6 : " WHERE ARE YOU? "

2.1K 181 2
                                    

"HARRAZ!" Harraz memejamkan mata saat namanya dipanggil.

"Eh, Harraz! Kamu tak dengar ea Mak tanya apa tadi? Harraz!" Hanisah mengetuk-ngetuk pintu bilik Harraz. Geram dengan perangai si anak bujang.

"Haish, mak ni bising betullah..," omel Harraz perlahan. PS2 diletak di katil. Langkah diatur malas ke muka pintu.

"Apa ni Mak, kecoh-kecoh?" soal Harraz acuh tak acuh.

"Macam mana Mak tak kecoh kalau tiga kali mak panggil kamu tak menyahut? Mak tanya tadi, kan? Kak Haira dah balik ke belum?" soal Hanisah, lengkap dengan muka menahan sabar.

"Lah? kenapa tanya Raz? Raz manalah tahu mak. Pergilah tengok bilik akak tu..," Harra mengaru pipi.

"Mak dah tengok, tapi akak kamu tak ada. Tu yang Mak tanya. Mana tahu Kak Haira kat bilik Raz."

"Hm? Tak ada?" Harraz ternyata agak terkejut. Pantas dia mengerling jam di dinding. Memang sekarang ini sudah lewat. Patutnya akaknya itu sudah pulang.

Hanisah mengeluh resah. "Ya Allah.., manalah akak kamu ni Raz..,"

"Assalammualaikum,"

Serentak kedua beranak itu menoleh.

"Hah! Tu akak dah balik!"

Haira memandang pelik ke arah Harraz. Terdengar pula keluhan lega dari ibunya.

"Kenapa ni, Mak? Ada benda yang jadi ke?" soal Haira, memandang Harraz dengan harapan adiknya itu akan memberikan penjelasan. Namun hampa apabila Harraz terus berlalu ke bilik.

Bibir diketap geram.

"Yaheish, budak biadap ni." desis Haira, geram.

Hanisah mengeluh perlahan. "Kamu pergi mana ni? Kata pergi fotostet je? Tapi dah satu jam lebih kamu keluar. Kamu tahu tak bahaya kalau perempuan keluar waktu-waktu macam ni?"

Haira menggumam bibir. "Maaf, mak." bekas luka di tangan disorok.

"Dah, pergi masuk tidur. Basuh kaki dengan muka tu. Haih, kalau tak buat orang risau memang tak bolehlah kamu ni." Hanisah sempat merungut sebelum menghilangkan diri ke bilik.

Haira memandang pintu bilik ibunya yang sudah tertutup. Keluhan perlahan dilepaskan.

Langkah diatur memasuki bilik, lalu meletakkan kertas fotostetnya di atas meja kecil yang sudah tidak berkaki. Tubuh direbahkan ke atas toto yang menjadi teman setianya sejak kecil. Tocang rambut dibuka.

Haira memasukkan tangan ke kocek hoodie saat terasa seakan terlupa sesuatu. Tersenyum dia melihat sebotol kecil lada sulah sulah di berada di tangan.

"Kalau ada mana-mana mamat gila selain aku kacau kau, kau baling je lada sulah ni kat mata diaorang. Kau faham kan maksud aku?"

"Ah!" Haira pantas bangun.

"Kenapa aku tak tanya nama dia ea tadi? Haish! lembabnya aku, Ya Allah! Berborak dekat 20 minit tapi nama tak reti nak tanya. Haaaaa, sengal! Sengal! Sengal!" Haira mengetuk-ngetuk perlahan kepalanya.

"Haaa...," keluhan berat dilepaskan, kecewa dengan diri sendiri.

"Okay, so kalau macam tu aku chaw dululah. Anyway, nice to meet you psycho girl."

Perlahan-lahan senyuman Haira makin melebar. Wajah tampan Haziq mula berlegar di fikiran. Senyuman manis lelaki itu membuatkan senyumannya tidak bernoktah.

Haira memandang botol lada sulah yang ada di tangannya dengan senyuman tenang.

"Jumpa esok,"

* * * * *

"BERHENTI sekolah?"

Sarah mengangguk tenang. "Em."

"Bila? Kenapa? Macam mana dia boleh berhenti sekolah?" soal Haira bertubi-tubi.

Sarah terkebil. Pelik dengan reaksi 'melebih' Haira.

"Yang kau ni dah kenapa? Gelabah macam mamat tu pakwe kau pulak? Atau kau memang ada affair dengan dia? Kau rahsiakan dari aku ea?" Sarah mengecilkan mata.

"Heish, mana adalah!" nafi Haira pantas.

"Habis tu? Asal kau nampak terkejut sangat bila aku kata dia dah berhenti?" soal Sarah dengan kening terangkat sebelah. Sangat meragukan!

Haira mula gelabah apabila direnung sebegitu.

"Tak.., aku.., aku cuma pelik je! Yelah, terkejut. Sebab semalam aku baru dengar kau cerita pasal dia, then hari ni kau kata dia dah berhenti. Tu yang aku pelik." Haira cuba menerangkan dengan tenang.

"Oh..," sahut Sarah bagai burung belatuk. Haira menghela nafas lega apabila melihat Sarah yang seperti percaya dengan 'gorengannya'.

"Hmm.., kalau kau tanya aku kenapa dia berhenti tu, aku tak tahulah kenapa. Tapi..,"

Haira mula tidak senang duduk. "Tapi apa?"

"Aku dengar ceritalah kan, petang semalam, dia ada gaduh dengan kumpulan samseng."

Haira terdiam seketika, "Samseng?"

Sarah mengangguk, "Em."

"Nanti, kenapa pula dia nak gaduh dengan samseng-samseng tu semua?" soal Haira, pelik.

Sarah mengangkat bahu, "Entahlah, nak. By the way, aku rasa orang tak hairan kot dengan berita tu sebab memang satu sekolah dah tahu yang dia tu panas baran. Jadinya, logik lah kan, kalau dia gaduh dengan samseng-samseng durjana tu semua? Tak kisahlah siapa yang cari pasal dulu, kalau tak ada yang melayan, takkan jadi macam tu." cerita Sarah lalu memasukkan keropok ikan ke dalam mulut.

Haira terdiam.

Kenapa ni? Apa yang dah jadi? Apa yang samseng-samseng tu buat kat dia sampai dia berhenti sekolah?

"Cuma kan,"

Haira pantas memandang Sarah apabila gadis itu seperti mahu menyambung ceritanya.

"Memang aku hairan juga lah. Sebab sebelum ni, dia tak adalah buat keputusan gila berhenti sekolah walaupun dia tu selalu kena panggil dengan guru disiplin. Ya, dia memang degil. Suka ponteng kelas kecuali kelas muzik, suka menjawab bila cikgu tengah marah dia. Ah, senang cerita dia memang suka buat hal lah!"

"Tapi, macam mana teruk pun denda yang dia terima, dia tak pernah beritahu yang dia nak berhenti sekolah. Lagipun, kelas muzik dengan piano tu dah macam nyawa kedua dia. Tak mungkin dia akan berhenti dan tinggalkan semua tu tanpa sebab. Betul tak?" Sarah memandang Haira.

Sekali lagi Haira terdiam. Waktu itu, macam-macam yang difikirkan. Haira tahu pasti ada sebab sehinggakan Haziq buat keputusan untuk berhenti sekolah.

Atau mungkin..,

Haira terdiam. Ayat terakhir Haziq mula bermain di fikiran.

Jadi, beg yang yang dia bawa semalam tu..,

"Kejap! Awak nanti!"

"Kenapa?

"Awak nak pergi mana malam-malam ni dengan beg tu?"

"Beg ni? Kau tak payah tahulah. Dah, chaw."

Perlahan-lahan Haira mengeluarkan botol comel lada sulah yang disimpan di kocek baju sekolahnya. Botol itu dipandang lama.

Mana dia pergi?

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now