ㆁㆁㆁ
Semasa Jimin dan Dahye sedang duduk dan leka menyiapkan segala assignment yang masih belum siap, tiba-tiba saja Hoseok muncul dan duduk berhadapan dengan mereka. Dahye dan Jimin saling berpandangan."Apa kau buat dekat sini?" Soal Jimin pada Hoseok.
"Nak siapkan assignment lah." Jawab Hoseok tanpa memandang ke arah Jimin.
"Haih. Kan banyak lagi tempat lain?" Jimin menaikkan keningnya tanda dia berasa sedikit jengkel dengan kehadiran Hoseok.
"Malas nak duduk jauh-jauh. Lagipun, tempat ni dekat dengan rak buku rujukan." Jawab Hoseok mencipta alasan.
"Kalau itu sebabnya... hmm. Baiklah. Kau ambil tempat ni. Aku dan Dahye akan pergi ke kafeteria. Selamat siapkan assignment." Ucap Jimin lalu menarik tangan Dahye untuk pergi.
Hoseok terkedu. Dia terlepas peluangnya untuk cuba mendekati Dahye. Melihat akan Jimin dan Dahye berjalan beriringan membuatkan perasaan cemburunya semakin membuak-buak. Failnya dicampak ke atas lantai. Geram.
Kemudian, seseorang datang dan mengambil semula fail yang dicampak oleh Hoseok. Dia meletakkannya kembali di atas meja. Hoseok memandang ke arahnya.
"Seorang je?" Soalnya sambil tersenyum.
ㆁㆁㆁ
"Awak nampak muka Hoseok tadi? Muka dia betul-betul nampak tak puas hati bila saya pegang tangan awak." Kata Jimin sambil menahan tawanya dan menggelengkan kepala."Hoseok. Hoseok. Tak pernah berubah." Gumam Jimin.
"Jimin."
"Ya?"
"Patut ke hari ni kita jumpa mama? Saya rindukan mama." Keluh Dahye sambil bermain-main dengan straw pada cawan airnya.
"Awak nak jumpa mama ke? Kalau nak, saya boleh bawa awak jumpa mama. Hmm?" Soal Jimin.
"Kita pergi lepas habis kelas, boleh?" Balas Dahye dengan soalan.
"Saya tak kisah. Asalkan awak tetap bersama saya." Jawab Jimin.
Dahye mengeluh. Jimin hairan.
"Kenapa ni?" Soal Jimin.
"Lepas ni saya takkan ada bersama dengan awak." Ujar Dahye.
"Jangan risau Dahye. Saya akan luangkan lebih masa dengan awak sebelum kita berpisah. Ia mungkin menyakitkan, tapi tak apa. Asalkan memori indah kita tercipta dan sukar untuk dilupakan." Balas Jimin lalu memegang erat tangan Dahye.
"Dan disebabkan awak tunang saya untuk sementara waktu, tak mungkin saya tak boleh bawa awak lari jauh-jauh kan?" Soal Jimin sambil tersenyum nakal.
"Lari ke mana?" Soal Dahye.
"Tak jauh pun. Kita buat kenangan dekat Sungai Han, nak?" Soal Jimin setelah menjawab soalan Dahye.
"Saya ikut je." Jawab Dahye lalu menghirup latte ais yang dibelinya tadi.
Setelah lama mereka berdiam diri, Dahye akhirnya terpandang sesuatu yang mencurigakan. Pandangan curiga perlahan-lahan berubah menjadi pandangan biasa.
"Nampaknya mama tipu. Hoseok tak kesunyian pun sepanjang ketiadaan kita. Bukannya gila kerana pemergian saya. Tapi gila kerana perempuan." Dahye tersenyum sinis lalu beredar meninggalkan Jimin.
"Dahye! Awak nak pergi mana?!"
Jeritan Jimin langsung tidak diendahkan oleh Dahye. Mata Jimin mula meliar mencari gerangan yang dimaksudkan oleh Dahye tadi. Jimin benar-benar terkejut. Hoseok sedang bergelak tawa bersama seorang perempuan.
Sudah semestinya Jimin tidak mengenali perempuan itu kerana dia hanya dapat melihat daripada belakang. Tapi, kenapa Puan Jung harus menipu pula? Bukankah Puan Jung mahukan Dahye menjadi menantunya semula? Jimin bingung.
Mungkin ada salah faham di sini. Fikir Jimin. Segera dia berlari untuk mengejar dan mendapatkan Dahye yang sudah hilang entah ke mana.
Manakala Hoseok...
"Awak duduk lah dulu. Saya akan belikan awak air." Arah Hoseok lalu pergi meninggalkan perempuan itu sendirian.
"Hmm." Si perempuan mengetap bibirnya lalu memandang sekeliling.
Kemudian dia mengeluh. Masih lagi tidak nampak akan kehadiran orang yang dikenalinya. Dia putus asa. Akhirnya Jung Hoseok muncul kembali bersama dua cup air.
"Saya tak tahu pun awak sambung belajar dekat kolej ni?" Soal Hoseok hairan.
"Haa? Mama tak bagitau ke?" Soal perempuan itu.
"Tak. Mama tak cakap apa-apa pun." Hoseok menggelengkan kepalanya.
"Mungkin mama lupa." Katanya membuat andaian sendiri.
"So, Hanri. Awak dah jumpa sepupu awak?" Soal Hoseok ingin tahu.
"Not yet. Saya dah cari dia dekat merata tempat. Tapi tak jumpa." Jawab Hanri lalu mengeluh.
"Nama sepupu awak?" Soal Hoseok lagi.
"Chris. Itu nama dia semasa di Amerika. Tapi dia tak beritahu saya pula nama Korea dia. Haih. Makin susah lah nak cari dia ni. Dah lah pendek." Hanri mencebik sedikit.
"Hahaha. Sabarlah sikit. Mungkin awak akan jumpa dia nanti." Pujuk Hoseok.
"So, macam mana? Awak masih sakit lagi ke?" Soal Hanri.
"Tak. Saya dah makin sembuh. Terima kasih." Jawab Hoseok lalu mengukir senyuman.
"Sama-sama, Hoseok." Balas Hanri.
ㆁㆁㆁ
"Dahye! Sabarlah kejap! Saya penat ni!" Jerit Jimin sambil termengah-mengah.Dahye akhirnya berhenti. Dia menoleh memandang ke arah Jimin.
"Saya nak ke perpustakaan. Kalau awak penat, tak perlu ikut dan pergi ke kelas. Saya akan jumpa awak dekat sana." Ujar Dahye lalu sambung berjalan.
"Awak cemburu kan?" Soal Jimin menduga Dahye.
Dahye berhenti dari mengorak langkah. Dia memandang Jimin sebelum tawanya meletus.
"Saya? Nak cemburu? Hahahaha! Jangan buat lawak lah. Saya tak akan cemburu sebab saya tak akan kembali pada dia." Jawab Dahye sambil meraup rambutnya kebelakang.
"Baguslah awak tak cemburu. Apa kata kita cuba berkenalan dengan perempuan tu? Tak salah kan?" Soal Jimin sambil tersenyum sinis.
"What do you mean with 'cuba berkenalan'? Awak nak berkawan dengan perempuan tu? Ouh yes. Dan selepas tu, awak akan abaikan saya, saya keseorangan, dan awak bersama dia? Macam tu? So cliche Park Jimin. Saya takkan benarkannya." Balas Dahye lalu menoleh memandang ke arah lain.
"Come on Dahye. Saya masih lagi tunang awak kan? Tak mungkin saya akan abaikan awak. Dan mungkin juga perempuan tu tunang kepada Hoseok? Kita tak tahu kan?"
"Tunang Hoseok huh? Dia langsung tak sesuai untuk Hoseok. Hoseok layak dapat yang lebih baik daripada perempuan tu." Balas Dahye lagi.
"Sudah-sudahlah Dahye. Tak perlu sembunyikan rasa cemburu tu. Buang ego awak jauh-jauh. Awak akan bahagia dengan Hoseok. Percayalah." Pujuk Jimin.
"Awak masih ingat siapa yang buat ego saya semakin tinggi?" Soal Dahye tanpa memandang Jimin.
"Saya minta maaf Dahye. Tapi itu dulu. Sekarang saya menyesal. Saya tahu awak masih cintakan Hoseok. Maafkan saya sebab buat awak jadi seorang yang ego. Saya tak sepatutnya beritahu awak tentang kemalangan tu. Kalau saya tak bagitahu, sudah semestinya awak bahagia bersama Hoseok sekarang." Ucap Jimin panjang lebar.
"Maafkan saya juga Jimin. Sebab saya tak mampu buang ego ni jauh-jauh. Ia dah sebati dengan diri saya. Terima kasih buat saya berubah. Akhirnya saya sedar siapa diri saya yang sebenar. Saya takkan jadi lemah lagi." Balas Dahye lalu melangkah pergi.
"Sekali lagi. Aku gagal. Gagal untuk yakinkan dia." Jimin melepaskan keluhan.
ㆁtbcㆁSincerely,
[ violet ]
YOU ARE READING
[C] Change ➽ jhs
Fanfiction━when you try to change yourself into a better person, that doesn't mean you have to change your feeling too. " Jangan pernah berharap yang aku akan jadi macam dulu. " " Tolonglah Dahye. Aku rindukan kau yang dulu. " ━×━×━ beautiful arts by; JaeNale...