87 : " TRUE FEELING "

703 86 12
                                    

"SAYA tak lambat kan?" soal Haira ketika tiba di meja yang diduki Alif.

Alif tertawa kecil lalu bangun dari kerusinya.

"Thanks sudi datang," ucap Alif bersama senyuman.

Haira tersenyum. "So, boleh duduk tak ni?" usik Haira.

Alif ketawa kecil. "Eh mestilah boleh, ke nak saya tarikkan kerusi untuk princess comel ni?" usikan Haira turut dibalas dengan usikan.

Haira ketawa. "Terima kasih jelah eh, saya boleh tarik sendiri," balas Haira dengan gaya jual mahal. Alif hanya tertawa kecil. 

Mereka berdua akhirnya melabuhkan punggung masing-masing dan kemudian mula memesan minuman.

"So, finally awak buat keputusan untuk pulang ke sana ya?" Haira memulakan bicara dengan senyuman.

Alif senyum sambil mengangguk. "Yeah, belum masanya untuk kembali menetap kat sini. Kalau boleh, biarlah segala hal kat sana selesai then kalau ada rezeki, saya akan bergelar basketball player balik,"

Haira mengangguk.

"But," suara Alif sedikit perlahan.

Haira pandang Alif dengan tenang.

"Bukan itu yang saya nak bincangkan dengan awak sekarang. Saya pun rasa awak nak bincangkan perkara yang sama dengan apa yang saya nak bincangkan,"

Haira diam. "Kalau betullah tekaan saya, Izzue ke yang jadi antara salah satu sebab awak nak pulang ke Singapura?"

Alfi diam sebelum tersenyum. "Awak memang cepat tangkap, Haira,"

Haira hanya senyum tawar.

"Saya pun tak nak kusutkan kepala awak since awak pun ada jumpa dengan Dee kan?" tebak Alif, sekadar ingin menduga.

Haira mengerutkan dahi. "Awak tahu?"

Alif tersenyum dengan reaksi Haira. Soalan kaget daripada Haira itu sudah cukup untuk menjawab tekaannya.

"You did," kata Alif tenang.

Jadi, Dianne memang benar-benar mengotakan niatnya tempoh hari untuk berjumpa dengan gadis ini sebelum berangkat pergi.

Haira mengeluh perlahan. "Alif, saya..saya sebenarnya dah tak tahu nak buat apa sekarang ni. Jujur saya rasa macam sayalah penyebab kepada segala masalah yang berlaku,"

Alif diam. Ada rasa simpati yang hadir. Bukan gadis ini puncanya, tapi mereka berdua yang ego dan akhirnya gadis ini dijadikan 'kambing hitam' untuk masalah mereka.

"Saya tak tahu nak luahkan pada siapa. Saya tak tahu nak minta pendapat pada siapa. Memang impossible lah kan kalau saya nak share masalah ni dengan Haziq sedangkan masalah ni libatkan Izzue as musuh dia sendiri,"

Alif diam lagi. Nama Haziq yang meniti di bibir Haira membuatkan otaknya muka memproses sesuatu.

Perbualan mereka terhenti seketika apabila minuman yang dipesan mereka tiba.

"Haira, kalau saya tanya ni, boleh tak awak jawab dengan jujur?" soal Alif sedikit serius setelah pelayan tadi selesai menghantar minuman mereka.

Haira mengangguk.

"Apa perasan awak yang sebenarnya pada Izzue? Awak....suka dia ke?"

Pantas sahaja Haira menggeleng. "Tak,"

"Sure?"

"Kalau suka tu, memang ada. Tapi tak lebih dari suka kepada seorang kawan. Saya suka kawan dengan dia sebab dia ada personaliti tersendiri yang menarik minat saya untuk dekat dengan dia. Tapi saya sedar sekarang, yang 'suka' saya tu dah bagi dia harapan yang tak sepatutnya dia harapkan," jawab Haira lalu menunduk.

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now