ㆁㆁㆁ
Semasa di atas rooftop, Dahye duduk dengan tenang sambil menghirup udara segar. Dia menunggu kehadiran Jimin. Cawan plastik yang mengandungi latte itu dihirupnya untuk menghilangkan rasa dahaga.'Tap Tap Tap.'
"Park Jimin. Kenapa awak lambat sangat? Penat saya tung-...gu." Dahye terkedu sementara setelah menyedari kehadiran si dia.
"Alangkah indahnya kalau kau sebut nama aku dengan nada selembut tu." Ucapnya lalu memasukkan tangannya ke dalam poket seluar.
"Apa awak buat dekat sini?" Soal Dahye.
"Sepatutnya aku yang patut tanya kau. Apa yang kau buat dekat sini? Kenapa kau mesti kembali? Nak balas dendam? Buatlah. Tapi aku dah cukup menderita sejak kau pergi. Jadi tolong, jangan buat aku menderita buat kali kedua." Balas Jung Hoseok panjang lebar.
"Macam mana awak tau saya nak balas dendam? Atau awak dah mula rasa takut?" Soal Dahye sambil menghadiahkan senyuman sinis.
"Aku mengaku. Memang salah aku sebab buli kau dulu. Aku pukul kau. Dan macam-macam lagi. Aku cuba untuk buat kau benci aku. Tapi sebenarnya aku tak sanggup dan terlampau serba salah. Aku nak minta maaf." Ucap Hoseok kesal.
"Hahahaha! Sekarang baru awak nak minta maaf? Tak Hoseok. Tak. Awak tak patut minta maaf sekarang dan maaf awak tu langsung tak cukup setimpal dengan apa yang awak buat pada saya." Balas Dahye dengan wajah yang tegang.
Dahye mula berjalan ke arah Hoseok. Penutup cawan yang berisi air latte itu dibuka. Hoseok hanya berdiam diri. Senyuman sinis mula terukir di hujung bibir Dahye.
"Awak masih ingat ni?" Soal Dahye lalu menuang air latte itu ke atas kepala Hoseok.
Hoseok tergamam. Mana mungkin dia boleh lupa kejadian yang dia sendiri lakukan walaupun sudah setahun berlalu. Dahye mula berundur beberapa tapak. Cawan latte itu dibuang ke dalam tong sampah.
"Awak tahu sesuatu? Ada dobi di hujung blok C. Jadi, awak pergilah cuci baju ni." Ucap Dahye.
Dahye mula melangkah untuk menuju ke arah pintu yang mempunyai tangga. Tiba-tiba, tangannya digenggam kemas oleh Jung Hoseok. Dahye cuba untuk melepaskan tangannya dari genggaman Hoseok.
"Lepaskan!" Jerit Dahye.
Dalam masa yang sama, Jimin baru saja tiba di rooftop. Matanya membulat tatkala melihat tangan Hoseok yang sedang menggenggam tangan Dahye kasar.
"Yah tak guna! Lepaskan Dahye!" Jerit Jimin.
"Berhenti di situ Jimin! Saya tak apa-apa." Ucap Dahye menenangkan Jimin.
Jimin menahan geramnya sambil mengetap bibir dan menggenggam penumbuknya. Hoseok mendekatkan bibirnya pada telinga Dahye. Dahye hanya menahan sabarnya agar tidak menampar Hoseok.
"Aku janji aku akan dapatkan kau semula. Dan kau boleh teruskan rancangan kau untuk balas dendam pada aku." Bisik Hoseok.
"Nak tahu sesuatu? Jangan mimpi. Saya dan Jimin dah bertunang di Amerika. Hanya sebulan. Sebulan saja lagi saya dan Jimin akan berkahwin. Tak mungkin saya akan kembali pada awak." Balas Dahye dengan nada berbisik juga.
Jimin kelihatan rasa ingin tahu apabila mereka berdua saling berbisik. Rasa cemburu juga mula menyelubungi dirinya.
"Bertunang? Heh. Apa kau fikir aku tak boleh dapatkan kau dalam tempoh sebulan tu?" Soal Hoseok sinis.
"Sedarlah diri. Pembunuh." Balas Dahye geram.
"I already know about it, Jung Hoseok. All of them. I already know about your secret." Bisik Dahye.
Dengan serta merta, genggaman tangan Hoseok mula longgar. Segera Dahye merentap tangannya lalu berlari ke arah Jimin. Mereka berdua berjalan pergi meninggalkan Hoseok sendirian.
Hoseok masih lagi terkedu. Jantungnya juga bagai telah berhenti berdegup untuk seketika. Apa yang diucapkan oleh Dahye tadi benar-benar membuatkan hati Hoseok retak. Nafasnya mula tersekat-sekat.
Bahunya juga terhinjut-hinjut. Air matanya semakin deras mengalir di pipinya.
"D-dia dah tau?" Soal Hoseok.
ㆁㆁㆁ
"Dahye tunggu! Tunggu! Saya cakap tunggu!"Tangan Dahye direntap oleh Jimin. Jimin baru menyedari bahawa Dahye sedang menangis.
"Kenapa? Kenapa awak bawa saya ke sini?! Saya menderita! Kenapa awak seksa saya macam ni Jimin?! Kalau kita tak kembali ke sini, saya pasti kita berdua akan bahagia!"
"Sebab awak bukan milik saya!"
Dahye memandang Jimin lama.
"Apa?" Soal Dahye.
"Saya hanya pinjam awak dari Hoseok, Dahye. Awak tak mungkin akan jadi milik saya. Percayalah. Awak adalah segalanya bagi Hoseok." Jawab Jimin.
"Apa awak merepek ni?! Awak kata kita akan ikut rancangan asal kita! Kita datang ke Korea, balas dendam pada Hoseok, dan kita kawin! Kenapa awak cuba ubah rancangan?! Awak dah tak sayang saya ke?!" Soal Dahye lagi.
"Saya sayang awak! Okay?! Disebabkan sayanglah saya terpaksa! Hoseok kawan baik saya! Tak mungkin saya akan lihat dia menderita bila saya sedang bahagia!" Balas Jimin.
"Awak dah gila ke Jimin?! Ayah pasti marah bila dapat tahu tentang keputusan awak ni!"
"Rancangan sebenar saya ialah.. beritahu awak kebenarannya, buat Hoseok insaf dan.. kembalikan awak pada dia. Walaupun saya cintakan awak, saya tak mahu persahabatan saya, awak dan Hoseok putus." Ucap Jimin sambil menunduk memandang lantai.
"Sekarang ni awak cuba untuk kembalikan saya kepada pembunuh tu? Awak cuba nak seksa saya untuk kali kedua ke?!" Soal Dahye.
"It was an accident, Lee Dahye! Hoseok tak bunuh sesiapa! It was an accident! Dan saya tahu, dia terpaksa seksa awak supaya awak benci dia! Hoseok terseksa Dahye! Dia keliru!" Balas Jimin.
"Saya tak mahu dengar awak merepek lagi! Kita akan ikut rancangan asal kita! Fullstop!" Ucap Dahye lalu mengatur langkah untuk pergi.
"Saya tahu awak masih cintakan Hoseok!"
Langkah Dahye terhenti.
"Awak tak perlu tipu diri awak hanya kerana ego! When you try to change yourself into a better person, that doesn't mean you have to change your feeling too, Dahye."
Kemudian, Dahye menyambung langkahnya kembali. Jimin merengus kasar lalu meraup wajahnya. Dia berasa amat tertekan pada waktu ini. Dia buntu.
"Maaf buat awak berubah Dahye. Maaf." Ucap Jimin perlahan.
ㆁtbcㆁSincerely,
[ violet ]JENGJENGJENG! HEHEHE 😂 so how? Chapter ni buat korang rasa macam mana? Rasa ingin tahu? Rasa author ni dungu? HAHAHAHA or rasa ff ni merepek gila namati? 😂 don't forget to comment and vote💕 nae maeumsoge jeojang!
YOU ARE READING
[C] Change ➽ jhs
Fanfiction━when you try to change yourself into a better person, that doesn't mean you have to change your feeling too. " Jangan pernah berharap yang aku akan jadi macam dulu. " " Tolonglah Dahye. Aku rindukan kau yang dulu. " ━×━×━ beautiful arts by; JaeNale...