ㆁㆁㆁ
"Bluekk!"Masuk kali ini, sudah 5 kali Hoseok tidak henti-henti muntah. Mual.
"Sayang? Awak okay tak ni?" Tegur seseorang yang berada di belakang Hoseok.
"Sebelum aku tumbuk muka kau, baik kau pergi." Gertak Hoseok yang masih lagi menahan mual.
"Ya Tuhan. Baby tanya je." Balasnya sambil mencebik.
"Park Jimin!" Nama penuh Jimin disebut oleh Hoseok dengan nada yang lantang.
"HAHAHAHAHA!" Tawa Park Jimin yang sudah lama ditahan akhirnya meletus keluar.
"Sial kau Jimin." Kata Hoseok melepaskan carutan terhadap Jimin.
"Bukan apa, isteri kau yang mengandung, kau pula yang nampak macam mengandung." Ujar Jimin sambil menunjukkan senyuman sinis.
"Sudahlah tu, Jimin. Kesian Hoseok." Kata Dahye yang baru saja masuk ke ruang dapur.
"Dahye. Awak ni sajat ke? Awak mengandungkan Hoseok ke?" Soal Jimin yang menahan tawanya.
"What the actual f**k, Park Jimin. Kau dah buta atau apa? Sudah terang lagi bersuluh Dahye ni seorang perempuan. Jangan berani kau nak samakan isteri aku dengan sajat. Aku tumbuk muka kau nanti." Balas Hoseok menahan geram.
"Sudahlah Hoseok. Awak tak perlu marah-marah. Jimin bergurau je. Dah mari, kita pergi ke klinik untuk ambil ubat." Ajak Dahye yang sudah mula memimpin Hoseok untuk berjalan keluar daripada ruang dapur.
"Alahai, rileks lah kawan. Bukan selalu aku nak bergurau dengan kau." Kata Jimin dengan nada yang tenang.
"Sudah-sudahlah kau menyakat dia, Jimin. Kesian dia. Kalau isteri kau mengandung suatu hari nanti, kau pun akan jadi macam Hoseok." Bidas Hanri yang sedang duduk di ruang tamu; menonton televisyen.
"Apa kata kau jadi isteri aku?" Soal Jimin dengan nada sinis.
"Hell no!" Jerit Hanri.
Setelah beberapa saat keempat-empat mereka mendiamkan diri, akhirnya mereka meletuskan tawa yang kuat.
"Kau benci aku sampai macam tu sekali?" Soal Jimin sambil mengusap sisa air matanya akibat gelak tanpa henti.
"Tak lah. Aku cuma taknak berkahwin dengan sepupu aku sendiri. Tak seronoklah nanti tak ada kawan nak bergaduh." Balas Hanri sambil mencebik sedikit.
"Sebenarnya kau dah jatuh hati pada lelaki Jepun yang kau jumpa semasa hari perkahwinan Dahye dan Hoseok kan?" Soal Jimin sinis.
"Biar betul? Hanri?" Soal Dahye terkejut besar.
"H-hey! Siapa kata?! D-dia bukan orang Jepun lah! Dia orang Korea!" Balas Hanri menafikan kata-kata Jimin sambil menahan malunya.
"Aku kenal kau, Hanri. Daripada riak wajah kau, gerak geri kau, cara percakapan kau, aku dah tahu yang kau sukakan dia." Kata Jimin memangkas penafian yang dibuat oleh Hanri.
"Well done, Psychology Doctor, Park Jimin." Kata Hanri lalu memutarkan bola matanya tanda berasa jengkel dengan kata-kata Jimin.
"Sejak kau dah bergelar doktor seperti aku sejak 2 bulan lepas, bukan main lagi kau tunjukkan kehebatan kau kan?" Soal Hanri geram.
"Biasalah." Jimin tersenyum sinis.
"Hari tu saya ada nampak Hanri keluar dengan Taehyung. Lelaki tu ke yang mampu buat awak jatuh cinta, Hanri?" Soal Dahye.
"M-mana ada!"
"Haaa! Betul lah tu! Wah! Bercinta dengan budak nerd tak bagitau! HAHAHAHA!" Usik Jimin.
YOU ARE READING
[C] Change ➽ jhs
Fanfic━when you try to change yourself into a better person, that doesn't mean you have to change your feeling too. " Jangan pernah berharap yang aku akan jadi macam dulu. " " Tolonglah Dahye. Aku rindukan kau yang dulu. " ━×━×━ beautiful arts by; JaeNale...