ㆁㆁㆁ
Semasa di meja makan, Dahye hanya memanjang tajam ke arah Puan Jung, Tuan Jung, Jimin dan juga Hanri. Seperti jangkaannya. Mereka berempat baru saja pulang pagi tadi.Hoseok pula tidak berhenti tersenyum seperti orang kurang waras.
"Mama dengan papa semalam pergi mana? Jimin? Hanri?" Soal Dahye geram.
"O-ouh. S-semalam mama dengan papa pergi ke Busan atas urusan syarikat. K-kan papa?" Jawab Puan Jung lalu menyiku lengan Tuan Jung yang berada di sebelah.
"Haa ya. Papa dengan mama ada urusan syarikat." Bohong Tuan Jung.
"S-semalam saya dengan Hanri terpaksa bermalam di rumah ibu. Lagipun d-dah lewat." Jawab Jimin berbohong.
"Masing-masing ada je alasannya." Rungut Dahye.
"Kenapa ni sayang? Ada apa-apa jadi ke?" Soal Jimin.
Dahye terdiam dan mula teringat akan hal yang berlaku di antaranya dan Hoseok kelmarin. Masalah besar. Benar-benar masalah baginya.
"T-tak ada apa. Cuma tak suka tinggal seorang." Jawab Dahye.
"Alolo. Sunyi ke tak ada saya?" Soal Jimin sambil mencuit pipi Dahye.
"Sunyilah. Mochi saya tak ada." Jawab Dahye sambil mencebik.
Hoseok yang berada di hadapan Dahye mula berasa cemburu. Sedangkan malam tadi Dahye sendiri yang telah memeluknya dari belakang. Hoseok menjeling tanda menyampah.
"Tak payah nak buat drama 50 sen dekat meja makan ni boleh tak? Kalau nak buat drama hindustan, pergi keluar dan pergi taman." Ujar Hoseok lalu berjalan ke arah sinki untuk mencuci pinggan.
"Kalau dah cemburu, cepat-cepat lah kahwin. Tak perlu nak memerli orang." Balas Dahye geram.
"Saya nak kahwin dengan awak. Ha jom." Hoseok mula menarik tangan Dahye untuk keluar dari ruang makan itu.
"Eh tak nak lah! Jimin ada dekat sini tau tak?" Dahye mula menepis tangan Hoseok.
"Tadi suruh kahwin cepat kan? Ha jom lah kahwin." Hoseok berkerut.
"Memang lah. Tapi bukan dengan saya! Saya dah ada Jimin! Tolong sedar diri."
Dahye terus saja keluar dari ruang makan itu meninggalkan mereka semua dalam suasana yang kekok. Jimin berdiri lalu berjalan ke arah Hoseok.
"Cara kau tu kasar sangat lah Hoseok. Siapa je yang nak kahwin kalau tak ada apa-apa kejutan dan lamaran?" Jimin mula ketawa apabila Hoseok menunjukkan wajah tidak puas hatinya.
"Macam mana nak lembutkan hati dia kalau macam ni? Penat tau tak. Haih." Luah Hoseok lalu mengeluh.
"Apa kata... kita pergi bercuti panjang di luar negara? Sambil-sambil tu, kau ambil lah peluang untuk goda dia. Macam mana?" Soal Jimin sambil mengangkat keningnya.
"Lagi 2 minggu 6 hari kau dengan Dahye nak kahwin. Sempat ke?" Soal Hoseok risau.
"Kalau kau betul-betul cintakan dia, kau takkan fikir sempat atau tak. Kejar dia selagi kau mampu, Hoseok." Jawab Jimin lalu menepuk bahu Hoseok.
"Aku nak pergi pujuk Dahye sekejap." Jimin mula melangkah meninggalkan Hoseok.
ㆁㆁㆁ
"Apa? Bercuti? Dekat mana? Berapa lama?" Soal Dahye bertubi-tubi."Ya bercuti. Mungkin kita akan ke Jepun selama seminggu. Saya tak bincangkan lagi hal ni dengan mama." Jawab Jimin.
YOU ARE READING
[C] Change ➽ jhs
Fanfiction━when you try to change yourself into a better person, that doesn't mean you have to change your feeling too. " Jangan pernah berharap yang aku akan jadi macam dulu. " " Tolonglah Dahye. Aku rindukan kau yang dulu. " ━×━×━ beautiful arts by; JaeNale...