ㆁㆁㆁ
Hoseok berjalan menuruni anak tangga dengan tenang seperti tiada apa yang berlaku kelmarin. Puan Jung yang berada di ruang tamu terus memandang ke arah Hoseok."Hoseok. Kamu nak sarapan dulu sebelum pergi ke kelas?" Soal Puan Jung.
"Tak mengapalah mama. Hoseok sarapan dekat kafeteria je nanti. Dah lambat ni." Balas Hoseok sambil memakai kasutnya.
"Kamu ada sakit kepala atau sakit dekat mana-mana ke? Kalau ada, mama akan panggilkan Doktor Park."
"Hoseok sihat lah mama. Nanti kalau Hoseok rasa sakit atau pening, Hoseok akan pergi jumpa Doktor Park sendiri. Okay?" Hoseok mengukir senyuman agar Puan Jung tidak lagi bimbang.
"Hmm yelah. Hati-hati semasa memandu." Pesan Puan Jung.
'Aku kena dapatkan Dahye semula. Kalau terpaksa, aku akan goda dia juga.' Getus hati Hoseok tekad.
ㆁㆁㆁ
"Dahye. Awak nak latte?" Soal Jimin."Boleh juga." Jawab Dahye.
"Baiklah. Saya pergi beli sekejap."
Jimin mula mengatur langkah untuk keluar dari kelas dan pergi ke kafeteria. Kim Taehyung. Seorang pelajar pandai dan juga sentiasa tenang mula mengambil tempat di sebelah Dahye.
Memang sebenarnya Dahye harus duduk di sebelahnya. Tetapi Jimin yang memaksa dirinya untuk menukar tempat duduk. Dahye memandang Taehyung dengan pandangan kosong.
"Jadi, awak fasih berbahasa english?" Soal Taehyung memulakan perbualan.
Dahye sudah tahu apa yang ingin dilakukan oleh Taehyung. Senyuman sinis terukir di hujung bibirnya.
"Tak sangat. Kenapa?" Soal Dahye setelah berbohong.
"Saya akan ajar awak mulai sekarang. Saya pandai dalam bahasa english." Jawab Taehyung dengan bangganya.
"Ehem!" Taehyung berdehem dan sedikit mengganggu Hoseok yang berada di hadapan.
"Apa maksud ni?" Soal Dahye sambil menunjuk satu perkataan di dalam buku rujukan yang dibawa oleh Taehyung.
"Murderer. Pembunuh. Seorang manusia yang telah membunuh manusia yang lain akan dipanggil pembunuh. A murderer." Jelas Taehyung si bijak.
Hoseok yang berada di hadapan tersentap. Dahye tersenyum puas. Kemudian, Taehyung meneruskan bacaan yang membuatkan Dahye mengantuk.
"Yah Kim Taehyung. Ke tepi atau kau terima akibatnya." Gertak Hoseok.
Taehyung hanya mengeluh lalu bangun dan beralih ke tempat duduk asalnya. Sebelah kening Dahye mula dinaikkan tanda hairan. Hoseok mengambil tempat bersebelahan dengan Dahye.
YOU ARE READING
[C] Change ➽ jhs
Fanfic━when you try to change yourself into a better person, that doesn't mean you have to change your feeling too. " Jangan pernah berharap yang aku akan jadi macam dulu. " " Tolonglah Dahye. Aku rindukan kau yang dulu. " ━×━×━ beautiful arts by; JaeNale...