117 : "BURDENLESS"

719 73 13
                                    

"HAZIQ!"

Haziq menoleh ke arah muka pintu. Bertalu pintu itu diketuk bersama namanya yang tidak putus-putus disebut Elissa. Haziq memandang tangan kirinya. Dia yang tersandar di hujung sudut sofa, hanya mampu merenung tangannya dengan fikiran yang kosong.

"Haziq bukalah pintu ni! Kau hidup ke tak ni?! Haziq tolonglah!"

Haziq memejamkan matanya sesaat lalu melepaskan keluhan perlahan. Dia cuba kuatkan dirinya. Lantas langkah diatur menuju ke pintu.

"Finally! Thank god you're still alive!" terlepas keluhan geram bercampur lega Elissa saat kelibat Haziq terpacul selepas pinti itu dibuka.

Haziq membiarkan pintu itu sebesarnya. Dia melangkah kembali ke sofa tadi lalu duduk. Wajahnya diraup.

Elissa yang masih berdiri di muka pintu mengeluh perlahan. Dia melangkah masuk lalu berdiri di hadapan Haziq.

"Kau buat apa lagi ni Ziq? Kau meratapi apa lagi kat sini? Kau patut pergi tengok abang kau kat hospital tu, bukannya berkurung kat sini,"

Haziq diam sejenak.

"Asal kau datang sini? Dah lewat malam dah. Esok kan pertandingan,"

Elissa mengerutkan dahi. "Pertandingan? Kau cakap apa ni? Ziq seriuslah! Takkan kau masih nak pergi pertandingan tu esok sedangkan abang kau dah terlantar kat hospital tu? Kau ni gila ke?!"

"Ya!" balas Haziq pantas lalu bangun dari sofanya. Nafasnya mula turun naik.

Elissa mengerutkan dahi. Jelas kelihatan Haziq dalam keadaan yang serabut.

"Ya memang aku dah gila! Aku dah gila sampai aku tak tahu nak buat apa sekarang ni! Kau tahu tak aku serabut?! Aku...aku tak faham.. Aku tak fahamlah kenapa satu demi satu masalah datang! Kenapa? Kenapa? Kenapa semuanya jadi sekarang?!"

Elissa terdiam. Wajah kusut Haziq bersama airmatanya itu membuatkan timbulnya rasa simpati.

Haziq meraup wajahnya lalu memandang Elissa bersama mata yang berkaca.

"Kau tahu tak.., aku benci gila kat mamat yang nama Izzue tu. Tapi mamat tak guna tu sekarang ni tengah terlantar kat hospital sana! Dan paling menyakitkan hati aku... labu tak guna tu dulu pernah jadi abang aku! Jadi kenapa? Kenapa dia boleh ada kat hospital tu?! Siapa? Siapa si tak guna yang dah buat dia macam tu lah si*l!" jerit Haziq sekuat hati.

"Haziq!" Membulat mata Elissa.

"Aku akan cari si tak guna tu Lis... Aku akan cari s*tan tu! Kalau apa-apa jadi kat labu tu, aku bunuh s*tan tu Lis!"

"Haziq sudah! Bawa mengucap Ziq!" 

Haziq kemudiannya mula beransur tenang. Dia perlahan-lahan terduduk di sofa itu lalu sekali lagi meraup wajahnya. Tangisannya kendengaran.

"Aku memang benci dia Lis.. Tapi aku tak pernah terniat dia jadi macam ni... Dia pernah jadi abang aku Lis..," teresak-esak Haziq menuturkan kata-katanya.

Elissa mendongak sambil cuba menahan airmatanya. Dia kembali memandang Haziq.

"That's means kau masih sayangkan dia sebagai abang kau, Ziq. Baik buruk macam mana pun, dialah orang yang kau pernah panggil 'abang'. So please, sekarang kau pack semua barang kau, kau rehat then esok pagi kau terus balik sana. Okay?"

Haziq menggeleng perlahan. Dia memandang Elissa yang berdiri di hadapannya.

"I can't. We need to go to that competition tomorrow,"

"Ya Allah apa kau merepek lagi ni Ziq? Pertandingan apanya lagi ni? No! We are not going to any competition tomorrow! Your brother's condition is more important and you should be there with him to support him! Seriously Ziq if kau risau pasal aku untuk esok you're totally wrong! Aku tak kisah kalau kita tak masuk competition tu okay? Just go home and i'll take care the rest. Kau jangan risau, prof pun mesti akan faham,"

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now