126 : " A NEW BOOK "

1K 86 8
                                    

"TERIMA kasih Encik Izzue dan ayahnya atas kerjasama yang diberikan sepanjang sesi siasatan," kedua-dua pegawai polis itu bangun, menyalam Izzue dan Amir.

"Terima kasih juga, tuan." ucap Amir, Izzue pula membalas dengan senyuman.

"Kalau semua dah selesai, kami minta diri dulu,"

"Biar saya bawa tuan," Amir menawarkan diri untuk mengiringi kedua pegawai polis tersebut ke tingkah bawah.

"Izz, papa turun sekejap, ya?" Amir menyentuh lembut bahu Izzue.

Izzue mengangguk. Langkah ketiga manusia itu diperhatikan hingga hilang dari pandangan.

Izzue melepaskan keluhan perlahan. Kakinya yang dilapik dengan selimut dipandang kosong.

"Haish.., kalau dah namanya polis, semuanya menyeramkan..," Haziq melangkah masuk.

Izzue mengangkat wajah, jam di dinding dikerling sekilas. 6.15 pm.

"Sorang kau?" Izzue menyoal tenang.

Haziq senyum sinis. "Kenapa? Rindu kemetot?"

"Dia tak jumpa aku lagi sejak aku sedar," beritahu Izzue tenang.

"Aik? Bukan ke kau suka hidup dalam PRIVASI?" perli Haziq selamba. Dia membaringkan tubuh di sofa yang kosong.

"Haaaa..," Haziq tersenyum lebar. Sedap sungguh sofa ini. Memang boleh buat dia 'landai' ke alam mimpi.

"Oi labu," panggil Izzue senada.

"Hmm..," sahut Haziq acuh tak acuh.

Izzue menggosok belakang tengkuknya.

Haziq membuka mata apabila tidak mendengar sebarang respon dari Izzue.

"Apa? Kau nak apa?" Haziq bangun lalu duduk bersila di sofa, menghadap Izzue yang seakan ingin mengatakan sesuatu.

"Aku nak..." Izzue memandang kerusi roda elektrik yang berada di sebelah katilya.

Haziq senyum kecil. Faham dengan apa yang ingin diperkatakan Izzue. Dia bangun dari sofa dan melangkah ke arah katil.

"Boleh percaya ke kau ni?" Izzue dengan was-was meletakkan tangan kanannya melingkari bahu dan leher Haziq.

"Doa je lah kau tak jatuh," Haziq memegang kuat tangan kanan Izzue yang melingkari lehernya sementara tangan kirinya pula memeluk pinggang Izzue.

"Ready heh? Aku angkat kau dalam kiraan tiga," beritahu Haziq.

Izzue mengangguk was-was.

"Satu.., dua.., tiga!" sekuat tenaga Haziq cuba mendorong dan menyokong tubuh tinggi lampai Izzue. Tubuh Izzue diangkat lalu dipindahkan dengan pantas ke kerusi roda.

Izzue selamatkan dialihkan dari katil ke kerusi roda elektrik tersebut. Haziq bersiap sedia untuk melepaskan cengkaman di bahu Izzue.

"Okay sela-- ak!" Izzue tiba-tiba memeluk bahu Haziq dengan tangan kanan sebelum sempat Haziq melepaskan cengkaman di bahunya.

"Yah! Kau nak mati ke hah?" hampir sahaja Haziq hilang imbangan jika dia tidak pantas memaut pada penyandar kerusi.

"Aku minta maaf,"

Haziq yang tadinya meronta mahu melepaskan diri dari pelukan bahu Izzue spontan terdiam.

"Kau..," Haziq hilang kata.

Izzue memejamkan mata sesaat. Buat beberapa ketika, dadanya terasa seperti sedikit lapang tatkala ayat itu dilafazkan dari mulutnya.

"Aku minta maaf, untuk semuanya." Izzue melafazkan ayat tersebut dengan tenang.

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now