15 ; Cerai

269 58 36
                                    

ㆁㆁㆁ


"Yah Hoseok. Kau bila nak kerja ha? Asyik duduk lepak je dekat rumah aku. Dah lah tak bayar duit sewa—"

"Eish hyung ni memekak lah." Marah Hoseok geram.

"Apa memekak? Dasar pemalas punya budak. Patutlah bapak kau halau kau dari rumah." Perli Seokjin ketika memasak di dapur.

Segala bebelan Seokjin hanya masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Dia malas hendak bertikam lidah dengan abang angkatnya itu. Hoseok tahu. Walaupun Seokjin selalu memarahi dan memerli dirinya, Seokjin tidak akan sampai hati untuk menghalaunya keluar dari rumah itu.

"Haa elok lah tu. Aku membebel ni, bukan nak dengar dan simpan dalam otak dungu kau tu. Tau tengok tv je."

"Bisinglah hyung ni. Aku nak tengok tv pun tak senang." Ujar Hoseok lalu berdiri dan berjalan ke arah pintu.

"Kau nak pergi mana pula tu? Kau taknak makan ke?" Soal Seokjin.

"Dah kenyang dah lepas dengar hyung membebel tadi." Balas Hoseok memerli Seokjin lalu keluar dari rumah itu.

"Yah! Tak guna punya budak. Siap kau bila kau balik nanti!" Gertak Seokjin.


ㆁㆁㆁ


Hoseok duduk di bangku stesen bas sambil menghisap sepuntung rokok. Asap rokok dihembus keluar melalui mulutnya. Kemudian, dia memegang pipi kirinya. Dia tersenyum sinis.

"Berani kau tampar aku, Dahye? Heh. Sejak kau dengan Jimin rapat, bukan main berani kau sekarang." Ucapnya sinis.

"Yah Hoseok."

Hoseok menoleh. Dia tidak terkejut dengan kehadiran Jimin. Malah dia hanya menghadiahkan sebaris senyuman sinis.

"Ada apa kau nak jumpa aku ni?" Soal Hoseok.

"Ini.. pemberian Dahye buat kali terakhir untuk kau sebelum dia pergi ke Amerika esok." Ucap Jimin sambil menghulurkan satu beg kepada Hoseok.

"Sampah apa yang kau bawa tu?" Soal Hoseok sombong.

"Dahye jahit skarf ni untuk kau." Jawab Jimin menahan sabar.

"Tak apa lah Jimin. Kau simpan je skarf tu. Bukan kau suka Dahye ke? Tak mungkin kau tak nak kan?" Kata Hoseok sinis.

"Ini untuk kau Hoseok." Balas Jimin yang masih lagi menahan sabar.

"Aku akan ceraikan dia bila tiba masanya. Jadi kau boleh ambil skarf tu. Aku tak nak sampah tu." Balas Hoseok pula.

"Baik! Aku akan ambil! Dan aku akan ambil Dahye sekali! Sebab aku cintakan dia! Itu yang kau nak dengar kan?! Aku akan pastikan Dahye bahagia bila bersama aku!" Suara Jimin mula naik seoktaf.

"Aku dah agak kau akan cakap macam tu. Jadi, tak perlu nak berahsia lagi. Kau boleh ambil dia. Dia milik kau." Hoseok tersenyum kemenangan.

"Aku akan pastikan kau menyesal seumur hidup kau sebab lepaskan Dahye. Dan aku takkan kembalikan dia kepada kau walau apa yang jadi sekalipun. Takkan." Ucap Jimin.

Setelah itu, Jimin meninggalkan Hoseok sendirian dengan perasaan marah bersama skarf yang baru saja dililit di lehernya.

Setelah itu, Jimin meninggalkan Hoseok sendirian dengan perasaan marah bersama skarf yang baru saja dililit di lehernya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hoseok berdecit. Sungguh lucu melihat Jimin berusaha untuk mendapatkan isteri yang dibencinya.

"Heh. Sampah." Ucap Hoseok lalu dia membuang sepuntung rokok yang sudah pun pendek itu ke atas jalan.

Hoseok berjalan dengan perasaan kosong dalam dirinya. Dia menuju ke arah satu telefon awam. Nombor seseorang didail.

"Hello Encik Yoo? Saya nak encik failkan surat cerai saya dan Dahye malam ni juga. Saya tak mahu tunggu lebih lama." Ucapnya sebaik sahaja Encik Yoo menjawab panggilannya.

Setelah dia menamatkan panggilan, Hoseok terdiam seketika. Lalu, air matanya mengalir perlahan melalui pipinya.

"Maafkan aku. Tapi aku terpaksa."


ㆁtbcㆁ

Sincerely,
[ violet ]

[C] Change ➽ jhsWhere stories live. Discover now