ㆁㆁㆁ
"Hoseok. Saya nak tanya awak. Kalau awak masih lagi tidur, awak sedar tak apa yang awak buat?" Soal Dahye sambil kedua belah tangannya disilangkan."Tak." Jawab Hoseok ringkas sambil kepalanya menunduk memandang permukaan meja.
"Jadi kenapa awak tuduh saya yang bukan-bukan? Takkan awak tak boleh nak berfikir? Budak sekolah rendah pun boleh berfikir positif lah." Bebel Dahye sambil matanya memandang tepat ke arah Hoseok.
Hoseok hanya menggentel hujung bajunya tatkala mendengar bebelan Dahye. Dia tiada jawapan untuk dibalas. Ini adalah salahnya.
"Awak pula Jimin. Perlu ke awak buat Hoseok bertambah marah dan buatkan dia semakin salah anggap apa yang berlaku di antara kita?" Anak mata Dahye dialihkan ke arah wajah Jimin pula.
"Maaf. Saya cuma geram bila dia tumbuk saya secara tiba-tiba." Balas Jimin sambil bibirnya dimuncungkan.
"Umur awak berapa?" Soal Dahye geram.
"23." Jawab Jimin ringkas.
"Jadi tolong berperangai seperti orang dewasa yang berumur 23 tahun dan bukannya budak berumur 3 tahun." Bidas Dahye menahan geramnya.
"Maaf Dahye. Kami takkan buat lagi." Ucap mereka berdua serentak.
Dahye mengeluh panjang. Dia tidak mampu memarahi dua lelaki ini untuk jangka masa yang lama. Rambutnya diselitkan dibelakang telinga.
"Baiklah. Saya maafkan awak berdua kalini. Kalau hal ni berlaku sekali lagi, saya tahu lah apa yang saya perlu lakukan." Ugut Dahye.
"Kita akan pulang ke Korea tak lama lagi. Tak sangka masa berlalu dengan pantas." Keluh Dahye selepas menghirup Latte yang masih lagi panas itu.
Hoseok dan Jimin memandang satu sama lain. Ini bermaksud, perkahwinan Jimin dan Dahye semakin hampir. Mereka berdua akhirnya mengalihkan pandangan ke arah lain.
"Saya akan pergi ke tandas sekejap." Kata Dahye meminta diri untuk beredar sebentar.
Setelah kelibat Dahye tidak lagi kelihatan, Hoseok menoleh memandang ke arah Jimin.
"Kau dah janji dengan aku untuk bantu aku dapatkan Dahye semula. Mula-mula aku yakin, tapi sekarang aku tak rasa yang kau akan lepaskan dia kalini." Ucap Hoseok sambil tersenyum sinis.
"Kau ni ibarat gunting dalam lipatan." Tambah Hoseok lagi.
Jimin hanya mampu berdiam diri. Apa yang Hoseok katakan itu, semuanya benar. Jimin juga tidak mahu menafikannya. Dia benci pada diri sendiri kerana sanggup menipu untuk melihat kebahagiaan orang lain. Jimin mengeluh. Dia masih lagi mempunyai perasaan terhadap Dahye.
"Aku harap kau tunaikan janji kau, kawan." Ucap Hoseok dengan nada berbisik.
Jimin menyeluk tangannya ke dalam kocek seluar miliknya. Dia memegang erat sesuatu benda di dalam kocek seluarnya.
'Maafkan aku, Hoseok.' Bisik hatinya.
ㆁㆁㆁ
Pada masa yang sama, Dahye yang berada di dalam tandas mengalirkan air matanya. Dia rasa bersalah terhadap dua lelaki itu. Hanya kerana dirinya yang serba serbi kekurangan, mereka berdua sanggup bergaduh.Air mata yang masih lagi tersisa di wajahnya diusap dengan menggunakan tisu. Kemudian, anak matanya terpaku pada gelang tangan pemberian Jimin kepadanya. Dahye teringat akan sesuatu. Gelangan tangan mutiaranya telah lama hilang dan tidak dijumpai.
Itu adalah satu-satunya gelang pemberian ibunya kepadanya. Dia tiada lagi barangan peninggalan ibu, abang mahupun adik kembarnya. Tragedi ngeri yang mengambil 4 nyawa sekaligus itu menghantui dirinya.
![](https://img.wattpad.com/cover/95645860-288-k59439.jpg)
YOU ARE READING
[C] Change ➽ jhs
Fanfiction━when you try to change yourself into a better person, that doesn't mean you have to change your feeling too. " Jangan pernah berharap yang aku akan jadi macam dulu. " " Tolonglah Dahye. Aku rindukan kau yang dulu. " ━×━×━ beautiful arts by; JaeNale...