125 : " UNSPOKEN "

948 85 6
                                    

"ABANG ZIQ!"

Haira di dapur terus menjengahkan kepala saat suara adiknya itu menyapa telinga. Tersenyum Haira melihat Harraz yang sedang bersalaman dengan Haziq.

"Awal siap?" tegur Haira dari ruang dapur.

Haziq yang baru melangkah masuk terus mencari arah suara Haira. "Did I?" balas Haziq sambil mengatur langkah ke dapur bersama Harraz.

Haira mengerling sekilas Haziq yang sedang menarik kerusi meja makan. Senyum kecilnya muncul lagi. Semakin lama, semakin kemas penampilan Haziq.

"Abang ke hospital sorang lah ek hari ni?" Harraz bertanya santai, sambil memasukkan sosej goreng ke dalam mulut.

"Ish, budak ni! Dah basuh tangan ke belum tu?" pantas sahaja Haira memukul perlahan bahu Harraz. Geram dengan perangai buruk adiknya yang suka mencekur makanan itu.

Haziq ketawa kecil. Namun dahinya berkerut tatkala mendengar perkataan 'seorang' Harraz tadi. Lantas dia memandang Haira yang sibuk mengemas bekal makanan di hadapannya.

"Kau tak ikut ke?"

"Hm? Oh, ha'ah. Lupa nak beritahu awak yang subuh tadi Coach Naufal call saya, dia kata hari ni saya kena ikut dia dengan few budak basketball uruskan pasal Izzue. Banyak jugak sebenarnya nak kena settle pasal accident tu. Awak pun tahu kan, Izzue tu bukan kita je yang kenal. Satu Malaysia kot kenal dia, jadi terpaksalah kami berurusan dengan pihak wartawan, polis, pihak kolej and so on," jelas Haira tenang.

Haziq mengangguk faham.

Harraz pula menggeleng. "Kesian,"

"Apa yang kesian?" balas Haira. Tahu sangat perangai adiknya yang suka cari pasal ini.

"Akaklah. Hidup sentiasa dalam keserabutan," balas Harraz selamba, menimbulkan tawa kecil Haziq.

"Oh yeke? Ha'ah, kalau kau nak tahu, hari-hari aku serabut sebab ada adik bertuah macam kau ni,"

"Alah, rilekslah kak. Raz baru handsome sikit je ni, akak dah serabut. Belum Raz handsome macam Bang Ziq lagi, haa nanti kang-- Ah!" Harraz pantas memandang Haziq yang selamba menendang kakinya.

Haziq pula dengan tenang memandang Harraz, membuat isyarat supaya 'mengunci mulutnya'.

"Kau habiskan ayat tu, akak sumbat mulut kau dengan senduk ni," tajam pandangan Haira sambil menunjukkan senduk di tangannya.

Harraz mencebik. Haziq pula sudah menggeleng dengan senyuman. Macam Tom and Jerry dah si Haira dan Harraz ni.

"Garang-garang macam ni, siapa tah nak kahwin dengan akak," ternyata Harraz masih tidak puas mencari pasal dengan kakaknya.

"Kau ni!" sempat Haira mengerling Haziq yang sudah tersenyum. Namun saat mata Haziq berbalasan dengan Haira, lelaki itu terus mengangkat bahu, seolah-olah 'berpihak' kepada Harraz.

"Hah tengok tu. Garang lagi macam harimau. Hari-hari kerja nak buli Raz je,"

"Budak ni! Eh, kau pergi kerja sekarang. Sekarang!" terasa seperti berasap kedua teliga Haira menahan sabar dengan perangai adiknya itu.

"Apa akak ni? Orang nak sarapan, dihalaunya pulak," tingkah Harraz tidak mahu kalah.

"Haish, korang ni, sudahlah tu. Pagi kan ni? Tak elok lah bertekak depan rezeki. Habis dah tersembur air liur kat makanan," akhirnya Haziq bersuara menenangkan keduanya.

"Akak ah! Paling banyak air liur dia! Jijik!" sepantas itu juga, Harraz terus bangun dan beredar pantas ke biliknya.

"Harraz!" jerit Haira bagai petir.

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now