ㆁㆁㆁ
Di dalam bilik persiapan pengantin, Dahye duduk merenung cermin yang berada di hadapannya. Air matanya tidak henti-henti mengalir. Dia tidak menyangka bahawa dia akan berkahwin dengan Jimin secara paksa.Hoseok, sudah menghilang sejak malam tadi. Puan Jung beritahu bahawa Hoseok tidak pulang ke rumah daripada semalam. Ke mana Hoseok sudah pergi? Adakah Hoseok sudah berputus asa?
"Dahye." Seru seseorang.
Pantas Dahye mengusap air matanya sebaik saja namanya diseru. Dia memandang ke arah cermin untuk melihat pantulan siapa yang berada di belakangnya.
"J-jimin. Apa awak buat dekat sini?" Soal Dahye dengan nada yang serak akibat kesan daripada menangis.
"Awak tak patut menangis semasa hari perkahwinan.. kita." Kata Jimin lalu mengusap lembut air mata milik Dahye.
"Maaf." Ucap Dahye perlahan.
"Sekejap lagi ayah akan datang untuk tengok awak. Jadi jangan menangis. Ayah mungkin akan jadi makin marah." Bisik Jimin.
"Dahye? Kamu dah bersiap?" Soal Encik Lee yang segak berpakaian sut lengkap.
"D-dah. Cuma tinggal beberapa solekan." Bohong Dahye sambil berselindung di belakang Jimin.
"Baiklah. Ayah tunggu dekat luar. Majlis akan bermula sekejap lagi." Pesan Encik Lee.
"Jimin. Maafkan saya." Ucap Dahye lagi.
"Saya yang sepatutnya minta maaf pada awak. Kerana saya, awak terpaksa berkahwin dengan saya." Jimin mengeluh perlahan.
"Sudahlah tu. Mari saya solek muka awak. Tak cantik lah pengantin saya ni kalau asyik menangis je." Gurau Jimin.
"Bodoh. Jadi selama ni saya tak cantik lah?" Soal Dahye sambil ketawa perlahan.
"Hehe. Cantik. Tapi saya nak awak jadi lebih cantik lagi hari ni." Jawab Jimin sambil tersenyum lebar.
"Baik." Dahye akur lalu duduk di atas kerusi berdekatan.
Wajahnya disolek dengan penuh keikhlasan. Jimin mengukir senyuman sinis semasa menyolek wajah Dahye.
ㆁㆁㆁ
"Pengantin perempuan diminta untuk berjalan masuk ke dalam dewan."Mendengar pengumuman itu, Dahye menjadi gemuruh. Nafasnya menjadi tidak tentu arah. Kemudian tangannya dipegang oleh Encik Lee.
"Jangan risau. Semuanya baik-baik je." Ucap Encik Lee untuk menenangkan Dahye.
Dahye mengeluh. Mereka berdua berjalan menaiki laluan yang menuju ke pentas dan berjalan menuju ke arah Jimin yang sedang menanti di pentas besar. Jantungnya berdegup laju. Dia tidak mahu meneruskan majlis ini.
Dahye memegang erat bunga yang berada di tangan kanannya. Dia rasa mahu lari daripada semua ini. Dia tidak mahu berkahwin dengan orang lain selain Hoseok. Cintanya terhadap Hoseok tidak pernah berubah.
Tibanya mereka di hadapan Jimin, Encik Lee melepaskan pegangan tangannya. Dahye masih lagi kaku. Jimin yang perasan akan hal itu segera menarik tangan Dahye untuk berdiri di hadapannya. Para hadirin menepuk tangan mereka.
Inilah saat yang dinanti-nantikan oleh orang ramai yang menghadiri majlis perkahwinan itu.
"Jimin. Saya tak rasa saya boleh teruskan." Bisik Dahye.
"Jangan terburu-buru. Boleh awak tunggu sekejap saja lagi?" Soal Jimin sambil tersenyum.
"Tapi—"
YOU ARE READING
[C] Change ➽ jhs
Fanfiction━when you try to change yourself into a better person, that doesn't mean you have to change your feeling too. " Jangan pernah berharap yang aku akan jadi macam dulu. " " Tolonglah Dahye. Aku rindukan kau yang dulu. " ━×━×━ beautiful arts by; JaeNale...