33 ; Masalah keluarga

174 35 31
                                    

ㆁㆁㆁ


"OMG MAMA! LEPAS JE HABIS KONSERT TADI, DAHYE DAH BERDEBAR DAH! KITA NAK JUMPA BTS! ARGH!" Dahye mula ber-fangirl seperti dia sedang berada di alamnya sendiri.

"YES! BOLEH LAH MAMA JUMPA JEIMOP!" Puan Jung turut sama menjerit.

"Hoseok nak ikut. Tak kira. Hoseok nak tengok muka Park Jebontot tu." Ujar Hoseok sambil menyilangkan kedua tangannya.

"Eh eh. Sedap mulut kau je sebut nama orang dengan  nama tak elok kan?" Soal Dahye sambil memandang Hoseok tajam.

"Err jom pergi jumpa BTS. Kalau lambat, nanti menyesal pula." Ajak Jimin lalu menarik tangan Puan Jung dan Dahye untuk pergi ke belakang pentas dimana BTS berada.

"Biarlah saya sebut nama dia Jeboncit ke, Jebontot ke, Jebonvoyage ke, dia bukannya suami awak pun!" Jerit Hoseok dengan penuh kegeraman.

Setelah mereka berempat tiba di belakang pentas, kelihatan BTS sedang berehat sambil membuat kerja masing-masing. Vintage yang perasan akan kehadiran mereka berempat mula memanggil RapMom yang sedang mencukur bulu ketiaknya.

"Eh! Mummy!" Jerit RapMom lalu berlari ke arah Puan Jung dan terus memeluknya.

"Eh?! Mummy?! Woi! Sejak bila mama aku kahwin dengan bapakko?!" Soal Hoseok tidak puas hati.

'Pakkk!'

"Aduh! Sakit lah mama!"

"Maafkan anak mummy ni. Dia kurang sihat hari ni. Jangan ambil hati ya?" Puan Jung tersenyum mesra.

"Eh tak apa mummy. RapMom faham." Ujar RapMom lalu memberikan senyuman kepada Hoseok.

"Dasar kunyit." Gumam Hoseok.

"Sekali lagi kau buat hal, aku takkan teragak-agak humban kau dekat peminat BTS dan cakap kau haters mereka. Biar AMBOI tu semua bagi pengajaran dekat kau." Ugut Dahye dalam nada berbisik.

"Oh ya. Panggil lah yang lain sekali. Mummy nak tangkap gambar ni."

"Sekejap ya. WOI! MARI SINI! MUMMY NAK SELFIE!" Jerit RapMom dengan kuat dan membuatkan Puan Jung, Dahye, Jimin malah Hoseok terkejut.

Setelah mereka berkumpul di hadapan Puan Jung, Dahye yang berada di belakang mula berasa malu-malu apabila menyedari bahawa Jebon sedang memandangnya.

"Ouh ya! Ini menantu mummy. Dahye namanya. Cantikkan?" Soal Puan Jung penuh rasa bangga.

"Cantik." Puji Jebon sambil tersenyum.

"Hey man. Back off. She's mine."

Puan Jung dan juga Dahye terus memandang ke arah Jimin. Jimin berjalan sambil mendada menuju ke arah Jebon. Rasa cemburu mula timbul dalam dirinya apabila Jebon tidak berhenti merenung Dahye.

"Em, mummy kata Dahye ni menantu mummy. Err siapa pula si pendek ni?" Soal RapMom.

"Aku tak pendek lah! Aku tinggi 2cm dari Jebon ni!" Marah Jimin.

"Dia isteri aku. Ada masalah?" Soal Hoseok.

"Eh maaf. Saya tak berniat—"

"Aku akan perhatikan kau. Kalau kau dekat dengan dia walau seinci pun, aku akan pastikan kau menyesal sebab lahir dengan ketinggian ni." Ugut Hoseok sambil tersenyum sinis.


ㆁㆁㆁ


"Terima kasih sebab lawat kami, mummy! Ada masa, datanglah jenguk kami di dorm kami." Ujar Jinjja Michasseo sambil melambaikan tangannya ke arah Puan Jung.

[C] Change ➽ jhsWhere stories live. Discover now