13 : " JOB "

1.5K 127 1
                                    

SEPANJANG berada di dalam teksi, Haira hanya memikirkan tentang lelaki gelandangan tadi. Macam-macam yang dia rasa sekarang ini dan ya, sudah tentulah dia berasa bersalah yang teramat. Tapi apa yang dia boleh buat? Itu sahajalah jalan penyelesaiannya.

Haira mengeluh perlahan.

Teksi yang berhenti mematikan lamunan Haira. Habis terbang segala ingatannya tentang peristiwa tadi.

Haira melangkah keluar setelah teksi yang dinaikinya berhenti di hadapan Kolej Sukan Johor. Terpaku seketika Haira melihat kolej sukan yang sungguh besar itu. Kawasan kaki lima juga dipenuhi dengan penuntut-penuntut yang majarotinya atlet KSJ.

"Cik? Cik?"

Haira tersentak.

"Ya pak cik?"

"Duit Cik, semuanya RM 6." beritahu pemandu teksi itu sambil tersenyum.

"Ah...ya, duit. Kejap eh..," kalut Haira menyelongkar beg silang comelnya.

"Ni dia, Pak Cik." enam keping not RM 6 dihulurkan pada pemandu teksi tersebut.

"Terima kasih, Pak Cik minta diri dulu ya. Assalammualaikum." pamit pemandu teksi itu dengan senyuman.

Haira mengangguk dengan senyuman. "Wa'alaikummusalam, terima kasih Pak Cik."

Haira kembali memandang kolej tersebut. Tulisan yang terukir di dinding pagar itu dibaca dengan senyuman. Terpapar dengan kemas di dinding tersebut dengan perkataan 'Kolej Sukan Johor'.

"Jadi kat sinilah Johor lahirkan atlet dari pelbagai jenis sukan ya?" Haira bermonolog sendirian bersama tersenyum. Entah kenapa, dia terlebih teruja pula.

Haira mengeluarkan notis iklan yang disimpan di dalam beg silang comelnya tadi. Tersengih Haira melihat kertas yang sudah renyuk itu. Hampir nazak dia mengerjakan kertas yang tidak berdosa tersebut.

Haira mengeluh perlahan saat membaca bahagian umur. "Entah lepas ke tak.., Tapi tak salah kan kalau cuba? Lagipun 27 dengan 24 tahun tak adalah jauh beza sangat pun. Kan?" Haira membebel seorang diri.

Haira menoleh ke kanan dari kirinya. Baru dia sedar ada dua orang wanita yang sedang menunggu bas di pondok menunggu. Haira tersengih sendiri. Tak sedar pula ada orang yang memerhatikannya membebel. Haira kembali memandang hadapan lalu berdeham.

"Baiklah, let's do it!" kata Haira bersemangat lalu melangkah masuk dengan penuh yakin. Pandangan orang yang berada di sekelilingnya tidak dihiraukan.

"Apa masalah minah tu? Dia sesat ke apa? Tak pernah-pernah aku nampak orang masuk KSJ pakai baju macam tu selain hoodie dengan jaket sukan yang selalu kita pakai ni." soal lelaki yang berdiri berhampiran dengan Haira. Dia dan dua orang rakannya memandang pelik Haira yang sedang memasuki kawasan kolej.

"Entahlah, lepastu bebel sorang-sorang pula tu. Dah macam orang gila. Atau 'wayar' kat otak dia putus kot." tambah kawan kepada lelaki itu.

"Tapi cun," puji yang seorang lagi sambil tersengih, lalu dibalas dengan gelengan rakan-rakannya.

Sementara itu, Haira kembali memandang kertas iklan yang sudah renyuk tadi.

"Nak call dulu ke atau terus pergi jumpa Ketua Jurulatih kat pejabat pentadbir?" Haira menggosok dagu.

"Tapi.., Kolej ni memang besar betullah. Naik lenguh kaki berjalan." Haira melihat sekeliling. Dia kini berada di hadapan Jabatan Renang Kolej Sukan Johor.

"Ukh!" terbunyang biji mata Haira melihat sekumpulan lelaki tinggi lampai dan bertubuh kurus melangkah keluar dari pintu kaca yang terbuka secara automatik. Pantas Haira menyembunyikan diri di sebalik pokok yang ada di sebelahnya.

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now