17 : " LET'S NOT MEET EACH OTHER AGAIN "

1.3K 111 1
                                    

DIANNE menolak pintu bilik, lalu menutupnya perlahan. Dia mengerling sekilas Farah, rakan sebiliknya yang enak dibuai mimpi. Dianne menggeleng sambil tersenyum kecil.

Dianne meletakkan beg galas di meja lalu melabuhkan punggung di kerusi meja studi. Dia mengeluarkan telefon dari beg comelnya. Nama seseorang dicari di kenalan.

"Assalammualaikum, Faiz." sapa Dianne dengan senyuman setelah panggilannya dijawab.

"Wa'alaikummussalam, Kak Dee!"

Dianne ketawa kecil saat mendengar suara teruja adik lelaki kesayangannya itu.

"Amboi, suka betul ek Kak Dee call dia?"

"Eh mestilah suka! Bukan senang kan nak dapat call dari ratu gimnastik kita ni?"

Dianne tersenyum tawar saat mendengar usikan adiknya.

"Sorry-lah Kak Dee tak selalu call and jenguk Faiz. Kak Dee bukan sengaja, Kak Dee cuma..,"

"Tak apalah, Faiz faham. Kak Dee kan busy dengan training tu semua. Faiz pun tak nak ganggu Kak Dee. Kak Dee call sekarang ni pun, Faiz dah bersyukur. Terubatlah rindu ni bila dengan suara Kak Dee."

Dianne tersenyum, "Kak Dee pun sama. So, macam mana? Semalam mak beritahu Kak Dee yang Faiz dah dapat kerja. Betul ke?" Dianne menukar topik.

"Ha'ah. Faiz sekarang kerja kat Kafe Santai. Tak jauh dari kolej Kak Dee. Jalan kaki dalam 15 minit dah sampai,"

"Lah, iye ke? Hm, dekat juga tu. Tak apalah, nanti hujung minggu ni kalau Kak Dee ada masa, Kak Dee pergi tengok Faiz kat sana, ya? Kak Dee nak juga tengok macam mana adik Kak Dee yang handsome ni kerja," giliran Dianne pula mengusik.

"Geez. Kak Dee tak payah risaulah. Faiz boleh buat kerja punya. Hah, yang Kak Dee tu? Macam mana? Ok tak?"

"Hm? Ok? Ok kenapa? Mestilah Kak Dee okay,"

"Yelah, kan Kak Dee satu kolej dengan.., Abang Izz."

Dianne terdiam sejenak sebelum tersenyum tawar. "Kak Dee oklah. Abang Izz pun ok je dengan Kak Dee. We're still friends." kata Dianne sekadar mahu menyedapkan hati Faiz. Dia tidak mahu adiknya itu risau akan hubungannya dengan Izzue.

"Baguslah kalau macam tu. Erm, Kak Dee, nanti kita sambung bual lagi ea? Customer ramai sekarang ni, Faiz letak telefon dulu. Assalammualaikum, Kak Dee."

Dianne tersenyum kecil sebelum mengangguk perlahan.

"Wa'alaikummussalam," jawab Dianne lalu panggilan dimatikan.

Dianne meletakkan telefonnya di atas meja. Dia memandang bingkai gambar yang elok tersusun bersama patung-patung comel.

Dianne memandang sayu pada gambar tersebut. Jelas gambar itu adalah gambarnya bersama dengan Izzue. Ketika itu, mereka sangat bahagia. Sungguh dia sangat merindui saat itu.

SETAHUN YANG LEPAS...

"AH!" Dianne memejamkan mata apabila tidak berjaya menyambut gelung yang dibalingnya.

"Again, again and again! You still with that silly mistake!" bebel Alicia yang merupakan jurulatih pasukan gimnastik KSJ.

"Maaf, Miss Alice." Dianne hanya mampu memandang lantai dengan nafasnya yang sedikit mengah.

Alicia berpeluk tubuh di kerusi, mengeluh perlahan. "Dee, what happen to you hah? You know right, yang you tu salah seorang calon untuk wakil negeri? Tapi apa semua ni? Masuk kali ni, sudah lima kali tau you buat kesilapan yang sama! Pivot you pun teruk!"

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now