99 : " PAINFUL LIES "

767 79 35
                                    

KETUKAN di pintu membuatkan Lisa tersenyum. Pantas dia memakai sentuhan terakhirnya iaitu pelembab bibir. Usai itu, dia terus mencapai beg bertali halusnya lalu disangkut di bahu kanan. Langkah diatur keluar dari bilik.

"Ukh, on time ek?" usik Lisa sejurus kelibat Haziq kelihatan di sebalik pintu.

Haziq senyum kecil. "Aku lelaki, bukan perempuan macam kau yang bersiap dua jam," balas Haziq selamba.

Lisa mencebik. Dia melangkah keluar lalu mengunci pintu. "Lisa memanglah kena siap dua jam sebab kang kalau siap dengan muka naked, abang jugak yang pengsan. Dahlah Lisa ni pucat macam orang nak mati," kata Lisa selamba.

"Hei," Haziq pantas menarik perlahan bahu Lisa hingga gadis itu terdorong melihatnya ke arahnya.

"Apa?" soal Lisa tenang.

"Kenapa suka cakap macam tu? Kau ni kalau tak cakap yang melibatkan mati tak boleh eh? Nak sangat ke mati?" Haziq bertukar serius.

Lisa mengeluh perlahan. Susahlah kalau dapat orang yang ambil serius sangat ni.

"Bang, mati tu pasti. Abang pun akan mati jugak kan? Hah so chill lah, takkan nak cakap macam tu pun tak boleh?" Lisa memulakan langkah.

Haziq mengeluh perlahan lalu memandang Lisa. "Masalahnya kau tu..,"

Lisa berhenti melangkah. Dia tertunduk seketika sebelum menoleh ke belakang.

"Lisa apa, bang?" soal Lisa.

Haziq menoleh ke arah lain. Terlepas cakap pula.

Lisa senyum lemah. "Tak apalah bang, Lisa ok je. Jomlah, nanti lambat kang makin ramai orang kat dataran tu," Lisa menukar topik.

Haziq memandang Lisa lalu berjalan merapati gadis bertudung itu. Mereka kemudiannya memulakan perjalanan dengan berjalan kaki di kaki lima.

"Macam mana duduk kat rumah tu? Ok tak? Mak Cik Leha layan kau baik-baik je kan?" soal Haziq bersahaja.

Lisa mengangguk. "Alhamdullillah ok je. Mak Cik Leha pun baik sangat. Tiap-tiap pagi hantar sarapan, jenguk Lisa, bual-bual dengan Lisa. Tak lah rasa sunyi sangat duduk situ,"

Haziq mengangguk. Syukurlah kalau Lisa berasa begitu.

"Oh ya," Haziq memusingkan beg silang belakangnya ke hadapan. Sibuk dia mencari sesuatu.

"Nah," beberapa keping not RM100 dihulurkan pada Lisa.

Lisa memandang wang itu lama.

"Tengok apa lagi? Ambillah," Haziq bersuara selamba.

"Sampai bila abang nak support Lisa ni?"

Haziq menjeling ke langit. Mula dah minah ni nak bangkitkan isu ni.

"Sampai bila-bila yang aku suka. Dah, jangan banyak bunyi, ambik ni." lantas sejumlah wang itu diletakkan di tapak tangan Lisa.

"Abang memang tak nak bagi Lisa kerja ke? Lisa bosanlah bang duduk situ tak ada buat apa. Lagipun kalau Lisa kerja, abang tak perlulah nak bayarkan sewa rumah Lisa, lepastu bagi duit belanja ni lagi," Lisa masih tidak berputus asa untuk memujuk Haziq.

Haziq menjeling ke langit lalu terus berhenti melangkah. Lisa yang terkejut turut ikut sama berhenti.

"Kau kalau cakap macam tu lagi, aku siat-siat kau lepastu tanam bawah tanah. Nak?"

Lisa buat muka. Pantas sahaja bahu Haziq ditumbuknya. "Pehal nak ugut-ugut lak?"

"Habis tu kau tu hah kepala batu sangat, memang ni jelah caranya nak bagi mulut kau tu senyap," balas Haziq selamba lalu kembali meneruskan langkah.

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now