16 : " CURIOUS "

1.2K 118 0
                                    

HAIRA membuang pandang ke luar tingkap. Berada di dalam bas yang jauh lebih tinggi dari kenderaan lain memberikannya peluang untuk melihat sekeliling dengan tenang. Namun pandangannya itu hanyalah sekadar pandangan kosong. Fikirannya benar-benar serabut. Hanya kata-kata Jurulatih Naufal itu sahaja yang bermain di fikirannya.

"Saya betul-betul minta maaf, Haira. Tapi peraturan tetap peraturan. Kami tidak boleh nak ambil pekerja di bawah umur yang pihak pentadbir dah tetapkan. Umur awak ni masih muda, dan kami ingin mencari yang berpengalaman. Sebab itulah kami mahu yang berumur 27 tahun ke atas. Saya minta maaf sekali lagi, Haira. Saya terpaksa tolak permintaan awak untuk menjadi pengurus pasukan kami,"

TING !

Bunyi loceng berhenti yang dibunyikan oleh seorang wanita, menyedarkan Haira dari lamunan. Dia melihat sekeliling. Memang jelas itu adalah kawasan tamannya. Pantas Haira bangun lalu melangkah turun dari bas setelah selesai membuat pembayaran.

Haira menghela nafas lega setelah bas itu berlalu pergi. Mujurlah ada wanita yang tinggal setaman dengannya itu membunyikan loceng Kalau tidak, memang jawabnya dia ikut sahajalah bas itu ke 'syurga'.

Haira mengeluarkan fon telinga dari beg silang comelnya. Fon telinga itu disumbatkan di telinga lalu lagu kegemarannya, Sad Song yang dinyanyikan We Are the King mula kedengaran.

Jam sudah menunjukkan 5.45 petang. Cahaya matahari petang dan bayang Haira bagai menyinari langkahnya. Suasana petang itu kelihatan sangat cantik dan menyenangkan.

"Keputusan awak sangat bagus, tapi kenapa awak mahu kerja ini? Bukankah lagi baik kalau awak sambung belajar?"

Haira memejamkan mata, seraya mengeluh perlahan. Satu persatu kata-kata majikan tempatnya memohon kerja tadi bermain di fikiran.

Kalaulah mereka tahu betapa Haira ingin menyambung pelajaran,

Kalaulah mereka tahu betapa penatnya bekerja,

Kalaulah mereka tahu betapa sedihnya bila melihat gadis seusianya sibuk berbincang tentang tugas mereka.

Kalaulah mereka tahu..,

Haira berhenti melangkah. Dia memandang kosong bangunan di hadapannya yang berada beberapa tapak jauh dari tempatnya berdiri. Bangunan itu adalah sebuah rumah kedai yang terdiri daripada tiga tingkat.

Melalui dinding kaca, Haira dapat melihat adik lelakinya, Harraz sedang berbual bersama Pak Daud dan seorang lelaki berambut pelik yang tidak dikenali Haira. Lelaki itu membelakanginya dan Haira tidak dapat mengecam wajah lelaki itu.

"Kau ponteng kuliah, menyemak kat rumah aku, dan sekarang kau berbual dengan samseng rambut pelik yang entah siapa tu?" soal Haira sendirian lalu mengeluh perlahan.

"Aku tak faham betullah dengan budak bertuah seorang ni!" keluh Haira perlahan lalu berpaling ke belakang. Dia memutuskan untuk bersiar-siar di kawasan sekitar. Dia masih tidak bersedia untuk pulang ke rumah.

*******

"SHOOT!" Izzue tersenyum puas sangat bola yang dilontarkannya masuk ke dalam jaring.

Bunyi tepukan menarik perhatian Izzue. Dia tersenyum saat melihat Jurulatihnya, Naufal yang juga merangkap sebagai abang saudaranya sedang duduk di bangku penonton.

"Nampak makin bagus," puji Naufal bersama senyuman.

Izzue mengangkat bahu. "Practise makes perfect, man."

"Geez," Naufal mencebik.

Izzue mengambil bola yang bersepah di lantai lalu melantunkannnya tiga kali. Sempat dia mengerling wajah kusut Naufal. Dia kini berada di posisi untuk melakukan jaringan.

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now