ㆁㆁㆁ
Dahye duduk dibangku taman sambil termenung jauh memikirkan sesuatu. Dia.. sedang menunggu Jimin. Sebenarnya dia tidak mahu bermasam muka untuk jangka masa yang lama kerana mereka telahpun berkawan sudah hampir 8 tahun."H-hai Dahye." Tegur Jimin dengan nada kekoknya.
"Duduklah." Jemput Dahye lalu membalasnya dengan senyuman.
"Terima kasih."
"Maafkan saya tentang—"
"Tak mengapa, Jimin. Saya tahu awak bukan sengaja untuk lakukannya. Awak cuma bingung dan marah pada masa yang sama. Maafkan saya sebab tak dapat balas cinta awak sejak 7 tahun lepas." Kata Dahye sambil menahan air matanya daripada mengalir.
"Haih. Maafkan saya sekali lagi." Ucap Jimin setelah mengeluh.
"Ya? Kenapa?" Soal Dahye hairan.
"Sebenarnya.."
ㆁㆁㆁ
"Thankyou, Vic." Jimin tersenyum bersama air mata yang masih mengalir."Jimin."
"Ya?"
"Kau.. tak rasa kau patut cerita tentang hal sebenar kepada Dahye dan minta maaf?" Soal Hanri sebaik saja dia meleraikan pelukannya.
Jimin terpaku. Soalan Hanri benar-benar membuatkan hati Jimin tersentap. Hanri menoleh memandang ke arah Jimin.
"Aku rasa ada baiknya kau minta maaf dan jujur pada dia. Aku tahu sebenarnya kau tak cintakan dia. Kau cuma rasa bersalah terhadap dia. Cinta kau pada dia tak pernah wujud walau sikit pun. Apa yang wujud dalam hati kau adalah rasa serba salah terhadap Dahye." Jelas Hanri.
Sebagai seorang doktor psikologi, Hanri tahu akan apa yang dirasakan oleh sesetengah manusia. Emosi dan gerak geri seseorang itu mampu membuatkan Hanri mengetahui apa masalah mereka serta jalan penyelesaiannya.
"Walau apa pun yang berlaku, kau harus diam sebab kau tak ada hak untuk berkata apa-apa. Ianya adalah salah kau. Kau tak patut nafikannya, Jimin. Kau adalah pesakit pertama aku. Jadi, aku kenal kau." Kata Hanri lalu melepaskan keluhan pendek.
Jimin masih lagi berdiam diri. Mulutnya bagaikan terkunci dan tidak mampu berkata apa-apa.
ㆁㆁㆁ
'Panggg!'"Sampai hati awak Jimin?!" Tengking Dahye sambil dadanya naik turun mencari nafas kerana berasa amat marah.
Jimin terkedu. Dia.. ditampar.
"Awak memang kejam! Awak bukan manusia! Awak syaitan yang bertopengkan manusia!" Tambah Dahye lagi.
"M-maaf—"
"Ya?" Soal Dahye.
"M-maafkan—"
"Jimin? Are you okay? Dari tadi awak diam. Kenapa ni?" Soal Dahye sambil memegang wajah Jimin.
Jimin kembali sedar daripada lamunannnya. Ianya hanya sebuah bayangan. Jimin menggenggam penumbuknya untuk menahan ketaran tangannya akibat ketakutan.
"Awak baliklah. Mesti awak penat kan? Lagipun esok.. hari perkahwinan kita. Saya harap, rancangan Hoseok berjalan lancar. Dan saya harap, awak jumpa wanita yang akan cintakan awak seikhlas hatinya." Ucap Dahye lalu menepuk perlahan bahu Jimin.
"Saya balik dulu ya. Jumpa nanti."
Tiba-tiba tangan Dahye direntap. Dahye terkejut.
"Kenapa ni?" Soal Dahye.
YOU ARE READING
[C] Change ➽ jhs
Fanfiction━when you try to change yourself into a better person, that doesn't mean you have to change your feeling too. " Jangan pernah berharap yang aku akan jadi macam dulu. " " Tolonglah Dahye. Aku rindukan kau yang dulu. " ━×━×━ beautiful arts by; JaeNale...