahye."Okay." Jawab Dahye akur.
![](https://img.wattpad.com/cover/95645860-288-k59439.jpg)
YOU ARE READING
[C] Change ➽ jhs
Fanfiction━when you try to change yourself into a better person, that doesn't mean you have to change your feeling too. " Jangan pernah berharap yang aku akan jadi macam dulu. " " Tolonglah Dahye. Aku rindukan kau yang dulu. " ━×━×━ beautiful arts by; JaeNale...