ㆁㆁㆁ
Setelah penat berfikir tentang sesuatu, Jimin akhirnya memutuskan untuk berehat di atas bumbung bangunan kolej yang biasanya menjadi tempat rehatnya bersama Dahye.Jimin menghirup perlahan kopi panas yang dibeli olehnya di kafeteria. Kemudian, dia melepaskan keluhan.
Sehari tanpa Dahye, bagaikan hilang sesuatu. Dia berasa kosong. Sekali lagi dia menghirup kopi panas itu. Tiba-tiba, seseorang datang dan menepis kopi di tangannya sehingga jatuh ke lantai.
Jimin memandang tajam lelaki itu.
"Kau kenapa—"
"Kau tu yang kenapa! Kenapa kau datang rumah aku?! Takde tempat lain dah ke nak pergi?! Atau kau takde rumah?! Ha? Kau miskin ke?" Soal Hoseok sinis.
"Macam ni lah Hoseok. Aku taknak bergaduh dengan kau sebab Dahye dah merayu supaya aku tak pukul kau. Sebab apa? Sebab dia sayang kau. Jadi tolonglah. Aku taknak calarkan muka kau harini." Ucap Jimin lalu menepis tangan Hoseok yang mencengkam kolar bajunya.
"Yah. Aku tak habis cakap lagi dengan kau!" Hoseok kembali menarik Jimin untuk berdiri di hadapannya.
"Apa motif kau datang rumah aku? Apa yang kau rancang? Kau nak bolot harta papa aku? Kau nak kawin dengan Dahye? Macam tu? Atau kau—"
"Cukup Jung Hoseok! Untuk pengetahuan kau, papa dan mama kau yang panggil aku datang ke rumah sebab mereka minta tolong aku jagakan Dahye! Mereka taknak Dahye dipukul lagi! Kau memang langsung tak matang kan? Tentang bolot harta tu, maaflah. Aku tak tamakkan harta macam kau. Aku bersyukur dengan apa yang aku ada. Dan tentang kawin.. mungkin ya. Mungkin aku akan rampas dia dari kau suatu hari nanti."
Setelah itu, Hoseok tergamam mendengar kata-kata fakta yang dikeluarkan oleh Jimin. Jimin pula mula melangkahkan kakinya untuk beredar meninggalkan Hoseok. Hilang moodnya untuk minum kopi petang itu.
Hoseok pula masih lagi berdiri terpaku di atas bumbung bangunan itu. Kemudian, barulah dia tersedar. Hatinya kembali sakit dan dia berasa geram dengan Jimin.
Dia harus lakukan sesuatu supaya Jimin tidak lagi datang ke rumahnya.
ㆁㆁㆁ
Di dalam bilik, Dahye hanya menghabiskan masanya dengan membuat ulang kaji pelajaran sebelum hari peperiksaan tiba. Sesekali, hidungnya yang sering mengalirkan darah itu dilap dengan menggunakan tisu."Aduh. Peningnya kepala." Adu Dahye seorang diri.
Dia memicit dahinya perlahan. Sudah 3 jam dia membaca dan membuat latihan tanpa henti. Bila Puan Jung menyuruhnya untuk berhenti dan berehat, ada saja alasan yang diberikannya.
'Krekkk!'
Dahye menoleh memandang ke arah pintu. Terperanjat dibuatnya apabila manusia yang masuk ke dalam biliknya itu ialah Jung Hoseok. Segera Dahye menyorokkan segala tisu yang dipenuhi dengan darah itu ke bawah bantalnya.
"H-hoseok. Bila awak balik? M-mama dengan papa takde. A-awak nak makan apa-apa ke?" Soal Dahye ketakutan.
"Apa yang Jimin buat dekat rumah ni? Kenapa dia selalu datang sini? Apa rancangan kau dengan dia? Jawablah!" Tengking Hoseok dengan tiba-tiba.
Dahye tertunduk sedikit apabila Hoseok menengkingnya. Ini kerana dia bimbang jika dia dipukul sekali lagi. Sudahlah 3 tulang rusuknya retak akibat dipukul dan ditendang oleh Hoseok.
"Kau pekak ke? Setahu aku, kau takde masalah dengan telinga kau. Atau kau bisu? Tak boleh cakap dah? Ha?" Soal Hoseok sambil merapatkan wajahnya dengan wajah Dahye yang kelihatan ketakutan itu.
'Panggg!'
Satu tamparan dilepaskan oleh Hoseok di pipi Dahye.
"Kau dengar ke tak?!"
Air mata Dahye mula mengalir. Tanpa disedari, darah juga mengalir melalui hidungnya.
"Kau dah bisu ke perempuan?! Aku tanya tu, jawablah!"
Tanpa belas kasihan, Hoseok menendang Dahye sehingga Dahye jatuh dari katil itu. Dahye mula mengerang kesakitan apabila bahagian tulang rusuknya terhentak pada lantai.
Hoseok meraup wajahnya kasar kerana geram. Segala ubat-ubatan di atas meja itu dicampak ke merata-rata tempat. Dahye yang sedang menangis kerana kesakitan itu langsung diabaikan.
Dalam masa yang sama, Puan Jung dan Jimin baru saja tiba di rumah kerana sibuk mencari susu dan ubat untuk Dahye yang sedang sakit.
Terdengar akan bunyi tangisan dan kaca pecah, Puan Jung dan Jimin segera berlari menuju ke arah bilik tetamu di mana Dahye ditempatkan.
"Dahye!"
"Jung Hoseok!"
Serentak Puan Jung dan Jimin menjerit apabila melihat Dahye sekali lagi dipukul. Kali ini, Dahye dipukul dengan menggunakan batang besi yang digunakan untuk menggantung air yang dimasukkan ke dalam salur darah.
Akibat marah, Jimin akhirnya melepaskan tumbukan yang kuat di pipi Hoseok sehingga Hoseok terdorong kebelakang dan melanggar almari di bilik itu.
Manakala Puan Jung pula dengan cemas menelefon ambulance sambil memeluk Dahye yang seperti nyawa-nyawa ikan itu.
"Aku dah bagi peluang dekat kau! Tapi kau dah melampau Jung Hoseok!" Jimin sekali lagi melepaskan tumbukan di wajah Hoseok.
"S-sudah Ji..min." Rayu Dahye dengan suara yang perlahan.
Akhirnya Jimin berhenti memukul Hoseok. Jimin kembali fokus lalu dia berjalan ke arah Dahye yang sedang dalam kesakitan.
"Bertahan Dahye." Ucap Jimin bersama air mata yang mula bertakung di tubir matanya.
Jung Dahye mengukir senyuman pendek sebelum dia pengsan dan tidak sedarkan diri.
ㆁtbcㆁSincerely,
[ violet ]a/n; ekceli en, author xsanggup senanye nak buat sifat Hoseok yang angelic tuh jdi mcm ni ㅠㅠ rasa bersalah pon ada. but yea, jgn risau, author akan pstikan dia insaf HAHAHAHA.
YOU ARE READING
[C] Change ➽ jhs
Fanfiction━when you try to change yourself into a better person, that doesn't mean you have to change your feeling too. " Jangan pernah berharap yang aku akan jadi macam dulu. " " Tolonglah Dahye. Aku rindukan kau yang dulu. " ━×━×━ beautiful arts by; JaeNale...