69 : " THE MOMENT "

787 87 2
                                    

SELESAI membaca tahiyat akhir, Haira memberi salam. Di sebalik langsir yang memisahkan antara saf lelaki dengan perempuan, Haira mengintai Haziq yang ternyata masih tidak berganjak dari sejadahnya. Haira mengeluh perlahan lalu mula menadah tangan.

Doa dipohon untuk meluahkan apa yang terbuku di hati, bersama rasa kesyukuran di atas rezeki-Nya yang masih memberi peluang kepada Haira untuk bernafassetelah peristiwa tadi. Selesai berdoa, dia kembali memandang Haziq di sebalik langsir tadi. Dahinya berkerut apabila kelibat Haziq tidak kelihatan. Sudah keluar barangkali.

Surau mula dipenuhi dengan orang ramai untuk menunaikan Solat Fardhu Maghrib. Lantas Haira terus membuka telekung dan menutup kepalanya dengan hoodie. Mujurlah dia keluar memakai hoodie dan seluar palazo loose yang bersaiz baggy, agak sopan sedikit untuk ke surau.

Sempat Haira menunduk hormat dan membalas senyuman mak cik-mak cik yang menyapanya, walaupun dia sendiri tidak kenal siapa mereka. Hoodie Haira ditarik kedepan yang boleh, menutup seluruh rambutnya dan tali diikat di bahagian leher, menutup segala aurat yang terbuka.

Haira melangkah keluar dari surau dan terpandang akan kelibat Haziq yang sedang berbual dengan seorang pak cik di bangku. Mungkin kenalan taman lamanya.

Haira melangkah ke arah mereka. Menyedari kehadiran Haira, Haziq mula bangun untuk meminta diri danbegitu juga pak cik tersebut yang ingin menunaikan solat. Sesudah salam, Haziq meminta diri manakala Haira hanya menunduk hormat.

"Awak kenal ke Pak Cik tu?" Haira memulakan perbualan setelah mereka melangkah keluar dari kawasan surau.

Haziq menoleh ke arah Haira lalu tawa kecilnya terus meletus. "Kau pehal do?"

Dahi Haira berkerut. "Kenapa?"

"Berbungkus dah macam mumia dah aku tengok."

"Tapi comellah," tambah Haziq tiba-tiba dengan selamba.

Haira buat muka pelik.

"Comel sebab nampak muka kau je yang timbul dari hoodie tu. Dengan hoodie seluar semua saiz macam gajah punya saiz."

Haira tersengih. "Eh, ok lah ni. At least sopan dan menutup aurat kan? Plus, saya mana suka pakai baju kecil-kecil ni. Dan kalau awak nak tahu, dulu kawan-kawan saya semua panggil saya minah gedoboh sebab saya memang suka pakai macam ni."

Haziq mencebik. "Menutup aurat konon. Haa dah tu bila kau nak menutup aurat dengan sebetulnya hah, pendek?" selamba Haziq mengetuk perlahan kepala Haira.

Haira tersengih lagi. "Soon,"

Haziq menggeleng perlahan. Dia kembali memandang hadapan sambil kedua tangannya diseluk ke dalam kocek.

"Nak jadi wife aku kena berhijab ya," ujar Haziq acuh tak acuh.

"Hah? Apa dia?" Haira kurang jelas.

Haziq tersenyum kecil sebelum menggeleng. "Tak ada apa."balas Haziq yang sedikit lega apabila gadis itu tidak dengar apa yang dikatakannya tadi.

Mereka berdua berjalan beiringan dan berhenti di pondok menunggu bas. Hari semakin gelap dan cuaca juga semakin sejuk. Menandakan hujan bakal turun pada bila-bila masa sahaja.

Haira memandang Haziq yang berdiri di sebelahnya. Lelaki itu nampak lebih senyap. Tiada usikan atau kata-kata menjengkelkan yang selalu dilakukannya pada Haira.

"Awak ok ke?"

"Hm? Ok. Asal? Kau risaukan aku ke?" Haziq sudah tersenyum.

Haira pula yang jadi tidak senang.

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now