ㆁㆁㆁ
Suasana di Taman Sakura mula sunyi sepi kerana ramai pengunjung sudah pulang. Manakala Dahye dan Hoseok pula masih duduk di bangku taman itu sambil menikmati suasana yang aman. Segala fikiran kusut yang mengganggu mereka sebelum ini telah hilang buat seketika.Angin malam yang dingin menampar lembut wajah Dahye dan Hoseok. Mereka berpelukan sambil berkongsi baju sejuk lebihan yang diberikan oleh Puan Jung sebelum dia pulang ke hotel.
"Berapa lama lagi kita nak macam ni?" Soal Dahye.
"5 minit lagi." Jawab Hoseok sambil tersenyum saat menoleh memandang ke arah Dahye yang berada di dalam pelukannya.
"Dari tadi kau kata 5 minit. Aku rasa dah lebih 30 minit kita macam ni." Kata Dahye sambil menaikkan sedikit keningnya.
"Okay. Kalini saya janji. Tapi saya tak nak dengar awak guna kata-kata kasar dengan saya lagi. Kalau awak masih berkasar dengan saya, saya sanggup duduk dekat sini dan peluk awak sampai esok pagi." Kata Hoseok berbaur ugutan kepada Dahye.
"Haih. Janji?" Soal Dahye inginkan kepastian.
"Ya. Janji." Jawab Hoseok sambil menganggukkan kepalanya.
"Baiklah. Cukup 5 minit lagi, saya nak awak lepaskan saya dan kita balik ke hotel semula. Saya taknak mama risaukan kita." Kata Dahye lalu menyandarkan kepalanya kembali di dada bidang Hoseok.
"Baik cik!" Akur Hoseok lalu tersengih seperti kerang busuk.
Dari jauh, Jimin hanya memerhati gelagat mereka berdua. Tangan kanan Jimin yang memegang kemas sejambak bunga Baby Breath akhirnya melepaskan bunga itu sehingga jatuh menyembah tanah.
Setelah itu, Jimin berpaling kebelakang dan mula mengorak langkah untuk beredar. Sejambak bunga Baby Breath yang dibeli dan sudah pun jatuh ke tanah itu hanya diabaikan. Semakin lama Jimin semakin jauh meninggalkan mereka berdua bersama... air mata yang mengalir di pipinya.
'Mungkin aku terlalu berharap pada Dahye sampaikan aku susah nak lepaskan dia.' Bisik hati Jimin.
Air matanya diseka dengan menggunakan lengan bajunya.
ㆁㆁㆁ
'Tit Tit Tit Tit!''Klekkk!'
Dahye perlahan-lahan melangkah masuk ke dalam bilik hotel lalu menutup pintu dengan berhati-hati. Matanya tertumpu pada sekujur tubuh yang sedang berbaring dan diselubungi dengan selimut yang tebal.
Dahye mengeluh lega. Nampaknya Jimin sudah tidur. Baju sejuk yang dipakainya mula dibuka lalu diletakkan di atas sofa. Dahye segera melangkah masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan dirinya.
Manakala Jimin, dia berusaha menyeka sisa air matanya dan berusaha menghilangkan kesan merah pada hidung dan matanya akibat menangis. Bantalnya juga diterbalikkan untuk menutup kesan air matanya. Setelah itu, Jimin kembali berpura-pura seperti sedang tidur.
YOU ARE READING
[C] Change ➽ jhs
Fanfiction━when you try to change yourself into a better person, that doesn't mean you have to change your feeling too. " Jangan pernah berharap yang aku akan jadi macam dulu. " " Tolonglah Dahye. Aku rindukan kau yang dulu. " ━×━×━ beautiful arts by; JaeNale...