20 : " AN UNEXPECTED MET "

1.2K 104 1
                                    

"HEISH shit! macam mana boleh terlepas pula ni," keluh Haziq geram sambil memandang bingkai gambar kaca yang telah berkecai.

Tit..tit..tit..tit..tit

Haziq terkaku. Bunyi kata laluan rumahnya ditekan. Tapi siapa? Harraz ke? Sebab Harraz dan dirinya sahaja yang tahu nombor kata laluan rumah ini.

Perlahan-lahan Haziq mula menoleh ke belakang, dan-

"Jangan gerak!"

Haziq kembali menoleh ke hadapan. Suara perempuan itu benar-benar mengejutkannya. Wajah gadis itu juga tidak dapat dilihat dengan jelas. Hanya rambut pendek bewarna coklat terang sahaja yang berjaya ditangkap pada pandangan.

Tapi apa yang pasti, gadis itu pendek!

Haziq dapat merasakan perempuan itu sedang melangkah masuk dan merapatinya.

"Angkat tangan," arah si gadis, tegas.

Haziq mula geram. "Yahaish.., kau ni sia-"

"Jangan toleh saya kata!" pintas gadis itu pantas, serentak mengetuk kepala Haziq dengan penyapu.

"Argh!" Haziq memejamkan mata menahan sakit. Wah, ini sudah melampau!

"Awak siapa?! Macam mana awak boleh sesat kat sini? Apa yang awak nak?!" soal si gadis bertubi-tubi.

Haziq mengeluh perlahan. Cuba menenangkan diri dengan kesabaran yang sudah senipis kulit bawang. Sungguh! kalau gadis itu lelaki, memang sudah lama dibelasahnya! Melampau betul budak pendek yang tidak sempat kulihat wajahnya ini!

"Akak!"

Serentak si gadis dan Haziq memandang Harraz yang muncul di muka pintu. Lengkap dengan nafas tercungap.

"Yah! Kau buat apa kat sini? Kan akak suruh tinggal kat rumah! Tahu tak sini bahaya? Pergi balik cepat! Biar akak uruskan pencuri ni!" membulat besar biji mata Haira, lagak cuba menjadi 'penyelamat'.

"Pencuri kepala hotak dia," Haziq memejamkan mata. Rasa geram dan bengang yang senipis kulit bawang sedaya upaya ditahan. Punyalah sempit minah ni punya pemikiran. Haziq dikatanya pencuri?

Harraz menggeleng, "Tak..akak.," nafas mengahnya menyukarkannya untuk menuturkan kata.

"Apanya kau ni? Tak apa tak?" Haira tidak mengerti.

"..Di..dia bukan pencuri! Dia tu penyewa baru rooftop ni!" dengan tangan memegang dada, terlepas ayat itu dari mulut Harraz.

"Yeah?!" serentak Haira memandang lelaki yang sedang membelakanginya itu.

"A..awak si..siapa?" Haira takut-takut.

Haziq tersenyum sinis sebelum mengeluh perlahan. Ada akal nakal yang muncul. Dari sedang duduk, lalu perlahan-lahan bangun.

"Aku..," Haziq saja berkata dengan nada yang menakutkan, masih membelakangi Haira.

Haira menelan air liur. Apa ni? Kenapa mamat ni menyeramkan semacam je?

Harraz pula sudah terkebil. Ah, sudah! Nak buat apa pulak si samseng ini pada kakaknya?

"Aku..sebenarnya..,"

Haira menelan air liur lagi. Tanpa sedar, sudah setapak dia ke belakang.

"Hantu! Baa!"

"Argh!" Haira yang terkejut terus dengan spontan mencampak penyapu tersebut ke lantai. Laju dia berlari keluar dari rumah comel itu.

"HAHAHAHA!" Haziq mengekek ketawa.

"Akak!" Harraz sudah pening-pening lalat. Dipandang kakaknya yang bagai lipas kudung menuruni anak tangga, lalu pandang pula si Haziq yang mengekek ketawa, lagak seperti iblis durjana.

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now