37 : " TIRED "

922 90 14
                                    

‼️ CREDIT TO : Scene "Dianne" ini diambil dan diolah dari Kdrama Weightlifting Fairy Kim Bok Joo ‼️

ALICIA berdiri sambil berpeluk tubuh. Pandangan dihala tepat memandang Dianne yang masih memandang lama reben di tangan.

"What are you waiting for, Dee? Do it now." arah Alicia, tegas.

Dianne memejamkan mata seraya menghembus nafas perlahan. Reben itu dicapai dan langkahnya mula mengambil tempat.

"Do your pivot properly. Smile and watch the ribbon,"

Dianne menghembus nafas lagi. Kali ini dia akan melakukan aksi pivot (berpusing 360°). Namun sebelum itu dia harus membaling reben panjang (digunakan untuk sukan gimnastik) yang dipegang dan terus melakukan pivot.

Selesai pivot, dia harus menangkap reben itu dengan tangan kiri didepakan, kaki kiri dikebelakangkan dan kaki kanan melutut.

Akhir sekali, memandang para juri dengan senyuman paling yakin.

(*author tak tahu sgt nak explain mcm mana sbb author tahu sikit sikit je pasal gimnastik 😂, maaf kalau salah )

Setelah menenangkan diri, Dianne terus membaling rebennya yang panjang itu, lalu dengan pantas melakukan pivot. Sambil melakukan pivot, matanya tidak lepas dari memandang reben yang sedang melayang ke udara.

Hatinya berdoa;

Tolong..,

Tolong dapat tangkap, Dee!

"Ah!" Dianne memejam mata apabila reben itu tidak berjaya disambut.

Alicia menggeleng perlahan lalu mengeluh berat. Masuk kali ini, sudah kali ke-5 Dianne tidak berjaya menangkap reben tersebut.

Dianne bangun lalu berdiri di hadapan jurulatihnya. Kepala ditundukkan sedikit, manakala kedua tangan diletak ke belakang.

"Dee, saya cakap terus terang jelah. Kalau esok awak masih tak boleh nak baiki masalah awak ni, awak lupakan jelah impian awak nak ke Rusia tu,"

Serentak Dianne mengangkat wajah. "Yy..yeah?"

Alicia mengeluh perlahan. Sebenarnya dia memang ingin Dianne mewakili KSJ untuk ke Rusia kerana gadis itu sangat berbakat dengan sukan gimnastik.

Namun, sejak tahun lepas, prestasinya menurun dengan teruk. Wajah gadis itu juga kelihatan sedikit pucat dan cengkung berserta tubuhnya yang bertambah kurus.

"Dee, saya tahu awak memang nak sangat pergi Rusia tu. Tapi, kalau dengan prestasi awak macam ni, saya tak rasa pihak atasan akan benarkan awak pergi. Saya tak tahu apa masalah awak sampai awak jadi macam ni. Tapi apa yang saya harap, apa pun masalah yang awak tengah hadapi sekarang, awak selesaikan lah dengan cepat dan sebaik mungkin. Saya akan bantu awak bila awak dah betul-betul bersedia,"

Dianne terdiam.

Alicia tersenyum lalu menepuk perlahan bahu Dianne.

"Keep strong, okay?" kata Alicia lembut lalu terus melangkah keluar dari bilik latihan.

Dianne meraup wajah. Dengan lemah, dia membongkokkan tubuh lalu memeluk erat lututnya. Wajahnya disembamkan di lutut.

"Dee letih.., mak. Dee letih..,"

*******

HAZIQ menghulurkan sudu pada Harraz. "Nah,"

Harraz menyambut dengan senyuman. "Maseh," ucapHarraz lalu memulakan suapan nasi goreng yang dimasak Haira pada pagi tadi.

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now