64 : " SHOCKED "

817 91 3
                                    

HAIRA dan Haziq memandang Izzue yang masih kaku di hadapan kedai alat tulis. Wajah Haziq merah menahan geram. Laju sahaja dia meluru ke arah Izzue, membuatkan Alif dan Haira jadi cemas.

"Eh, gila!" kolar baju Izzue dicengkam kuat.

"Haziq!" Haira menjerit risau.

"Awak tolong bawa Fakrul masuk ke kedai kek tu dulu," pinta Alif sambil menghulurkan Fakrul dari dukungannya.

Haira pantas menyambut Fakrul lalu didukungnya. Sempat dia memandang Haziq dan Izzue sebelum melangkah memasuki kedai kek yang berada di sebelah kedai alat tulis.

Izzue, lelaki itu masih diam seperti patung cendana walaupun kolarnya sudah pun dicengkam kuat oleh Haziq.

"Eh s*al, apesal kau diam hah?! Kau ni dari dulu memang macam s*al kan?! Kau manusia ke patung hah?! Kenapa kau boleh diam je kat sini sedangkan ada orang yang hampir hilang nyawa kat depan mata kau sendiri! Jawablah tak guna!"

"Ziq! Lepas, Ziq!" Alif cuba menenangkan Haziq. Matanya sempat memandang sekeliling. Mujurlah jalan itu memang jalan yang lengang memandangkan ia kawasan yang agak tersorok.

Kata-kata Alif tidak diendahkan, malah Haziq makin menguatkan lagi cengkamannya di kolar baju Izzue.

"Jawablah s*tan! Asal kau diam je?! Eh, orang tak guna macam kau ni lebih baik pergi mamp*s je lah!" Haziq bersedia untuk menumbuk Izzue namun tubuhnya terus ditolak kuat Alif hingga terlepas cengkamannya di kolar baju Izzue. Tubuhnya juga hampir hilang imbangan.

Nafas Haziq turun naik.

"Kau ni kenapa hah, Ziq?! Kawallah sikit baran kau tu! Dia ni abang kau tahu tak?!" kata-kata Alif membuatkan Izzue bertambah tidak senang.

Kedua-dua tangan Izzue naik memegang kepala manakala matanya ditutup rapat. Peristiwa di mana Haziq dibelasah oleh John dan rakan-rakannya kembali bermain di ingatan dan membuatkan Izzue menjadi semakin tidak tenang.

Haziq ketawa sinis. "Abang? Kau kata dia ni abang ak? Eh, aku tak ada abang yang tak guna macam dia lah!" tepat jari telunjuknya diarah pada Izzue.

Kepala Izzue semakin bertambah sakit. Tiba-tiba dia menjerit kuat sebelum pergi meloloskan diri ke dalam kereta.

"Izz! Izz, kau nak pergi mana?!" Alif yang risau dengan keadaan Izzue cuba mengejar lelaki iyu namun kereta Izzue sudah pun bergerak meninggalkan mereka berdua.

Alif memandang kereta Izzue yang semakin menjauh itu bersama wajah risau. Dipandang pula Haziq dan lelaki baran itu terus meramas kasar rambutnya.

"Haish!"

Alif mengeluh perlahan.

"Eh, Labu. Apa sebenarnya masalah korang berdua ni?"


* * * * * * *


DIANNE menoleh apabila terdengar namanya dipanggil.

"Ha, kenapa?" soal Dianne pada Jessica.

"Sorry Dee, but boleh tak you tolong ambilkan banner kita dekat stor belakang? Miss Alice suruh I ambil tadi but I ada hal urgent nak kena settle." pinta Jessica sambil menunjukkan telefonnya, menandakan ada panggilan penting untuknya.

Dianne mengangguk dengan senyuman. "It's okay. I'll pick it up. The yellow one, right?"

"Yep, Thanks, Dee." ucap Jessica lantas berlalu pergi.

Dianne mengatur langkah ke stor belakang. Ketika melalui padang, sempat dia menggeleng melihat atlet-atlet lelaki yang bersiul padanya. Meriah padang itu dengan penuntut KSJ. Semuanya semakin sibuk membuat persiapan dan pemeriksaan terakhir sebelum menjelang hari gemilang KSJ esok.

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now