115 : " DARK "

792 84 6
                                    

"YAS!" Izzue tertawa kecil apabila bola oren itu berjaya memasuki bakul jaring buat kali ke-35.

Dia mengerling jam di tangan, sudah 11.50 malam. Ini bermaksud hampir setengah jam dia menghabiskan masa di gelanggang terbuka yang sunyi itu.

Izzue memegang lehernya. Entah kenapa dia berasa haus pula. Satu keluhan dilepaskan apabila dia menyedari dia tidak membawa air botol bersamanya.

Izzue memandang bola oren yang sudah tersadai di atas lantai gelanggang itu sekilas. Rasanya bola itu tidak hilang jika dia meninggalkannya di situ.

"Alright," Izzue terus mengatur langkah menuju ke sebuah kedai serbanka bagi mendapatkan minuman.

Izzue melangkah masuk ke dalam kedai serbaneka yang terdekat. Sedang dia sibuk memilih minuman yang kena dengan tekaknya, perhatiannya tiba-tiba beralih pada tiga orang lelaki yang memasuki kedai tersebut.

Izzue mengerutkan dahi. Rasanya dia kenal tiga orang itu. Dua orang daripada mereka adalah berbangsa cina manakala seorang lagi berbangsa melayu. Namun salah seorang dari cina tersebut kelihatan seperti sedang mabuk.

"Eh Ah Meng, si Alex ni ok ke tak ok ni? Berapa banyak dia minum sampai mabuk macam ini?" soal lelaki melayu tersebut sambil memerhatikan Ah Meng yang cuba membantu Alex yang sudah mabuk.

"I pun tak tahulah. I rasa dia stres sangat, sebab tu dia minum macam tak ingat esok lagi," jawab Ah Meng sambil membantu Alex duduk di meja yang tersedia di sudut tepi.

Izzue diam dan mendengar perbualan mereka dengan tenang. Memang benar dia mengenali tiga lelaki tersebut. Mereka merupakan pemain bola keranjang dari pasukan yang telah memberikan kemenangan indah kepada KSJ untuk merebut gelaran juara pada hari esok.

Pandangan Izzue jatuh pada Alex. Dia berasa simpati dengan keadaan penyerang berbisa itu. Sepertinya Izzue dapat memahami mengapa Alex jadi begitu. Tebaknya, mungkin kerana kekalahan tadi.

Lantas Izzue terus mencapai botol mineral besar dari peti sejuk lalu membayarnya di kaunter. Setelah itu, dia mengatur langkah ke arah mereka bertiga.

"Here," Izzue menghulurkan botol mineral tersebut.

Serentak Alex dan lelaki berbangsa melayu itu memandang Izzue. Jelas mereka sedikit kaget dengan kehadiran Izzue.

"Eh bro, kau ni kapten KSJ kan?" soal lelaki melayu itu.

Izzue senyum lalu mengangguk. Tangannya dihulurkan untuk bersalam.

"Izzue."

"Aku Jai. Ini Ah Meng." kata Jai bersama senyuman. Mereka saling bersalaman.

Izzue mengangguk bersama senyuman. Dia kemudian memandang Alex.

Menyedari pandangan Izzue, terus sahaja Jai dan Ah Meng menoleh ke arah Alex.

"He's drunk," kata Ah Meng bersama keluhan berat.

"Ask him to drink this. I think it will make him feel better," kata Izzue sambil menujukkan botol mineral tersebut.

Ah Meng dan Jai mengangguk. "Thanks, bro,"

"By the way, congratulations and good luck for tomorrow," ucap Ah Meng bersama senyuman.

"Thanks. I'm sorry but I gotta go right now. Anyway, nice to meet you guys," pamit Izzue tenang.

Lantas keduanya mengangguk dan mereka sekali lagi bersalaman. Saat Izzue ingin memulakan langkah, matanya jatuh pada Alex dan ternyata lelaki itu turut memandangnya dengan pandangan tajam, membuatkan Izzue mula berasa pelik.

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now