84 : " THE LAST GOODBYE "

808 86 12
                                    

HAIRA melangkah keluar dari perpustakaan mini itu setelah meninggalkan pesanan pada Fateha tentang niatnya yang ingin ke kafe di hadapan. Sengaja Haira meninggalkan pesanan itu pada gadis tersebut. Untuk apa? Ya, sudah pastinya untuk si samseng Haziq yang cepat panik itu.

Haira kemudiannya mengatur langkah tenang menyeberangi jalan. Setibanya di Kafe Wisma, Haira terus menolak pintu kaca dan mencari susuk tubuh seorang gadis. Ternyata, gadis tinggi lampai itu sedang tersenyum ke arahnya.

Namun senyuman itu kelihatan sangat lemah, kosong dan terluka.

Allah, apa yang telah dia lakukan?

Kerana dia, senyuman manis itu hilang serinya.

Tiada reaksi balasan yang mampu diberi Haira. Hanya rasa bersalah yang mampu menemaninya kini.

Haira mula merapati meja itu.

"Dee."

Dianne tersenyum sambil kepalanya diangkat sedikit memandang Haira. "Sampai pun. Have a seat, Haira." pelawa Dianne lembut.

Haira menurut. Kerusi ditarik perlahan lalu punggungnya dilabuhkan. Sempat dia menggumam bibir sambil anak matanya dilarikan ke arah lain. Tipulah kalau dia tidak segan dengan gadis gimnastik ini. Apa yang berlaku semalam tidak mungkin dapat hilang dari ingatannya walaupun seribu tahun berlalu.

Dianne tersenyum. "Orang kata, tak baik tau tak pandang orang yang tengah bercakap dengan kita,"

Spontan sahaja Haira memandang wajah Dianne. Gadis tinggi lampai itu akhirnya tertawa kecil. Memang dia tidak nafikan Haira sangat comel, apatah lagi bila dia dalam keadaan terpinga sebegini.

"Kenapa Dee still boleh senyum dan gelak dengan saya even saya yang hilangkan seri senyuman Dee?" akhirnya keluar juga soalan yang bermain di fikiran Haira. Melihat ketenangan Dianne, dia merasa begitu teruk.

Dianne diam. Namun senyuman kecilnya masih menemani.

"Then what should I do?" soal Dianne tenang, seakan-akan tidak mengerti dengan maksud Haira.

"Marah saya? Jerit, pukul, tarik rambut. Anything Dee. Anything yang boleh buat hati you lega. Just lepaskan semuanya pada saya. You deserve it because this is all my fault," kata Haira bersama pandangan tepat pada Dianne yang masih tenang itu.

Dianne senyum. "Kenapa pula I nak marah you? You did nothing wrong, Haira. Kenapa I nak salahkan orang atas kesalahan yang I sendiri mulakan?"

Haira kerut dahi.

Dianne tertawa kecil melihat reaksi bingung Haira. "Let's take order first. Haira nak minum apa?"

Haira ingin menolak, namun melihat gadis itu yang sibuk memilih menu di buku menu, akhirnya dia menarik niatnya.

"Lemon Tea," beritahu Haira dengan nada suara sedikit kendur.

Dianne angguk lalu memanggil pelayan yang bertugas.

"Yes Miss?"

"One lemon tea and one mango juice please," pesan Dianne.

Pelayan itu mengangguk. "Alright miss." balas pelayan itu lalu berlalu pergi.

Haira memandang Dianne yang masih memandang pelayan itu walaupun pelayan tersebut sudah hilang dari pandangan. Haira tahu Dianne sedang cuba mencari kekuatan yang tersisa sebelum menjelaskan semuanya.

"Apa first impression Haira towards Izzue?" soal Dianne tenang bersama senyuman kecil. Pandangannya masih diarahkan ke pelayan yang telah hilang tadi.

Haira diam sejenak.

"Cold-hearted person?"

Dianne tersenyum. "Lagi?"

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now